Ketahui 4 Tahap Dan Peringkat Penyakit Hati

tanda penyakit hati

Penyakit hati terdapat banyak jenis, namun begitu walau apapun penyakit hati, kerosakan hati akan berlaku dengan cara yang sama. Oleh itu sangat penting untuk tahu apa yang berlaku pada hati kita pada setiap tahap dan peringkat sebelum berlakunya kegagalan hati.

Salah satu organ terpenting dalam badan kita adalah hati. Fungsi hati yang utama adalah untuk detoksifikasi darah, bantu cernakan makanan dan menyimpan energi sebagai gula untuk digunakan nanti. Ketika hati kita tak dapat berfungsi dengan baik, seluruh badan kita akan terkesan.

4 Tahap Dan Peringkat Penyakit Hati

Tahap 1 : Tanda pertama berlakunya kerosakan hati adalah keradangan

Hati kita berfungsi untuk mendetokfisikasikan darah dari racun yang terdapat dalam makanan yang kita ambil dan tanda kerosakan hati yang pertama apabila berlakunya keradangan. Keradangan di hati merupakan tanda sistem imun badan kita bertindakbalas dengan bahan asing yang ada dalam badan, contohnya terlalu banyak racun. Perkara ni boleh sebabkan pembesaran pada hati.

Ada banyak sebab berlakunya keradangan pada hati. Lemak yang lebih dihati, terlalu banyak racun atau jangkitan virus pada hati boleh menyebabkan hati bengkak.

Tahap 2 : Fibrosis adalah awal dari gabungan parut hati

Apabila keradangan tidak dirawat, hati akan mula terluka. Rangkaian bekas luka ini akan menggantikan rangkaian hati yang sihat dan perkara ini boleh mengurangkan fungsi hati, dan proses ini disebut sebagai fibrosis.

Ketika fungsi hati semakin menurun, racun dan lemak akan berkumpul dihati. Ini boleh mengakibatkan hati tidak berfungsi dengan baik, bekas luka tersebut akan block aliran darah ke hati. Pada tahap ini, masih ada kesempatan untuk selamatkan hati melalui rawatan serta perubahan gaya hidup. Hati mempunyai kemampuan luar biasa untuk sembuh walaupun pada tahap ini.

Tahap 3 : Luka parut yang lebih teruk akan menyebabkan sirosis

Sekiranya fibrosis tidak dirawat, ia berisiko untuk berkembang ke tahap berikut yang dipanggil sirosis, iaitu rangkaian parut berat pada hati. Pada tahap ini, ia tidak lagi boleh sembuh dengan sendirinya. Untuk sampai ke tahap sirosis ini memerlukan tempoh yang lama, adakala memakan masa 20-30 tahun.

Namun sayangnya orang biasanya sedar penyakit hati ini ketika tanda-tandanya penyakit hati ini sudah jelas. Sirosis ini boleh menyebabkan banyak komplikasi, antaranya :

  • Letih atau merasa penat
  • Gatal
  • Hilang selera makan
  • Turun berat badan
  • Mual
  • Kembung perut akibat dari pengumpulan cairan di perut
  • Edema
  • Angioma pada kulit
  • Penyakit kuning – satu keadaan yang menyebabkan kulit dan bahagian putih mata menjadi kuning

Sirosis juga boleh menyebabkan beberapa komplikasi termasuklah kanser hati.

Tahap 4 : Kegagalan fungsi hati

Pada tahap ini, hati telah hilang semua kemampuan untuk berfungsi dan tidak dapat sembuh. Kegagalan fungsi hati boleh menyerang dengan cepat hanya dalam masa 48 jam sebagai respon terhadap racun atau overdose ubat. Sedangkan kegagalan hati kronik yang berlaku akibat sirosis mungkin telah berlaku selama bertahun. Di tahap ini, pilihan terbaik adalah transplan hati.

Kegagalan hati yang semakin teruk boleh memberi kesan kepada mental dan fizikal seseorang seperti merasa bingung, hilang arah, hilang nafsu makan, dan penurunan berat badan yang cepat dan mendadak.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge