Darah Tinggi : Perhatikan Kalau Ada Tanda-Tanda Ini.

tanda darah tinggi

Ramai orang tak sedar yang dia ada darah tinggi yang bahaya. Sebab utama masalah ni tak dapat dikesan adalah kerana tanda dan gejalanya yang selalu tak jelas dan kelihatan. Satu-satunya cara untuk tentukan dengan yakin adanya masalah hipertensi adalah dengan ujian tekanan darah secara berkala.

Darah Tinggi : Perhatikan Kalau Ada Tanda-Tanda Ini.

Berikut ini adalah beberapa tanda yang mungkin terjadi :

  • Sakit kepala yang teruk
  • Merasa penat dan letih
  • Masalah penglihatan
  • Rasa sakit di dada
  • Sukar bernafas
  • Denyut jantung tak teratur
  • Darah didalam urin
  • Berdebar di bagian dada, leher, atau telinga

Bahaya Penyakit Darah Tinggi

bacaan tekanan darah 1

Bahagian badan kita yang lain akan mula mengalami gangguan selepas berlakunya tekanan darah tinggi. Hipertensi akan memaksa otot jantung untuk bekerja lebih kuat untuk menghantar darah melalui arteri, dan ini menyebabkan otot jantung itu menebal.

Kalau ikut pada logik akal kita, kita akan kata otot yang lebih besar tu lebih baik, namun otot jantung yang lebih besar bukan tanda kesihatan yang baik. Otot jantung yang lebih tebal akan menjadikan jantung sukar untuk mengepam darah, dan sekiranya bebanan ini menjadi terlalu banyak untuk jantung, ia boleh mengakibatkan kegagalan jantung.

Tekanan darah tinggi juga boleh menyebabkan arteri yang mengelilingi jantung mengeras dan akhirnya membawa kepada serang jantung.

Tekanan darah tinggi juga boleh melemahkan pembuluh darah di buah pinggang. Sekiranya pembuluh darah mulai terganggu, maka buah pinggang juga akan mudah terganggu, dan ada kemungkinan untuk racun berbahaya berkumpul didalam aliran darah.

Sekiranya kegagalan buah pinggang berlaku, dialisis perlu dilakukan untuk membersihkan buah pinggang. Selain mengancam beberapa organ penting pada badan, hipertensi juga merupakan penyebab utama stroke.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge