3 Sebab Kenapa Badan Kita Perlukan Kolesterol

wordswag_1516666005823

Badan kita perlukan kolesterol..

Selama ni kolesterol selalu dapat ‘bad publisities’, mungkin ramai yang tak perasan sebenarnya badan kita ni perlukan kolesterol. Hatta badan kita sendiri secara semulajadinya pun memang hasilkan kolesterol.

In fact, dalam badan kita ni kolesterol mainkan 3 peranan utama,

1. Kolesterol bantu mengeluarkan hormon seks.
2. Kolesterol bantu bina blok untuk tisu manusia
3. Kolesterol bantu pengeluaran hempedu di hati

Tapi,

Bukan semua kolesterol tu tak baik. Ada juga jenis kolesterol yang baik dan sangat diperlukan badan macam si HDL.

LDL vs HDL

Ldl ni atau gelaran lain dia kita panggil sebagai kolesterol jahat. Eh,bukan suka-suka tau nak panggil dia kolesterol jahat ni.

Jahat tak jahatnya Ldl ni sebab bila Ldl ni makin tinggi dan meningkat dalam badan, dia boleh mengeraskan saluran arteri kita.

Menurut American Heart Association (AHA), kadar Ldl yang tinggi boleh akibatkan pengumpulan plak kat dinding arteri kita. Bila plak menimbun, dia boleh akibatkan 2 benda buruk :

Pertama, dia boleh sempitkan saluran darah kita, tindih aliran yang angkut oksigen ke badan.

Kedua, dia boleh sebabkan pembekuan darah yang boleh akibatkan salur darah pecah dan halang aliran darah dan menyebabkan serangan jantung.

Ldl ni lah yang paling-paling kita kena usaha untuk kekalkan dia di paras ideal, iaitu kurang dari 100mg/dl.

Berbeza dengan HDL, kita panggil dia sebagai kolesterol baik. Nah, kenapa si Hdl ni baik, sebab dia akan bantu sistem kardiovaskular kita untuk sentiasa sihat.

Dan sebenarnya Hdl ni bantu untuk singkirkan Ldl dari arteri. Dia akan angkut Ldl ni balik semula ke hati, tempat dimana dia akan dipecahkan dan dihapuskan dari badan.

Hdl yang tinggi dalam badan boleh bantu kurangkan risiko serangan jantung dan stroke, sebaiknya lebih dari 60mg/dl.

Bila last cek kadar kolesterol dalam darah dan berapa bacaan, berani share tak?😁

Sila tekan button SHARE sekiranya entri ini bermanfaat untuk anda.

#MisiJagaKolesterol #SayangiJantungKita

KAWAL KOLESTEROL SECARA SEMULAJADI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge