20 Tanda Sirosis Hati Yang Perlu Diperhatikan

tanda sirosis hati

Ramai orang mungkin belum pernah dengar apa itu penyakit sirosis hati. Sirosis hati ni adalah penyakit hati kronik yang menyebabkan sel-sel hati rosak atau lebih sinonim dengan penyakit kerosakan hati.

Sirosi hati ni, kalau dilihat memang nampak kerosakan hati yang berlaku tu. Banyak parut dan benjolan yang ada pada permukaan hati yang telah mengalami sirosis. Pembuluh darah pun jadi tak normal bila ada parut tu dan warna hati pun sudah berubah. Tak lagi berwarna merah, namun berubah menjadi warna kuning.

Hati yang mengalami kerosakan juga akan mengecut, kecil dan keras. Paling menakutkan, sirosis hati ni merupakan tahap akhir kepada penyakit hepatitis.

20 Tanda Sirosis Hati Yang Perlu Diperhatikan

  1. Kulit mula berwarna kuning

Salah satu tanda dan gejala sirosis hati yang paling mudah untuk dikesan adalah bila kulit badan berubah menjadi warna kuning.

Hati yang sihat dan normal, boleh hasilkan bilirubilin dalam darah. Namun, penghidap penyakit sirosis hati ni dah hilang fungsi hati dia. Kesannya, penghidap penyakit sirosis hati akan mempunyai timbunan bilirubilin didalam saluran darah sehingga membuatkan kulit badan berubah menjadi warna kuning.

2. Lebam

Salah satu tanda penghidap sirosis hati ni, badan dia mudah untuk lebam-lebam. Penghidap penyakit sirosis hati mudah dapat lebam-lebam dibahagian badan sebab :

Fungsi utama hati ni untuk bantu pembekuan darah dengan cepat bila berlakunya luka atau cedera. Orang yang menghidap sirosis hati, hatinya akan mengalami kekurangan fungsi dalam menghasilkan dan membekukan darah apabila terluka.

Kurangnya kemampuan hati dalam membekukan darah boleh mebuatkan penghidap sirosis hati mudah mendapat lebam-lebam akibat darah yang sukar dibekukan.

3. Rasa sakit di bahagian perut

Sakit dibahagian perut juga salah satu tanda sirosis hati. Ini disebabkan oleh cairan di perut bertimbun sehingga menyebabkan kurangnya aliran darah ke seluruh badan sehingga sakit di perut.

  1. Loya

Rasa loya juga tanda sirosis hati. Ini disebabkan oleh cecair yang berkumpul di perut boleh membuatkan hempedu ditekan, dan ia menyebabkan rasa loya.

5. Cepat letih

Penghidap sirosis hati akan cepat letih. Ini disebabkan oleh aliran darah yang tersumbat dalam badan sehingga tenaga yang dimiliki berkurangan.

  1. Tiada selera makan

Tiada selera makan juga tanda sirosis hati. Ini kerana, ketika menelan makanan atau meminum sesuatu, penghidap sirosis akan merasa sakit di ulu hatinya.

  1. Berat badan menurun

Disebabkan tiada selera makan, penghidap sirosis hati akan mengalami penurunan berat badan dan kebanyakan penghidap sirosis hati akan mempunyai perut yang besar kerana berisi banyak cecair namun berat badan makin menurun.

  1. Masalah pencernaan

Oleh kerana terdapat banyak cecair didalam perut, penghidap penyakit sirosis akan menyebabkan sistem pencernaan terganggu.

  1. Pendarahan

Sirosis hati boleh menyebabkan pendarahan terutama dibahagian perut. Ini disebabkan oleh virus hepatitis telah akibatkan kerosakan dan gangguan di bahagian saluran pencernaan esofagus.

  1. Kegatalan

Penghidap sirosis hati akan mengalami perubahan hormon, dan akibatnya dia akan mengalami kegatalan diseluruh badannya.

  1. Mengalami gangguan endokrin

Tanda sirosis hati kronik lebih jelas jika nak dibandingkan dengan sirosis hati ringan. Gangguan endokrin adalah gangguan didalam badan yang menyebabkan tubuh mengalami gangguan ketika mengeluarkan hormon estrogen. Jika hormon estrogen menurun, hormon yang dominan didalam badan adalah hormon testosteron. Hormon itu akan menekan hormon estrogen sehingga mengganggu endokrin.

  1. Gastrointestinal

Gangguan ini merupakan gangguan yang menyebabkan penyerapan lemak di dalam tubuh. Penyerapan lemak yang berkurang dan menurun boleh menyebabkan penghidap sirosis hati mengalami diarrhea, pembengkakan dan gangguan lain.

  1. Anemia

Sirosis hati yang menimbulkan pendarahanboleh menyebabkan penghidapnya terkena anemia. Ini  disebabkan penghidap sirosis hati mengalami banyak zat besi yang keluar bersama dengan pendarahan yang dialaminya.

  1. Pendarahan Gusi

Sirosis kronis boleh menyebabkan pendarahan di gusi. Ini disebabkan pembekuan darah pada penghidap sirosis mengalami gangguan, pembuluh darah di bahagian gusi juga mengalami gangguan.

  1. Menstruasi melampau

Wanita yang mengalami sirosis akan mengalami menstruasi yang melampau. Ini disebabkan pembekuan darah terganggu dan menstruasi yang penghidap sirosis mengalami pendarahan di dalam rahimnya.

  1. Ascites

Sirosis hati kronik juga akan menimbulkan gejala ascites, tekanan perut dan dinding perut menjadi tegang.

  1. Esofagus Varises

Gejala yang paling mengerikan dari penyakit sirosis ini adalah adanya esofagus varises. Esofagus itu adalah tanda pecahnya dinding pembuluh darah pada penghidap sirosis kronik sehingga penghidap tersebut mengalami pendarahan gastrointestinal.

  1. Muntah Darah

Penghidap sirosis hati akan mengalami muntah darah – darah merah segar bersamaan dengan gumpalan-gumpalan darah merah. Perkara ini disebabkan oleh pendarahan dan gangguan pencernaan yang dialami oleh penghidap sirosis hati.

  1. Najis berwarna hitam

Perubahan najis pun akan dialami oleh penghidap sirosis. Najis dari penghidap sirosis bercampur dengan bakteria. Bakteria itulah yang mengubah warna berubah menjadi hitam.

  1. Pengsan

Kerap pengsan juga merupakan tanda sirosis hati. Penghidap sirosis hati akan mengalami tekanan darah yang akan menurun secara drastik. Penghidap sirosis hati juga memiliki tekanan darah rendah. Darah rendah tersebut menyebabkan penghidap sirosis hati mudah pengsan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge