4 Suplemen Bantu Turunkan Kolesterol Tinggi Supaya Tak Kena Serangan Jantung

cara berkesan turunkan kolesterol

Rasa macam tak percaya bila kita dah selesai buat pemeriksaan dan doktor bagitau kolesterol kita di tahap yang tinggi. Eh, badan kurus pun boleh tinggi kolesterol? Umur pun baru 30 tahun. Muda lagi kot…

Bila kita dah cuba sebaik mungkin jaga pemakanan dan senaman harian tapi langsung tak membantu menurunkan kolesterol, mungkin badan kita perlukan sesuatu untuk membantu kawal kadar kolesterol yang semakin tinggi.

Penggunaan ubat kolesterol statin biasanya akan membuatkan sesetengah orang risaukan kesan sampingan daripada ubat tersebut. Jadi, pengambilan suplemen yang boleh menurunkan kolesterol boleh menjadi salah satu alternatif supaya dapat membantu menurunkan kadar kolesterol dalam badan.

Bahaya ke kolesterol tinggi ?

Kolesterol tinggi memang satu keadaan yang sangat bahaya untuk jantung – boleh menyebabkan plak-plak menimbun di dinding salur darah. Bila makin banyak plak kolesterol menimbun kat situ, salur darah boleh tersumbat.

Bayangkan je longkang yang penuh dengan sampah sarap, aliran air pun jadi tersekat. Kesan buruk dari tu, bila dah tersumbat, oksigen susah nak sampai ke seluruh badan!

Bila oksigen gagal sampai ke jantung – SERANGAN JANTUNG boleh berlaku.

Bila oksigen gagal sampai ke otak – STROKE boleh terjadi.

Dua-dua keadaan ni boleh membawa kepada kematian.

Berapa amaun kolesterol yang badan kita perlukan dalam sehari?

bahaya kolesterol

Tapi sayangnya ramai yang terlebih pengambilan kolesterol dalam sehari. Jadi kita perlukan makanan tambahan untuk bantu progress badan kita turunkan kolesterol dengan efisyen.

4 Jenis Suplemen Bantu Turunkan Kolesterol Tinggi Supaya Tak Kena Serangan Jantung

  1. Minyak Ikan (Omega 3)

cara turunkan kolesterol

Kadar omega 3 dalam minyak ikan iaitu EPA dan DHA memang terbukti mengikut kajian untuk menurunkan kadar trigliserida sehingga 30% dan boleh mengurangkan pembengkakan dan pembekuan darah dan meningkatkan kolesterol baik dalam badan.

Tapi tak semua minyak ikan selamat dan berkesan. Perlu bijak memilih minyak ikan yang bebas dari merkuri dan menjalani penyulingan berperingkat bagi menapis kandungan merkuri dan logam berat didalamnya. Dan paling penting adalah minyak ikan, bukan minyak hati ikan ye!

2. Phytosterols (Phytocol-ST)

suplemen untuk kolesterol tinggi

Sterol tumbuhan yang juga dikenali sebagai phytosterols adalah sebatian pada tumbuhan dan dapat menurunkan kadar kolesterol tinggi dalam darah.

Fitosterol ni bentuk dia sama dengan kolesterol, jadi bila kita ambil fitosterol ni sebelum makan, dia akan bersaing dan merebut ruang dengan kolesterol untuk menyerap didalam usus. Jadi lebih banyak fitosterol yang kita ambil semakin kurang kolesterol jahat dapat dserap ke dalam badan kita.

 

3. Ko-enzim Q10 (CoQ10)

kolesterol tinggi

CoQ10 ni sangat tinggi dengan antioksidan yang bagus untuk kesihatan jantung, dan selain dia boleh bantu turunkan kolesterol tinggi, dia juga bantu menguatkan fungsi jantung tu sendiri. Sebab koenzim Q10 ni memang paling banyak terdapat dijantung kita – umpama pengecas jantung la lebih kurang.

CoQ10 juga bertindak sebagai satu antioksidan kuat dan membantu melindungi arteri bagi menangani masalah pengoksidaan lipoproteins berkepekatan rendah (LDL) dan memudahkan pengaliran darah.

Ini penting dalam membantu menyokong fungsi saluran darah, termasuk pengaliran darah ke jantung.

4. Resveratrol (Vivix)

cara atasi kolesterol tinggi

Resveraterol terbukti berkesan mencegah pembekuan kolesterol dari melekat di saluran darah. Orang yang alami masalah kolesterol tinggi adalah disebabkan oleh plug atau kolestrol berlebihan dalam salur darah.

Vivix ni akan bantu melindungi salur darah kita, jadi salur darah kita akan dilindungi dari kerosakan dan kolesterol tidak boleh menempel pada salur darah – jadi takkan ada kolesterol berlebihan!

 

Set-Jantung-Shaklee

 

Alhamdulillah, antara feedback pengguna

Turunkan kolesterol tinggi

Kesihatan kita ini, tiada galang ganti. Ingat semula apa perasaan ketika kita mula-mula menerima berita ini, doktor pula yang terlebih bimbangkan keadaan anda akibat kadar kolesterol yang terlalu tinggi.

Terbayang pula wajah insan yang kita sayang. Anak-anak yang masih kecil dan perlukan perhatian. Masih skeptikal dan berkira untuk pelaburan, sedangkan diluar sana ramai dah boleh menarik nafas lega selepas mengambil SET KOLESTEROL ini.

Hubungi saya Zulaikha 0183164133 atau klik eSell dibawah untuk menurunkan paras kolestrol dalam tubuh anda!

 

Set kolesterol shaklee

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge