6 Herba Yang Boleh Digunakan Untuk Detoks Hati

tip detoks dan bersihkan hati

Hati adalah organ dalam badan kita yang paling penting untuk detoksifikasi. Ini disebabkan oleh hati kita boleh bantu pencernaan dan metabolisme lemak dan detoks badan kita dari racun bahaya. Suka untuk saya kongsikan 6 herba yang boleh dgunakan untuk bantu bersihkan hati kita.

6 Herba Yang Boleh Digunakan Untuk Detoks Hati

Milk Thistle

detoks hati

Milk thistle ni juga dikenali sebagai silymarin dan merupakan penyelesaian yang baik untuk bersihkan hati. Milk thistle ni boleh bantu hilangkan racun seperti alkohol, stimulasi penghasilan hempedu dan meningkatkan pencernaan.

Milk thistle ni juga bantu mendorong hati untuk hasilkan sel-sel hati yang baru. Ini sangat membantu detoksifikasi hati  dengan mengganggu penyerapan racun dan keluarkan racun dari hati. Dan paling baik, milk thistle ni merupakan antioksidan dan boleh tingkatkan sistem imun badan untuk lindungi badan dari virus dan bakteria.

Dandelion

dandelion herba hati

Dandelion ni biasa boleh didapati di taman-taman. Tanaman liar ni memang sangat banyak manfaat penyembuhan luarbiasa kerana ia sangat membantu hati untuk mengurangkan lemak, hasilkan asam amino dan menghilangkan racun. Ia juga berupaya untuk membantu kurangkan pembengkakan hati.

Teh hijau

Teh hijau memang sangat popular seluruh dunia. Banyak manfaat teh hijau ni kepada badan antaranya melawan kanser dan diabetes. Dan, teh hijau juga dapat melawan penyakit hati melalui khasiat antioksidannya dan mengurangkan risiko sel lemak hati. Sumber teh hijau yang paling selamat dan semulajadi boleh didapati di SINI.

Bawang putih

Bawang putih sangat mudah didapati dan biasanya memang sentiasa ada didapur kita. Bawang putih sarat dengan sulfur, allicin dan selenium yang mana ia membantu dalam pembersihan hati. Sebatian semulajadi ini yang menjadikan badan kita sihat dengan mengaktifkan enzim hati yang boleh membantu tbuh menghilangkan racun.

Kunyit

Biasanya, kunyit digunakan dalam masakan orang Asia, dan kunyit ni sebenarnya mengandungi komponen anti inflamasi (anti keradangan) yang tinggi disebut sebagai curcumin, yang mana menjadikan ia makanan yang baik untuk detoks hati.

Kunyit membantu mengaktifkan enzim yang bertanggungjawab untuk membuang racun(seperti karsinogen) dan mengurangkan kesan karsinogen. Ia juga membantu pembentukan semula sel-sel hati yang rosak dan meningkatkan fungsi hempedu.

Peppermint

Peppermint bukan hanya digunakan untuk nafas yang segar. Ia adalah sumber antioksidan yang baik dan dapat melegakan perut untuk meningkatkan pencernaan. Peppermint menjaga hati dan  hempedu dengan merangsang aliran hemped dan juga mengurangkan lemak. Ia juga mengurangkan kolesterol jahat dan menghalang buah pinggang dari tersumbat.

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge