Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Menu Khas Pesakit Diabetes : Resepi Spaghetti Goreng Sedap

PENGEDAR TOP VIVIX SHAKLEE MALAYSIA

Menu Khas Pesakit Diabetes : Resepi Spaghetti Goreng Sedap

Assalamualaikum

Pesakit diabetes dan pesakit yang sedang menjalani dialisis memang sangat perlu menitikberatkan soal pemakanan harian. Tapi bukanlah maksudnya mereka yang sihat bebas nak makan apa saja. Kita pun tahu, cegah lebih baik dari mengubati, kan?

Suka nak kongsikan menu khas untuk pesakit diabetes dan untuk mereka yang sedang jalani dialisis, pun boleh cuba menu ni.

Menu Khas Pesakit Diabetes : Resepi Spaghetti Goreng Sedap

resepi pesakit diabetes spaghetti goreng

gambar ehsan google

Spaghetti Goreng (4 Hidangan)

BAHAN A :

  • 4 ketul dada ayam – dipotong kecil
  • 2 sudu teh sos tiram
  • 1 sudu teh daun oregano kering
  • 1/2 sudu teh lada hitam, ditumbuk kasar

BAHAN B :

  • 4 sudu teh minyak masak (gunakan minyak zaitun lebih baik)
  • 2 ulas bawang putih dicincang halus/ditumbuk
  • 1/2 biji bawang besar dihiris bulat
  • 1 biji lada benggala (merah, kuning, hijau dipotong tebal)
  • 1/2 batang lobak merah – dipotong halus

BAHAN C :

  • 150g spaghetti – direbus sehingga masak dan digaulkan sedikit minyak
  • Sedikit daun pasli dihiris halus
  • 1/2 teh lada sulah

CARA PENYEDIAAN :

  1. Campurkan semua bahan A. Perapkan selama 30 minit.
  2. Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih sehingga naik bau. Tambahkan dengan bawang besar.
  3. Masukkan bahan A. Masakkan seketika.
  4. Masukkan lada benggala dan lobak merah.
  5. Masukkan spaghetti dan kacau rata.
  6. Angkat dan hidangkan.

CARA MENGHIDANG

Taburkan dengan sedikit daun pasli dan lada sulah.

TIP :

  • Sos spaghetti tidak digunakan untuk mengurangkan kandungan potasium dan fosfat.
  • Gunakan spaghetti berwarna cerah disebabkan kandungan fosfat dan potasium yang lebih rendah berbanding spaghetti berwarna gelap.
  • Penggunaan rempah asli (bawang, sedikit lada hitam, dan lada sulah serta daun pasli) untuk membangkitkan rasa makanan tanpa meningkatkan kandungan sodium.

KANDUNGAN NUTRIEN SETIAP HIDANGAN :

  • Kalori 358 kcal
  • Karbohidrat 41g
  • Protein 23g
  • Lemak 12g
  • Sodium 193mg
  • Potasium 409mg
  • Fosfat 290mg

 

We are what we eat.

Jaga pemakanan kita bermula dari sekarang!

[wysija_form id=”1″]

 

One Response

  1. Ros says:

    Pesakit diabetes kena jaga pemakanan kan. Buat buat resepi ni untuk elak kebosanan makan makanan yang sama.
    Ros recently posted…Lega Paras Gula Turun Dari 14.5 Ke 7.5 Dalam Masa SebulanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!