Adakah Keradangan Senyap Sedang Bersembunyi Dalam Badan Kita?

wordswag_1531717970994

Keradangan senyap atau kita panggil silent inflammation ni adalah sesuatu yang kita tak boleh lihat dengan pandangan mata kasar. Ia umpama, kerosakan yang berlaku di dalam badan kita namun kita tak terasa ia berlaku sehinggalah ia benar-benar teruk dan terlambat. Jadi, bagaimana kita nak tahu sekiranya keradangan ini bersembunyi didalam tubuh badan kita?

Tiada ujian direct yang boleh kesan keradangan yang bersembunyi didalam badan kita, namun kita boleh uji untuk melihat kepada petanda keradangan tersebut. Sekiranya terdapat keradangan didalam badan kita, hati kita akan memberi respon dengan merembeskan protein berkaitan keradangan ke dalam salur darah.

Adakah Keradangan Senyap Sedang Bersembunyi Dalam Badan Kita?

keradangan senyap

Beberapa ujian makmal dan jawapan anda kepada beberapa soalan boleh mengesan sekiranya ada keradangan didalam badan. Dibawah ini adalah tanda dan signal yang menunjukkan badan kita mempunyai keradangan – olahan dari The Anti-Inflammation Zone yang ditulis oleh Dr Barry Sears. Sekiranya kita mempunyai 3 atau lebih daripada tanda dibawah, berkemungkinan besar tubuh badan kita berdepan dengan silent inflammation.

Simptom keradangan :

  • Terlebih berat badan
  • craving karbohidrat
  • kerap lapar
  • mudah letih terutama selepas bersenam
  • kuku rapuh
  • kerap mengantuk
  • Rasa tak cukup tidur
  • sembelit
  • Badan lesu semasa bangun tidur

tanda keradangan

Selain tanda diatas, ada signal lain yang boleh kita jadikan indikasi dalam menentukan keradangan didalam badan kita.

C-REACTIVE PROTEIN

Cardiac Reactive Protein (CRP) berfungsi sebagai biomaker umum kepada keradangan. Ia akan hilang apabila luka tersebut sembuh atau apabila jangkitan/keradangan tersebut hilang. Walaupun begitu, ianya tidak boleh detect secara spesifik bahagian anggota atau organ yang terlibat dalam keradangan namun ia boleh membantu untuk mengesan dimana berlakunya keradangan dalam tubuh badan kita.

Ada dua jenis CRP test ni : CRP yang biasa dan hsCRP (High Sensitivity Cardiac Reactive Protein). Kedua-duanya boleh mengukur protein keradangan yang sama tetapi dengan tahap yang berlainan. Pengalaman saya sendiri juga pernah membuat ujian darah untuk cek hsCRP ni kerana masalah auto imun yang pernah saya alami dulu menyebabkan bacaan hsCRP saya naik mendadak.

Ujian hsCRP

Ujian hsCRP ni lebih sensitif kalau nak dibandingkan dengan standard CRP sebab dia boleh mengesan kepekatan darah dengan tepat daripada 0.3 sehingga 10 mg/L. hsCRP ni sangat berguna kalau nak ‘mengesan’ serangan jantung, stroke, sudden cardiac death, penyakit arteri periferal walaupun kadar kolesterol dalam darah masih diparas yang sepatutnya.

Mengikut AHA (American Heart Association), tahap yang telah ditetapkan untuk hsCRP test adalah seperti berikut :

  • Rendah risiko : kurang dari 1.0mg/L
  • Sederhana : 1.0 – 3.0 mg/L
  • Tinggi risiko : Lebih dari 3.0 mg/L

ESR (Erythrocyte Sedimentation Rate)

ujian ESR

ESR ni pun salah satu ujian yang boleh kita buat untuk mengesan keradangan kronik didalam badan. Sama seperti CPR dan hs CRP, ESR ni tak boleh nak mengesan tempat keradangan dengan tepat dan atas sebab ini biasanya ujian ESR diambil bersama dengan ujian darah yang lain untuk mengesan dengan tepat punca sebenar keradangan berlaku.

Kadar normal ESR :

  • Lelaki bawah usia 50 Tahun : kurang dari 15mm/hr
  • Lelaki lebih usia 50 tahun : kurang dari 20mm/hr
  • Wanita bawah usia 50 tahun : kurang dari 20mm/hr
  • Wanita lebih usia 50 tahun : Kurang dari 30mm/hr

AA/EPA Ratio

AA/EPA Ratio ini dikatakan ujian paling bagus untuk mengesan keradangan senyap dan disebut Silent Inflammation Prodile (SIP). SIP boleh mengukur nisbah eicosanoid pro-inflamasi berbanding eicosanoid anti-radang.

Bacaan AA/EPA yang ideal adalah antara 1 dan 3. Kesihatan dalaman kita tak lagi berada ditahap yang bagus sekiranya bacaan menjangkau 10. dan sekiranya bacaan melebihi 15 itu bermaksud badan kita dalam silent inflammation mode, anda perlu perhatikan amaran yang diberikan oleh badan. AA/EPA ratio ni mudah untuk di pulihkan dengan pengambilan minyak ikan yang kaya dengan asid lemak omega 3.

Peratus Lemak Badan Dan Saiz Pinggang

Peratusan lemak badan dan saiz pinggang adalah petunjuk yang lemah bagi mengesan keradangan senyap tetapi sangat mudah nak dapatkan bacaan body fat dan saiz pinggang ni. Saiz pinggang diukur dengan ukuran pita dan diukur sama ada di peringkat butang perut anda atau titik separuh jalan antara tulang belakang bawah dan ujung tulang pinggul (iliac crest).

Bagi lelaki saiz pinggang kurang daripada 40 inci masih boleh diterima, tetapi kurang daripada 35 inci adalah optimum. Bagi wanita, kurang daripada 35 inci boleh diterima dan kurang daripada 30 inci adalah optimum. Fuh! Nah, capai tali pita sekarang dan ukur cepat ­čśŤ

Ada pelbagai cara untuk tentukan peratus lemak badan. Bagi lelaki, lemak badan kurang daripada 15% adalah baik dan kurang daripada 12% adalah optimum. Bagi wanita, lemak badan kurang daripada 22% adalah baik dan kurang daripada 20% adalah optimum.

Nota : setakat ni saya guna penimbang Karada je untuk tengok peratus lemak badan. Oh my!

Jika anda mempunyai biomarker yang konsisten dengan keradangan senyap ia tidak bermaksud anda ditakdirkan untuk hidup dengannya. Anda boleh mengawal sama ada anda mempunyai keradangan senyap atau tidak. Mengurangkan keradangan senyap mungkin langkah terpenting yang anda perlu ambil untuk memperbaiki kesihatan anda. Silence is not always golden.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge