Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Penyakit gout sememangnya bahaya sekiranya dibiarkan melarat tanpa rawatan. Biasanya pesakit gout akan dibekalkan ubat-ubatan bagi melegakan sakit gout yang mereka hadapi. Antaranya :

Non-steroidal anti-imflammatory Drug (NSAID) : NSAID berupaya melegakan simptom sakit dan radang pada sendi yang terlibat.

Colchicine (saya pernah ambil ubat ni ketika diserang Behchet disease) :ubat ini membantu untuk melegakan simptom gout seperti sakit dan radang pada sendi

Allupurinol : ubat ini membantu untuk menurunkan paras asid urik didalam darah

Kortikosteroid : ubat ini sangat berkesan untuk melegakan bengkak dan radang pada sendi

Ubat biasanya diberikan oleh doktor atas pantauan dan kawalan bagi mengelak berlakunya kesan sampingan.

Namun pengambilan ubat-ubatan buat jangka masa panjang boleh memberikan kesan kepada badan kita.

 

8 kesan sampingan pengambilan ubat gout untuk jangka masa panjang

Antara kesan sampingan yang dapat dilihat adalah :

  • Masalah penghadaman seperti gastritis dan ulser perut terutama disebabkan oleh ubat daripada kumpulan NSAID
  • Masalah alahan seperti pembentukan ruam merah, gatal dan bengkak pada kulit
  • Masalah pendarahan seperti hidung berdarah, lebam pada kulit dan kencing berdarah disebabkan oleh kesan sampingan ubat daripada kumpulan NSAID dan Kortikosteroid
  • Rasa loya, muntah, cirit-birit atau sembelit
  • Penurunan daya ketahanan terhadap penyakit disebabkan oleh sampingan ubat kortikosteroid
  • Masalah buah pinggang
  • Kenikan berat badan disebabkan oleh kesan sampingan ubat kortikosteroid
  • Pengumpulan air didalam badan disebabkan oleh kesan sampingan ubat kortikosteroid

Walaupun ambil ubat-ubatan, teruslah menjaga pemakanan dan gaya hidup yang sihat. Anda mampu mengubahnya.

 

cara-atasi-gout-tip-gout-punca-gout

Leave a Reply

CommentLuv badge

Close Menu
×
×

Cart