Bacaan Kolesterol Normal Mengikut Umur

wordswag_1516808338871

Makin awal kita start untuk bina lifestyle yang sihat, makin bagus kesihatan kita menjelang bertambahnya umur.

“Mulalah dari sekarang..jangan jadi macam aku ni, dah kena baru nak beringat.”

Biasa kan dengar ayat ni…

**dah kena baru terngadah,kan**

Kolesterol ni memang kita boleh dapat dari pemakanan, tapi tahu kan yang sebenarnya sebahagian besar kolesterol, badan kita sendiri yang hasilkan.

Badan kita memang perlukan kolesterol untuk dia function properly, tapi bila kolesterol dalam badan kita terlalu tinggi, itu yang bawa kepada risiko serangan jantung atau stroke.

Lebihan kolesterol yang tak digunakan oleh badan kita, makin banyak dia menimbun (akibat tak digunakan) maka boleh akibatkan blockage dalam saluran darah.

Dan, bila kita buat ujian kolesterol, jangan ‘tertipu’ dengan TOTAL CHOLESTEROL yang tertulis tu even angka di paras yang selamat.

Apa yang kita kena perhatikan betul-betul adalah amount kolesterol ldl atau gelaran dia – kolesterol jahat. Ldl ni selagi boleh kita nak bagi dia rendah, dan make sure amount hdl – makin tinggi lagi bagus.

American Heart Association mencadangkan supaya orang dewasa untuk buat pemeriksaan rutin bermula usia 20 tahun, sebab start usia ni kadar kolesterol boleh mencanak naik.

Lelaki lebih tinggi risiko daripada wanita dan wanita yang sudah mencapai menopause akan lebih berisiko untuk mendapat kolesterol tinggi.

Nak lakukan perubahan lifestyle yang lebih baik?

Nah, mulakan dengan 5 langkah ni :

1. Rutinkan senaman 30 hingga 60 minit sehari untuk lakukan senaman kardio yang sederhana untuk boost level hdl dalam badan.

2. Makan lebih fiber.

3. Makan lemak sihat seperti olive oil, avocado dan kekacang.

4. Hadkan pengambilan kolesterol, kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi lemak tepu yang tinggi seperti keju.

5. Berhenti merokok.

Jadi…

Berapa banyak sebenarnya amount kolesterol yang selamat untuk kita?

Bacaan Kolesterol Normal Mengikut Umur

Bacaan kolesterol normal

 

Kadar kolesterol dalam badan

Nah, share post ni untuk orang yang anda sayang atau save baik-baik chart ni dalam memory phone anda ye.

#MisiJagaKolesterol #SayangiJantungKita

Kawal Kolesterol Secara Semulajadi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge