Kehebatan Strawberi Dalam Menurunkan Kadar Kolesterol

wordswag_1516982167119

Semalam adik lelaki saya sampai dari bumi Cairo dan bawa balik buah strawberi yang sedang musim kat sana.

MashaAllah nikmat sungguh, manissss bak kata suami macam rendam dalam air gula. Tapi bila dapat yang masam tu sampai kerut muka menahan.

Nak tahu tak satu perkara?

Selalunya, bila sebut tentang turunkan kolesterol, mesti ramai yang terbayangkan garlic, salmon, omega 3 dan oat ..

Mungkin ramai tak tahu yang sebenarnya strawberi ni antara most powerful dan masuk carta paling top untuk bantu turunkan LDL kolesterol (kolesterol jahat).

Ada satu kajian dibuat dengan dua kumpulan untuk ujian kolesterol ni. Kumpulan A ni memang dah follow dietary plan yang aim untuk turunkan kolesterol selama 2 tahun setengah dan diorang ni ambil oat, kekacang dan tumbuhan yang ada natural sterols.

Kumpulan B pulak dikehendaki ambil 3 cup strawberries setiap hari untuk tempoh sebulan. Guess what? Resultnya, penurunan kolesterol kumpulan B sangat mendadak berbanding kumpulan A!

Kajian menunjukkan strawberi ni dalam kumpulan yang tahap LDL teroksida dia rendah.

Pengoksidaan ni berlaku bila kolesterol LDL kena serang dengan reactive oksigen molecules dalam dinding arteri, dan pengoksidaan LDL ni bahaya sebab dia boleh hasilkan keradangan dan plak dalam arteri yang mana boleh tingkatkan risiko serangan jantung dan stroke.

Apa yang jadikan strawberi ni top food yang boleh kurangkan kolesterol?

Para saintis di University of Warwick menemui ekstrak dari buah strawberi yang boleh mengaktifkan protein dalam badan yang di panggil “Nrf2”. Nrf2 ni la yang bekerja untuk turunkan paras trigliserida dan kolesterol level.

Dan apa paling menarik, buah strawberi yang kita suka makan ni top 3 buah yang tertinggi kandungan anti oksidan dia.

Buah strawberi ni kaya dengan vitamin dan mineral, dan merupakan antara sumber terbaik vitamin C.

Dalam buah strawberi juga mengandungi mangan, iodin, potassium, folat, vitamin B6, vitamin K, magnesium dan copper.

BERAPA BANYAK NAK KENA MAKAN UNTUK TURUNKAN KOLESTEROL SECARA NATURAL?

Turunkan kolesterol secara semulajadi

 

Kebanyakan research bagitau, untuk lowerkan kolesterol mesti ambil 2-3 cup of strawberries setiap hari.

Tapi bukanla maksudnya sekali makan habiskan 2-3 cup tu, bolehla buat smoothies ke, makan dengan salad ke atau buat yogurt pun boleh.

Cuma ada satu masalah bila makan strawberi ni…

“The only downside to strawberries is that unless you buy organic, you will be ingesting pesticides..”

Salah satu kelemahan kalau tak beli buah strawberi organik, kita mungkin akan termakan sekali racun pesticides tu .. erk!

Dapatkan yang beyond organic. Eh ade ke?

#MisiJagaKolesterol #SayangiJantungKita

Turunkan Kolesterol Secara Semulajadi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge