Kolesterol Pada Bahagian Ayam Paling Banyak?

wordswag_1516892753811

Sedapnya ayam goreng…

Setakat ni jarang dengar (macam belum pernah dengar lagi) orang tak suka makan ayam goreng. Baik hat tua atau muda, budak kecik ke bapa budak ke, semua suka kan kalau ayam ni..

Tapi tahu tak setiap bahagian ayam yang kita makan tu, kandungan kolesterol dia berbeza. Even, cara masakan pun akan buatkan kandungan kolesterol jadi sangat berbeza.

Bila kita faham, badan kita memang hasilkan kolesterol, dan kolesterol pun boleh kita dapat dari pemakanan kita, thats why kita perlu sangat jaga apa yang kita makan.

Kolesterol Pada Bahagian Ayam Paling Banyak?

Jom tengok bahagian ayam dan kandungan kolesterol yang ada dalam 100g setiap bahagian :

Dada ayam : 86mg
Peha ayam : 155mg
Kepak ayam : 134mg
Paha (thigh) : 128mg

Kolesterol pada ayam

Dengan kuantiti yang sama, bahagian dada ayam paling kurang mengandungi kolesterol. Secara umumnya, ayam tanpa kulit mengandungi kurang kolesterol dan lemak tepu.

CARA MASAKAN PUN MEMPENGARUHI KADAR KOLESTEROL

Kuantiti ayam yang sama (100g) dengan cara masakan yang berbeza, akan mempengaruhi kandungan kolesterol yang ada.

– Ayam goreng tepung 89mg
– Ayam panggang 84mg
– Ayam rebus 77mg

Macam yang kita boleh lihat, preparation matters. Hatta kalau kita tambah kuah dalam masakan pun, kolesterol boleh naik dengan mudah. Buang kulit ayam akan bantu kurangkan amount kolesterol dan lemak tepu yang kita ambil.

**Thats why dari kecil mak jarang masak ayam sekali dengan kulit**

Kalau ikut cadangan AHA (American Heart Association), satu portion ayam tu hanya boleh ambil 3oz je, which is dalam setengah dari dada ayam saiz besar untuk kawal pengambilan kolesterol.

Nak turunkan kolesterol?

Ada certain food yang boleh bantu untuk turunkan kolesterol secara semulajadi. Boleh jadikan bahan tambahan dengan masakan ayam tadi, antaranya :

• makanan yang tinggi fiber
• Ikan (Omega 3)
• Walnut dan Almond
• Olive oil

Jadi, orang yang memang ada high cholesterol, atau untuk kita cegah awal-awal dari dapat kolesterol tinggi ni, mulakan dari sekarang pilih bahagian yang low kolesterol dan cara masakan yang bantu mengurangkan kadar kolesterol tu.

Share dan tag kawan anda yang suka sangat makan ayam tu, kita geng lah😅

#MisiJagaKolesterol #SayangiJantungKita

Kawal Kolesterol Secara Semulajadi

———

Sumber

– Cholesterol: top foods to improve your numbers. (2015, June)

mayoclinic.org/diseases-conditions/high-blood-cholesterol/in-depth/cholesterol/art-20045192

– Eat more chicken, fish and beans. (2014, December 2)

heart.org/HEARTORG/GettingHealthy/NutritionCenter/HealthyEating/Eat-More-Chicken-Fish-and-Beans_UCM_320278_Article.jsp

– High cholesterol facts. (n.d.)

cdc.gov/cholesterol/facts.htm

– National nutrient database for standard reference release 27. (n.d.)

ndb.nal.usda.gov/ndb/foods

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge