Kanser Payudara Tahap 2, Disahkan Sembuh Selepas 6 Tahun Ikhtiar.

wordswag_1532705495646

Siapa yang mahu diuji dengan ujian kesihatan yang teruk, apatah lagu disahkan kanser payudara, mimpi paling ngeri yang setiap wanita tak inginkan.

Kanser, bagaimana ia bermula, secepat mana ia merebak… dan mengapa zaman kini ramai orang muda yang diserang kanser.. Ikuti pengalaman wanita hebat ini, yang diuji kehilangan suami, kemudian diuji pula dengan serangan kanser payudara. Semoga memberi manfaat dan kebaikan buat kita.

Kanser Payudara Tahap 2, Disahkan Sembuh Selepas 6 Tahun Ikhtiar.

Alhamdulillah wa syukurillah…

Inilah cinta hati saya dan adik beradik, satu satunya keberkatan doa yang kami ada sehingga sekarang. Disebalik senyumannya, siapa sangka mak merupakan cancer survivor… disebalik seraut wajah yang mulus itu juga terselit pelbagai kedukaan dalam memikul tanggungjawab sebagai emak dan ayah kepada kami 4 beradik..terutama buat adik bongsu kami yang sekolah lagi.

Oktober 2012 merupakan detik paling getir apabila mak kehilangan kekasih hatinya secara mengejut.. siapalah kita sebagai hamba untuk mempersoalkan ajal dan maut. Hanya doa menjadi iringan… hamba redho ya Allah…Tidak setakat itu, mak diuji sekali lagi apabila disahkan menghidap kanser payudara tahap 2 seusai habis idahnya.

Benjolan sebesar 20 sen

Waktu itu, bagaikan dihempap langit runtuh apabila benjolan sebesar 20sen di bahagian dada kiri disahkan positive sel kanser…Al maklumlah mak memang tiada masalah kesihatan yang lain. Mak kelihatan tenang menerima kebenaran itu.. namun disebalik ketenangan wajahnya tetap terselit kesedihan dan kehampaan.

Hanya Allah sahaja mengetahui apa yang dialami beliau.. hendak mengadu, hilang sudah tempat mengadu.. pada anak-anak? kekuatan perlu ditunjukkan agar tidak menyedihkan anak-anak pula. Betapa kuatnya semangatmu mak. Jagakan mak buat kami Ya Allah.

Setelah beberapa rawatan dan ujian dilakukan di beberapa hospital dan keputusan adalah tetap sama. Akhirnya akur dengan qada qadar Allah, mak bersetuju menjalani pembedahan mastektomi sepenuhnya di bahagian dada kiri…sedih hati kami melihat keadaan mak.

Ya Allah kuatkan mak dalam menghadapi ujianMu..Setelah itu, bermulalah episod mencabar buat mak selepas pembedahan. Dari pemakanan, luka pembedahan, aktiviti harian semua kami jaga..

Diperkenalkan dengan shaklee buat mak selepas pembedahan adalah ostematrix bagi penyembuhan luka dengan baik.. alhamdulillah elok dan cantik lukanya.

Apabila mula kemoterapi dan radiotherapy keadaan mak makin lesu.. rambut dah mula gugur, otot-otot dan sendi tak berapa nak kuat sehinggakan terpaksa solat duduk.. tiada nikmat Allah yang dapat kita dustakan.

Dimasukkan ke wad kerana tak cukup darah.. sungguh-sungguh diuji. Ampunkan mak Ya Allah…Setelah habis kemoterapi dan radiotherapy sebanyak 15 sesi. Masa tu birthday mak tak silap masa tu, hadiahkan mak vivix. Terharu mak kata.. sebab kami sayang mak tau… selepas tu mak ikhtiar dengan mencuba full set kanser. Almaklumlah kan imun badan rendah dan kesan dari rawatan pula buat mak lemah dan pucat.

Alhamdulillah mak saya kuat dan mak dapat hadapinya. Sekarang setelah 6 tahun mengamalkan set kanser, doktor sahkan mak bebas kanser. Terima kasih Allah.

Sehingga sekarang mak sayang sangat-sangat pada vivixnya tu. Tanpa vivix mak tak happy katanya.. hihi doakan mak sihat ye semua.. tak kenal maka tak cinta tau.

Mak kata sharing ni boleh bantu orang yang senasib dengannya. Terima kasih Shaklee bawa harapan baru buat mak.

Kanser payudara tahap 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge