Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Keputihan terdiri daripada lelehan faraj dan lendir serviks. Keputihan yang dialami adalah unik pada setiap wanita.

Dan keputihan adalah fungsi badan yang normal untuk memastikan faraj sihat. 

Biasanya, keputihan normal nampak jernih atau putih dan tidak ada sebarang bau. Tekstur dan jumlah yang keluar mungkin berbeza-beza – kadang-kadang ia nipis dan berair.

Ada kalanya ia akan berubah lekit dan banyak. Keputihan wanita akan bertukar-tukar mengikut kesihatan wanita tersebut dan juga hari-hari yang berlainan sama ada sebelum dan selepas ovulasi.

Mari kita bincang tentang jenis keputihan wanita dan cara untuk mengenalpasti jika ia normal ataupun tidak.

9 jenis keputihan wanita

jenis keputihan

Kredit: Best Online MD

Jenis keputihan #1 Keputihan kering 

Juga dikenali sebagai hari kering, keputihan yang dialami akan bertekstur kering, melekit dan menyukarkan penembusan semasa seks.

Vulva anda akan rasa kering dan ini biasanya berlaku semasa tempoh anda tidak subur iaitu 7 hari sebelum dan selepas kitaran haid anda.

Peluang untuk hamil semasa tempoh ini juga sangat nipis, walaupun tidak menggunakan perancang. Tujuan keputihan kering ini ialah untuk menghalang sperma dari memasuki rahim.

Jenis keputihan #2 Keputihan bak krim

Apabila tahap estrogen dalam badan bertambah, rahim akan menghasilkan keputihan yang lebih cair dan vulva mungkin akan rasa melekit ataupun basah.

Anda juga mungkin akan mendapati keputihan yang semakin melekit dan basah pada bibir faraj semasa tempoh ovulasi dan hari kering. Tempoh ini biasanya di antara hari ke-7 atau hari ke-11, jika anda mempunyai kitaran 28 hari.

Keputihan ini lebih nipis dan hanya boleh menghalang sperma lemah dari memasuki rahim.

Jenis keputihan #3 Keputihan seperti putih telur 

Apabila semakin dekat dengan tempoh ovulasi, anda akan mengalami keputihan yang licin dan panjang. Ia sering disamakan dengan putih telur.

Anda mungkin merasakan sensasi basah disebabkan keputihan seperti putih telur dan ada yang mungkin keluar bergumpal-gumpal.

Ini adalah tanda ovulasi yang baik dan berlaku antara 12 dan 16 hari dalam kitaran 28 hari. Jika anda sedang berusaha untuk hamil, ini adalah masa yang baik untuk bersama pasangan!

Jenis keputihan ini akan memberi laluan mudah untuk sperma berkualiti memasuk rahim.

Jenis keputihan #4 Keputihan warna putih 

Ini adalah antara jenis keputihan wanita yang normal dan boleh dilihat pada awal atau akhir kitaran haid bulanan.

Walaubagaimanapun, jika teksturnya seperti lendir tebal seakan keju dan ada rasa gatal-gatal, ada kemungkinan ia adalah jangkitan yis.

Tanda-tanda jangkitan yang lain termasuklah bau busuk, sakit punggung dan gatal-gatal yang teruk atau tidak selesa.

Jenis keputihan #5 Keputihan yang licin

Beberapa hari sebelum ovulasi, keputihan anda akan berubah menjadi licin. Mukus serviks akan menjadi kurang pekat dan menjadi lebih licin.

Fakta menarik: hari terakhir keputihan normal ini sebenarnya hari anda paling subur dalam bulan itu.

Itu kerana hari terakhir sebelum telur dilepaskan dan keputihan yang dikeluarkan semasa tempoh subur ini sangat kaya dengan kalium.

Jenis keputihan #6 Keputihan jernih dan sangat cair

Antara semua jenis keputihan wanita yang dialami, jenis ini boleh berlaku pada bila-bila masa.

Keputihan ini adalah normal dan sering kelihatan selepas anda melakukan senaman yang berat.

Jenis keputihan #7 Keputihan warna perang atau sedikit berdarah

Sebaik saja haid anda berakhir, anda mungkin mengalami keputihan yang berwarna perang. Jangan risau, ia juga antara jenis keputihan wanita yang biasa.

Ini adalah cara faraj membersihkan diri selepas datang haid.

Jika anda telah melakukan hubungan seks tanpa perancang dan mengalami keputihan berwarna perang, ini mungkin tanda kehamilan.

Pendarahan yang bukan haid pula maksudnya keguguran. Jika kurang pasti, jumpa pakar wanita anda dengan segera dan dapatkan pemeriksaan lengkap.

Tapi untuk wanita yang sudah putus haid ini mungkin tanda kanser serviks. Jadi rajinlah melakukan ujian Pap Smear tahunan untuk mengelak keraguan itu.

Jenis keputihan #8 Keputihan warna kuning

Keputihan yang berwarna kuning mungkin tanda jangkitan. Keputihan kuning ini biasanya tebal dan berbau busuk.

Ia juga tanda trichomoniasis, iaitu sejenis penyakit kelamin. Kebanyakan wanita yang sedang mengalami jangkitan klamidia atau gonorrhea tidak akan menunjukkan tanda-tanda kecuali keputihan berwarna kuning.

Jadi dapatkan perhatian pakar jika anda mengalami ini.

Jenis keputihan #9 Keputihan warna hijau  

Ini juga antara jenis-jenis keputihan wanita yang tidak normal dan biasanya tanda jangkitan dalaman yang serius. Sekiranya ia disertai dengan bau busuk, ia juga tanda penyakit trichomoniasis.

Anda perlu berjumpa pakar wanita dengan segera jika anda mengalaminya.

***

Setelah melihat jenis-jenis keputihan wanita yang disenaraikan di sini, kini anda lebih berpengetahuan tentang keputihan yang normal dan yang tidak normal.

Jika anda sedang mengalami keputihan yang tidak normal jangan segan untuk berjumpa pakar wanita anda untuk mendapat rawatan,

Sumber: theAsianparent Singapore, WebMD, Buoyhealth


Sejak zaman anak dara lagi dah ada masalah keputihan ni, dah keputihan 15 tahun Tapi tak tahulah ia makin lama makin teruk bila dibiarkan. Lagi lagi masa sekolah menengah dulu, aktif dengan badan beruniform. Hari hari ada latihan kawad kaki, belum dikira ber”camping” lagi.

Bab kebersihan memanglah tak jaga sangat. Masa tu pula, takdelah didedahkan pasal masalah yang boleh dihidapi di tempat sulit macam sekarang ni.

Dulu bab bab tu semua disembunyikan. Ia jadi isu yang memalukan. Keputihan adalah perkara normal bagi setiap wanita. Keputihan dianggap normal jika cecair yang keluar adalah jernih, tak berwarna, tak berbau dan tak berasa gatal-gatal ..

Keputihan menjadi bermasalah atau boleh juga dianggap berpenyakit jika cecair berwarna pekat, warna putih kekuningan , berbau , bergumpal dan berasa gatal.

Keputihan 15 tahun ni mulalah sedikit, tapi lama lama ia menjadi teruk bila semakin gatal saat berpeluh. Sehinggakan terpaksa memakai pad pantyliner setiap hari untuk elakkan gatal semakin menjadi jadi. Tapi, tak tahu nak bertanyakan pada siapa untuk elak macamana keputihan tu. Sampaikan, kerap sangat basuh di bahagian tersebut setiap kali gatal, atau membuang air besar. Ke hulu hilir bawa “femine wash” untuk pastikan bahagian tersebut di basuh bersih.

Masa mengandung, masalah keputihan 15 tahun ini semakin menjadi jadi dan bila diajukan pada doktor dan nurse semasa “check up” bulanan, diaorang kata memang itu masalah biasa untuk ibu hamil. Lagi jadi masalah bila perut semakin membesar dan ia menjadi jadi semakin gatal.

Ada orang suruh basuh bahagian tersebut dengan air sirih yang direbus dan letakkan daun sirih di bahagian tersebut. Kak Ct buat juga. Tapi sekejap je hilang gatalnya. Esok lusa, ia datang balik.

Pernah berjumpa doktor dan doktor pun sahkan masalah keputihan Kak Ct sangat teruk. Jadi doktor masukkan sejenis ubat untuk mengelakkan bakteria merebak ke dalam organ organ dalaman.

Ambil juga ubat yang diberikan oleh doktor, tapi hanya seminggu atau selagi makan ubat yang diberikan. Bila tak makan ubat, ia datang balik. Doktor sendiri tak bagi kak ct makan ubat yang dose lebih tinggi sebab masa tu tengah mengandung.

Akhirnya, selepas bersalinkan Zafran, dan mencari maklumat berkenaan suplemen penyusuan, terjumpa artikel berkenaan merawat masalah keputihan juga. Macam best, nak cuba juga. Jadi belilah set penyusuan shaklee ( ALFALFA, ESP, SR VITAMIN C, B COMPLEX, VITALEA, OSTEMATRIX) dan add on garlic untuk elakkan bakteria semakin merebak dan bantu matikan kulat dibahagian tersebut. Tak sangka, selepas 2 3 bulan konsisten ambil alfalfa dan garlic, masalah keputihan dapat diatasi.


Bermula dengan kurang rasa gatal walaupun berpeluh, sehingga dah kurang bau, suami juga akhirnya menegur akan kurangnya masalah keputihan tersebut. Kalau , sebelum ni, dia juga komplen akan masalah yang kak ct hadapi. Lama lama, kak ct juga yang malu sendiri dengan keadaan begitu. Ianya, waktu “bersama” adalah waktu yang seronok, tapi ia jadi sebaliknya dengan bau yang tidak sedap dan akhirnya, keinginan itu terus mati disitu.

Sedih sangat

Tapi kini, Alhamdulillah, walaupun ia keputihan 15 tahun tak 100% hilang, ia tidak lagi berbau teruk dan keputihan pun pada tahap yang baik dan hanya datang sebelum 2 3 hari nak haid saja.

Pantyliner pun dah lama tak guna. Nak bergerak aktif pun dah tak risau akan berpeluh banyak dan mula gatal gatal. Seronok sangatlah. Garlic dan alfalfa, 2 suplemen wajib yang kak ct ambil hari hari. KITA ENJOYS!!!

Bawang putih memang diketahui sangat berguna untuk kesihatan manusia kerana membantu dalam membunuh parasit, membantu dalam sistem pernafasan, perbaiki sistem penghadaman dan kandungan tenaga yang rendah. Manakala alfalfa pula adalah sejenis herba dan sangat diakui dalam keberkesanan untuk kesihatan dalaman wanita.

Alfalfa bertindak sebagai kacip fatimah buat isteri. Kacip Fatimah?? Tau tau jelah apa manfaat nya kan? Yang itu pun kak ct dapat manfaatnya. Buat suami tersenyummm saja. opss Hilang sudah keputihan 15 tahun dulu dulu punya.

Atasi Masalah Keputihan Dengan Set Keputihan Shaklee

Alfalfa Complex – bersifat antikulat. Ia boleh mengurangkan bau busuk serta mengurangkan rasa gatal di bahagian faraj. Alfalfa juga bertindak sebagai detox untuk membuang toksik yang ada di dalam badan. Yang paling best, Alfalfa juga bertindak sebagai perapat ala-ala kacip fatimah.

Garlic Complex – merupakan antibiotik semulajadi. Ia menghalang jangkitan kuman dan kulat daripada merebak. Secara tidak langsung, Garlic Complex dapat meningkatkan sistem imun badan.

BAGAIMANA NAK DAPATKAN SET KEPUTIHAN SHAKLEE

Cara 1 – Anda boleh terus klik ke SET KEPUTIHAN ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan.

Cara 2 – Sila hubungi Puan Zulaikha ditalian 018-3164133 untuk mendapatkan konsultasi tentang tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.

download

Leave a Reply

CommentLuv badge

Kenal 9 Jenis Keputihan Normal Dan Tak Normal, Elak Kanser Serviks
Close Menu
×
×

Cart