4 Cara Nak Tahu Usus Kotor.

tanda usus kotor

Tahu tak bahawa usus boleh jadi kotor akibat makanan dan minuman yang kita ambil setiap hari? Setiap makanan dan minuman akan melalui proses pencernaan di dalam perut, tapi sebahagian dari sisanya akan berkumpul menjadi ‘sampah’ dan boleh membahayakan kesihatan.

4 Tanda Untuk Tahu Usus Anda Kotor

  1. Susah untuk buang air besar (sembelit)

Apabila mengalami sembelit, ini menandakan usus penuh dengan sisa makanan. Makanan yang tak sihat, stress serta kerap mengambil ubat-ubatan dapat mengakibatkan usus tidak menghasilkan banyak lendir.

Lendir ni berfungsi untuk lancarkan saluran dalam usus, dan sampah-sampah dari makanan tersebut mudah untuk dikeluarkan dari perut.

2. Sakit di beberapa bahagian tubuh badan

Buksan sekadar sakit dibahagian perut sahaja. Sakit yang timbul adalah akibat daripada usus yang kotor termasuklah sakit kepala, sakit tulang belakang, dari bahagian punggung ke bawah seperti peha, betis dan tumit. Biasanya rasa sakit ni timbul akibat usus terkena jangkitan.

3. Merasa penat dan lesu

Racun akibat sisa-sisa makanan yang menjadikan usus kotor, boleh memasuki ke dalam darah melalui saluran limfa. Keadaan ini akan membuatkan seseorang mudah penat, sistem imun badan menurun dan mudah untuk terkena jangkitan.

4. Bau mulut

Bau mulut adalah tanda paling biasa berlaku apabila usus kotor akibat dari sisa makanan. Makanan yang berkumpul akan mengeluarkan gas yang berbau, dan bau gas tersebut menjadikan nafas kita juga berbau.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge