Kolesterol : Bahaya Arteri Tersumbat

wordswag_1516682651916

Analogi paip tersumbat

Kita memang perlu turunkan kolesterol sebab mana-mana kajian pun sebut, kadar kolesterol boleh jadi penanda aras terbaik untuk kesihatan arteri kita.

Semakin arteri kita menua, semakin banyak plak menimbun dalam dinding arteri. Dan plak ni hampir semuanya terdiri daripada kolesterol.

Plak dalam arteri kita ni, kita ibarat macam kuping-kuping yang menyelaputi sebelah dalam paip air.

Paling mudah tengok je paip air kat sinki dapur yang kita guna setiap hari tu. Ada sisa-sisa makanan yang terlepas dari penapis masuk ke dalam saluran paip sinki.

Lama-lama kita perasan air dalam sinki makin slow nak surut. Cek-cek rupanya tersumbat. Selama ni kita tak perasan, sampailah satu masa pengaliran air jadi perlahan ataupun air terus berhenti mengalir.

Sama jugalah itu yang berlaku dalam saluran arteri kita. Tapi ofkos nak clearkan plak dalam arteri tak semudah kita panggil tukang paip. Kan?

Apa yang bahaya bila plak semakin menimbun dalam arteri?

Disinilah masalahnya…

Bila plak dalam arteri makin lama dibiar menimbun tanpa kawalan, lubang arteri koronari akan jadi makin sempit.

Oleh sebab pengaliran darah ke jantung kiri dah tersekat, itu yang jadi punca kita rasa sesak nafas dan sakit dada bila lakukan sesuatu. Ini tanda jantung kita sedang ‘menjerit’ untuk bagitau kita dia perlukan oksigen.

Dan satu lagi perkara yang menakutkan, lubang arteri yang mengecil mungkin jadi tersumbat akibat pembekuan darah dan hal ni boleh stopkan aliran darah.

Kalau arteri koronari kecil je yang tersumbat dan kematian tisu yang tak berapa meluas, kita boleh diserang sakit jantung namun tak membawa maut.

TAPI !

Kalau arteri besar yang tersumbat dan kematian tisu berlaku dengan meluas, itu boleh membawa kepada KEMATIAN.

Sifirnya mudah, lagi tinggi kolesterol kita, lagi cepat plak menimbun dalam arteri-arteri kita. Dan proses ni boleh bermula dengan coretan lemak dalam arteri badan seawal belasan tahun!

Silakan SHARE sekiranya bermanfaat.

#KawalKolestrol #SayangiJantungKita

Kawal Kolesterol Secara Semulajadi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge