10 Sebab Penting Kenapa Semua Orang Perlu Buat Detoks

kenapa kena detoks

Antara penyebab badan kita penat berpanjangan ialah bila hati kita tak boleh nak buat proses detoks (buang toksin) dengan baik. Hati kita memecahkan dan membuang hasil-hasil sampingan dari metabolisma kita, serta daripada toksin-toksin makanan yang kita ambil.

Antara kesan-kesan hati yang mengalami isu untuk menjalankan detoks dengan baik :

 sakit kepala, susah tidur, pening
 mata berair, pandangan kabur, gatal pada mata
 gatal dalam telinga, jangkitan oada telinga
 masalah sinus, hidung tersumbat, mukus yang banyak
 batuk teruk, seringkali perlu clearkan kerongkong
 jerawat, ruam, kulit kering, keguguran rambut
 loya, sering sembelit, sakit ulu hati
 sakit pada sendi
 food craving
 badan lesu, keletihan melampau
 sering lupa, keliru, blur, sukar membuat keputusan
 mood berubah-ubah, stress, down

Dr. Bernard Jensen, Pd.D telah menekankan kepentingan usus yang sihat. Menurut beliau,

“Setiap tisu dibekalkan dengan darah yang dibekalkan dari sistem usus. Apabila usus kita kotor, darah juga akan kotor. Oleh itu sistem usus mesti dipulihkan sebelum pemulihan bahagian badan yang lain boleh dilakukan “

10 Sebab Penting Kenapa Semua Orang Perlu Buat Detoks

1. Keluarkan toksin

Kehidupan kita zaman kini banyak terdedah kepada toksin seperti bahan kimia, pengawet dalam makanan dan pencemaran air serta udara. Toksin ini tersimpan dalam tisu-tisu badan dan setiap sel, termasuk OTAK! Toksin juga punca kulit jadi kusam dan tidak bermaya serta berjerawat.

2. Mengelakkan penyakit kronik

Toksin dan pencemaran merupakan punca utama berlakunya berbagai penyakit kronik seperti kanser, masalah otak, jantung, strok dan sebagainya. Setiap hari kita terdedah kepada berbagai toksin dan menyebabkan berlakunya kerosakan dan perubahan pada proses pembahagian sel. Detoksikifasi membantu melancarkan semula sistem badan untuk mengelakkan sebarang jangkitan dan mencegah penyakit..

3. Menguatkan sistem imun

Semakin banyak pencemaran dan toksin dalam badan, sistem imun kita akan semakin lemah. Detoks secara kerap dapat memperbaiki semula tahap kekuatan sistem imun dan mengawal jangkitan.

4. Mengurangkan berat badan

Toksin menyebabkan keupayaan untuk badan membakar lemak semakin berkurangan. Ini seterusnya akan menyebabkan berat badan mudah bertambah dan mula mengundang berbagai penyakit seperti diabetes, masalah jantung dan darah tinggi. Detoksifikasi membantu mengurangkan toksin dalam sel lemak dan meningkatkan metabolisma tubuh badan.

5. Melambatkan kesan penuaan

Detoksifikasi akan menghalang radikal bebas dan berbagai logam  dan toksin dari merosakkan sel-sel tubuh. Ia juga meningkatkan keupayaan tubuh badan untuk menyerap nutrien, antioksida dan vitamin yang dapat membantu melawan oksidasi pada sel.

6. Meningkatkan kualiti hidup

Tubuh kita semakin hari semakin stress dan rosak akibat berbagai toksin dan pencemaran yang merbahaya. Buktinya kesihatan kita seringkali terganggu seperti mengalami masalah sakit-sakit sendi, sakit kepala, masalah penghadaman, sukar tidur dan keletihan. Detoksifikasi akan membantu mengurangkan tekanan pada tubuh badan dan juga kembali menguatkan memori kita.

7. Tingkatkan tenaga

Detoksifikasi akan meningkatkan semula tahap tenaga kerana pencemaran dan logam yang meingkatkan stress tubuh semakin berkurangan. Kita akan berasa lebih semangat secara mental, fizikal dan mampu mengawal emosi dengan baik. Masalah tidur juga semakin berkurangan serta tidak perlukan tidur yang lama untukl kembali bertenaga..

8. Membaiki tahap kesihatan kulit

Pemakanan dan keadaan persekitaran merupakan faktor penting dalam menjaga kesihatan kulit dari dalam. Detoksifikasi akan membantu menyerikan kulit, mengurangkan masalah jerawat di samping menguatkan kuku dan rambut..

9. Menyihatkan minda dan emosi

Apabila sistem tubuh badan berjalan dengan lancar, perubahan emosi dan mental akan bertambah baik. Kita dapat menjalankan tugas dengan lebih waras, mudah berbincang dan dapat mengawal perasaan dengan baik serta mampu menganalisa sesuatu dengan tangkas.

10. Memperbetulkan semula sistem tubuh

Sistem pencernaan, saraf dan hormon saling berkaitan dalam mengekalkan tahap kesihatan tubuh. Namun, apabila toksin menganggu sistem tersebut, badan kita tidak dapat melakukan tugasan dengan sempurna dan seimbang. Ini menyebabkan badan mudah sakit dan terkena jangkitan. Detoksifikasi akan membetulkan semula sistem badan kita agar dapat menjalankan fungsi dengan sempurna semula.

SET DETOKS UNTUK SINGKIRKAN TOKSIN DARI BADAN

Detoks Cara Shaklee ini sangat bagus kerana telah disediakan jadual pemakanan selama 7 hari dan lengkap dengan pengambilan supplemen yang disarankan.

Jangan bimbang kerana diet 7 hari ini bukanlah dilakukan secara sembrono malah berpandukan terbitan jurnal yang diiktiraf. Pendek kata ianya selamat dan tidak memudaratkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge