10 Ciri Dan Tanda Anda Mungkin Menghidap Kanser Mulut

tanda kanser mulut

Kanser. Penyakit yang paling gerun didengar kerana adakala hadirnya anda tanda. Dan betapa pantasnya ia merebak dalam badan kita apabila kita tidak memahami tanda dan signal yang diberi oleh tubuh badan kita.

10 Ciri Dan Tanda Anda Mungkin Menghidap Kanser Mulut

Berikut ini tanda dan ciri kanser mulut yang perlu anda waspada :

  1. Berlaku pembengkakan, benjolan, bintik-bintik kasar didalam mulut

2. Muncul tompokan berwarna putih, merah, ataupun berbintik-bintik yang bertekstur seperti baldu di dalam mulut. Tompokan-tompokan putih ini disebut sebagai leukoplakia, merupakan ciri dan tanda kanser mulut yang paling biasa berlaku.

3. Pendarahan di bibir, gusi, bahagian dalam pipi atau lidah tanpa sebab

4. Hilang deria rasa tanpa sebab, deria rasa makin hilang dan menurun

5. Luka berterusan pada bahagian muka, leher, atau mulut yang mudah berdarah dan tidak sembuh dalam masa dua minggu.

6. Ada rasa sakit di bahagian tekak untuk tempoh masa yang lama.

7. Kesukaran untuk mengunyah, menelan, bercakap dan menggerakkan rahang atau lidah.

8. Suara serak, sakit tekak yang melampau dan berlaku perubahan suara

9. Sakit telinga

10. Berat badan turun secara drastik.

Sekiranya terdapat tanda-tanda ini terus dapatkan pemeriksaan dan rawatan doktor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge