4 Suplemen Jantung Terbaik Untuk Menguatkan Jantung

suplemen jantung terbaik

Jantung adalah satu-satunya organ yang bekerja dalam badan kita tanpa henti. Jantung kita sentiasa bekerja keras untuk mengepam darah supaya oksigen dapat dibekalkan ke seluruh bahagian anggota tubuh badan kita. Semua orang nakkan jantung yang sihat, tapi pernah tak kita berikan suplemen untuk kuatkan jantung kita untuk terus bekerja secara efisyen? Jika pernah, alhamdulillah. Anda memang sayangkan jantung anda.

Sebenarnya, ramai orang tak sedar betapa pentingnya pengambilan suplemen jantung saat masih terasa sihat ini. Kebanyakan orang, mula mengambil berat hanya apabila jantung sudah berasa lemah dan tidak sihat, dan tika jantung mula menunjukkan ada masalah.

Banyak kepentingan untuk memberikan keperluan nutrien dan vitamin untuk jantung antaranya :

  • Supaya dapat bantu memberikan denyutan jantung yang normal
  • Menjadikan jantung kita lebih sihat dan kuat
  • Menjadikan peredaran darah lebih lancar
  • Menjauhkan kita dari risiko mendapat penyakit jantung dikemudian hari

Dan kalaulah ramai yang sedar bahawa penyakit jantung ni antara yang utama membunuh di Malaysia ni, mesti ramai yang ambil berat dengan kesihatan jantung dan berikan suplemen terbaik untuk jantung sejak awal lagi.

4 Suplemen Jantung Terbaik Untuk Menguatkan Jantung

  1. Resveratrol

suplemen jantung

Resveratrol ni biasa dijumpai dalam anggur dan dia juga dianggap sebagai polifenol dan ia merupakan antioksidan. Resveratrol terbukti boleh tingkatkan kesihatan jantung dan menjadikan jantung kita lebih kuat dan melancarkan peredaran darah.

Resveratrol bantu jantung kita dengan cara :

  • Menyokong kesihatan jantung supaya lebih kuat
  • Melingdungi arteri
  • Mengurangkan keradangan jantung
  • Detoks tubuh badan
  • Memelihara keseluruhan kesihatan tubuh badan

 

2. Koenzim Q10 atau CoQ10

suplemen jantung3

Suplemen koenzim Q10 sangat membantu kesihatan jantung dengan menguatkan otot jantung. Ramai orang selepas umur 35 tahun mempunyai paras CoQ10 yang rendah, maka mengambil suplemen jantung CoQ10 adalah difikirkan sebagai suatu pelaburan yang amat berharga untuk mencapai penuaan yang optimum.

Ramai orang yang mengambil suplemen jantung koenzim Q10 lazimnya melaporkan peningkatan mendadak dalam paras tenaga mereka sebaik sahaja mereka mula mengambil suplemen coQ10. Mereka dapat bermain lebih banyak golf, dapat kembali semula ke gelanggang tenis, dan selepas itu mampu lagi dapat meluangkan masa bersama anak-anak dan cucu-cucu mereka.

Antara manfaat coQ10 :

  1. Bekalkan tenaga yang berkekalan
  2. Peredaran darah yang sihat
  3. Menyihatkan sistem reproduksi (sesuai untuk pasangan yang sedang ikhtiar beroleh zuriat)
  4. Menjadikan kulit cantik dan lebih berseri
  5. Meningkatkan fungsi kognitif

3. Omega 3

suplemen jantung 1

Omega 3 antara suplemen jantung yang paling bagus, bertindak untuk melancarkan peredaran darah dan mencairkan darah beku akibat masalah jantung.

Antara kebaikan omega untuk kesihatan jantung :

  • Mencegah penggumpalan darah
  • Melebarkan arteri
  • Menurunkan kolesterol dan trigliserida
  • Sebagai antiradang dan mengatur respon imun badan

4. Ekstrak Teh Hijau

suplemen jantung 2

Banyak manfaat dan kebaikan yang ramai orang maklum berkaitan pengamalan teh hijau untuk kesihatan jantung. Antara kebaikan teh hijau untuk jantung adalah :

  • Menguatkan otot jantung
  • Membantu mengurangkan lemak dalam badan
  • Meningkatkan tenaga
  • Mengawal kandungan kolesterol

Amalkan gaya hidup sihat, jaga pemakanan dan ambillah suplemen dengan bijak demi kesihatan jantung kita yang tiada gantinya. Dapatkan set suplemen jantung ini beserta konsultasi dan cara pengambilan yang betul melalui saya.

 

ummuayyash order

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge