Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Organ kita yang paling penting dan terbesar, HATI memainkan peranan penting untuk memproses toksin yang dihasilkan dalam tubuh kita.

Fungsi utama hati adalah untuk menyahtoksik dan meningkatkan upaya sistem pencernaan cecair hempedu yang membantu memecahkan lemak makanan kita menjadi kepingan kecil. Proses ini memudahkan untuk usus kecil anda untuk menyerapnya. Tetapi bukan itu sahaja.

Berikut adalah antara fungsi hati secara ringkas :

  • Ia menyahtoksin darah, menapis bahan-bahan yang berbahaya dan tidak diingini
  • Ia menghasilkan hempedu untuk membantu penghadaman
  • Ia menyimpan beberapa vitamin dalam badan
  • Ia menyimpan glukosa
  • Ia menukarkan glukosa menjadi gula yang badan akan guna bila tahap gula dalam badan  berkurangan akibat keletihan
  • Ia memproses hemoglobin, insulin, dan pelbagai hormon lain
  • Ia menukarkan ammonia kepada urea; ramuan penting untuk metabolisme yang sihat
  • Ia menghapuskan sel-sel darah merah lama, yang menjadikan najis kita berwarna sebegitu. Inilah sebabnya apabila najis anda berubah warna,ia boleh menjadi petunjuk ada sesuatu yang tak kena dengan fungsi hati kita.

Penyakit hati jika dikesan dari awal boleh dirawat dan boleh disembuhkan. Syaratnya punca penyakit tersebut mesti diketahui terlebih dulu. Banyak jenis penyakit yang berkaitan dengan hati ni.

Faktor Berlaku Penyakit Dalam Hati :

  • Keradangan pada sel hati seperti yang dialami pesakit hepatitis
  • Pengaliran hempedu yang tersekat seperti dalam kes cholestasis
  • Penimbunan lemak dan kolesterol
  • Gangguan peredaran darah ke hati
  • Tisu hati mengalami kerosakan kerana toksin berlebihan

Tanda Dan Gejala Kerosakan Hati :

  • Masalah metabolisma lemak
  • Peningkatan paras kolesterol LDL dan penurunan paras kolesterol HDL dgn tahap triglyceride yang tinggi
  • Arteri tersekat ole lemak
  • Fatty liver
  • Berat badan yang bertambah di bahagian atas abdomen (apple shap)
  • Masalah pencernaan
  • Batu karang
  • Kembung
  • Buasir
  • Mengidam makan benda manis
  • Depresi
  • Diabetes
  • Sukar mengawal emosi
  • Kurang fokus
  • Masalah imuniti
  • Alergi seperti sinus dan asma
  • Masalah jerawat
  • Ruam kulit
  • Nafas berbau
  • Kelesuan melampau
  • Mudah terkena jangkitan
  • Sering sakit kepala
  • Lingkaran hitam bawah mata

Kesan Kepada Hati Yang Tidak Sihat :

  • Batu hempedu
  • Cirrhosis yakni sel hati mengalami degenerasi
  • Metabolisma menjadi tidak menentu
  • Masalah sistem penghadaman seperti sembelit, buasir, refluks, etc
  • Masalah dengan kadar gula dalam darah
  • Bermasalah dengan imuniti tubuh, misalnya mudah terkena alergi

Sekiranya anda ada mengalami simptom dan kesan dari hati yang bermasalah, dapatkanlah rawatan dengan segera. Jagalah hati kita kerana kita cuma ada satu hati.

Boleh juga amalkan herba-herba ini untuk kesihatan hati :

  • milk thisle
  • cendawan reishi
  • artichoke
  • dandelion
  • kunyit hidup

Atau lebih mudah semua dalam satu – DTX COMPLEX dari Shaklee. Saya jua mengamalkannya. 🙂

 

beli-sekarang

cara-dan-tip-menjaga-kesihatan-hati-fatty-liver-hati-berlemak

 

Leave a Reply

CommentLuv badge

Ketahui Tanda Penyakit Hati Kronik, Bantu Selamatkan Nyawa
Close Menu
×
×

Cart