Keradangan Senyap : Umpama Menanti Volkano Meletus

silent inflammation atau keradangan

Sebenarnya serangan jantung, stroke, kanser, diabetes, alzheimers, SLE, psoriasis, asma, arthritis, sinusitis, dermatitis, dan semua yang berakhir dengan ‘itis’ ini berlaku akibat keradangan dan keradangan inilah yang menjadi punca utama kepada terjadinya penyakit-penyakit kronik ini.

Penyakit keradangan kini menjadi suatu yang mengancam dunia kesihatan . Tahap keradangan yang tinggi menandakan kesihatan kita tidak berada pada tahap memuaskan dan kita sebenarnya sedang ‘sakit’ walaupun kita rasa kita sihat dan tiada masalah.

Umpama racun, keradangan secara perlahan-lahan boleh merosakkan organ dan sel tisu badan kita tanpa kita sedar dan kita mampu teruskan hidup seolah-olah kesihatan kita berada pada tahap yang terbaik sehinggalah apabila sampai masanya — keradangan itu akan ‘mengamuk’ seumpama letusan volcano.

Apa Itu Keradangan?

Keradangan ni sebenarnya sebahagian daripada sistem pertahanan badan. Bila badan dapat detect ada bahaya yang datang, sistem pertahanan badan akan beri respon dengan melepaskan sel darah putih ke dalam darah untuk melindungi sel yang diancam bahaya tadi.

 

apa itu keradangan

Sel darah putih yang dilepaskan tadi pula akan meningkatkan aliran darah ke bahagian yang mengalami kecederaan atau jangkitan sehingga kawasan tersebut kelihatan kemerah-merahan dan boleh jadi juga akan membengkak. Keradangan ini akan buat kita rasa sakit tapi benda ni kita namakan sebagai proses penyembuhan dan ini kita panggil sebagai acute infammation.

Semua orang mesti pernah alami acute inflammation ni, dan semua anggota badan kita terdedah untuk mengalami acute inflammation termasuklah otot, saraf, organ, sendi dan kulit. Kita memang perlukan keradangan ni untuk survive.

Contohnya, bila kita kena gigit nyamuk, badan kita beri respon dengan menghantar sel imun dan secara semulajadi menghasilkan bahan kimia untuk musnahkan germs dan repair balik sel yang dah rosak tadi. Bila penyerang tadi dah dimusnahkan, keradangan itu akan reda dan proses penyembuhan berlaku.

Acute Inflammation Atau Keradangan Akut

Kita semua ada pengalaman dengan keradangan akut ni seperti buku lali terseliuh, alahan kulit, gigitan serangga, demam panas dan sebagainya dan simptom keradangan akut ni termasuklah bengkak, sakit, rasa panas, kemerahan dan hilang fungsi.

Dr. Barry Sears gelar acute inflammation ni dengan nama “screaming pain” sebab ia salah satu proses untuk selamatkan hidup kita. Keradangan yang berlaku akan hilang dan proses penyembuhan akan berlaku, dan biasanya tiada sebarang komplikasi selepasnya.

Silent Inflammation Atau Keradangan Senyap

Beza keradangan akut dan keradangan senyap ni, keradangan senyap ni kita takkan tahu tentangnya sehinggalahsemuanya sudah terlambat. Kita tak sedarpun apa gejala, tanda dan simptom keradangan senyap ni.

Semua penyakit yang berakhir dengan ‘itis’ ini adalah keradangan senyap yang berlaku sehingga akhirnya kita tidak menyedari semuanya telah terlewat. Keradangan ini akan bertukar menjadi kronik apabila sel darah putih daripada sistem pertahanan badan dihantar ke kawasan keradangan berlaku dan kekal terlalu lama di kawasan tersebut, sehinggalah chemical yang dilepaskan tu bertindak merosakkan setip tisu yang mereka nak selamatkan tu. Ada juga yang menggelar keradangan kronik ini sebagai “the bodys defense mechanism turns into a betrayal” —  “sistem pertahanan badan mengkhianati badan sendiri.”

Dan bahayanya keradangan senyap ini apabila, dia boleh merebak dari satu tempat dan merosakkan ke seluruh bahagian badan kita. Ia boleh merosakkan organ kita seperti pankreas,arteri, sendi, saraf dan menekan sistem pertahanan badan.

Semakin lama proses keradangan ini berlaku dalam badan kita, semakin banyak kerosakan yang dia akan lakukan terhadap organ dan badan kita. Sangat menakutkan kerana kita tetap rasa diri kita sihat dan tak bermasalah, sehingga bila dikesan, semuanya sudah terlambat.

Amalkan antioksidan untuk mencegah berlakunya keradangan ini tanpa kita sedar.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge