3 Bahaya Kolestrol Tinggi Jika Dibiarkan Tanpa Rawatan

kolestrol tinggi

Kolesterol tinggi boleh menyebabkan atherosclerosis iaitu pengumpulan atau timbunan kolesterol dan bahan buangan lain didinding arteri. Ini akan menyebabkan terjadinya plak di dinding arteri yang menyempitkan laluan darah dan menyebabkan pelbagai komplikasi seperti:

1. SAKIT DADA

jika arteri yang membekalkan darah ke jantung dipenuhi plak, (arteri koronari), ini boleh menyebabkan anda mengalami sakit dada atau juga dipanggil angina.Bayangkan inilah rupa arteri yang sihat dan yang penuh dengan kolesterol

2. SERANGAN JANTUNG

Jika plak didinding arteri tadi retak atau terkoyak, ini boleh menyebabkan gumpalan darah dibahagian tersebut dan boleh menghalang laluan darah ke jantung. Lebih teruk lagi jika ianya runtuh, serpihan tersebut boleh menghalang dan menyekat terus laluan ke jantung dan menyebabkan serangan jantung.

3. STROK

Seperti juga dengan jantung, tetapi kali ini melibatkan laluan ke otak. Jika laluan ke otak terhalang, anda akan mendapat serangan strok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge