Khasiat Dan Manfaat Teh Hijau Yang Tak Ramai Tahu

teh hijau paling bagus

Teh hijau merupakan salah satu jenis teh yang paling banyak diamalkan. Teh hijau memiliki kandungan tinggi antoksidan yang disebut polifenol serta rendah kafein. Antioksidan sendiri merupakan sebatian yang membantu menyihatkan badan, seperti menegangkan kulit dan menghindarkannya dari tanda-tanda penuaan.

Banyak kajian yang membuktikan bahawa pengamalan teh hijau boleh menurunkan risiko penyakit jantung, menenangkan fikiran kerana kesan teh sendiri digunakan untuk menenangkan. Selain polifenol, teh hijau juga mengandung flavonoid , fitokimia yang memiliki sifat antikarsinogenik dan antioksidatif.

Khasiat Dan Manfaat Teh Hijau Yang Tak Ramai Tahu

1. Memelihara kesihatan kulit

Teh hijau mengandungi kandungan polifenol dan antoksidan lainnya. Pengambilan teh hijau setiap hari akan membantu menyihatkan kulit, menghindarkan kulit dari penuaan, munculnya garis halus pada wajah, menegangkan kulit dan menghilangkan kusam pada muka.

 

2. Menghilangkan jerawat

Salah satu manfaat masker teh ialah untuk mengatasi jerawat di wajah. Jerawat merupakan masalah yang kerap diakibatkan oleh penyumbatan pada liang pori kulit. Salah satu faktornya disebabkan oleh debu dan habuk yang menjadikan muka kusam akibat kotoran kemudian menyebabkan jerawat muncul.

3. Menurunkan berat badan

Manfaat teh hijau untuk menurunkan berat badan sudah tidak asing lagi, Banyak program diet yang menganjurkan untuk mengamalkan teh hijau untuk mempercepat pembakaran lemak dalam tubuh. Namun sebaiknya diambil teh hijau dan juga lakukan senaman yang rutin untuk kesan lebih cepat.

4. Mengawal tekanan gula darah

Teh hijau memiliki fungsi untuk mengawal tekanan gula darah. Pengambilan teh hijau setiap hari selain menyihatkan bahagian luar seperti kulit, juga menyihatkan bahagian dalam tubuh kita.

5. Teh hijau mengurangkan risiko kanser

Fungsi anti oksidan tinggi yang ada dalam teh hijau ini jugalah yang membantu menyihatkan setiap sel badan kita dan menghindari risiko kanser kerana pengambilan makanan yang mengandungi banyak bahan kimia berbahaya setiap hari.

a. Kanser Payudara

Salah satu jenis kanser yang banyak terjadi pada wanita, analisis kajian observasional menyatakan bahawa wanita yang suka minum teh hijau memiliki risiko 22% lebih rendah bila dibandingkan wanita yang tidak mengambil teh hijau.

b. Kanser Prostat

Kanser yang paling kerap terjadi pada lelaki ini merupakan ancaman yang serius bagi setiap lelaki. Kajian yang dilakukan menyatakan bahawa lelaki yang minum teh hijau memiliki risiko 48% lebih rendah dibandingkan lelaki yang tidak mengamalkan teh hijau.

 

6. Mengurangkan risiko penyakit jantung dan kolesterol

Teh hijau membantu mencegah kerosakan pada saluran tubuh kita yang menuju organ-organ penting seperti jantung dan otak. Kandungan dalam teh hijau ini akan membantu menurunkan kolesterol jahat dalam tubuh, membersihkan saluran tubuh sehingga tidak menghalang peredaran darah akibat kolesterol yang dapat menyebabkan darah tinggi.

7. Teh hijau untuk mencegah radikal bebas

Pernah perhatikan kenapa wanita jepun yang sudah berumur masih tetap cantik? Rahsia kecantikan wanita jepun — amalan minum teh hijau. Mengamalkan teh hijau akan membantu mencegah radikal bebas.

8. Meningkatkan prestasi dan kemampuan otak

Teh hijau juga dapat meningkatkan prestasi otak kita. Teh hijau mengandung kafein seperti kopi, namun dalam ukuran yang lebih sedikit. Kandungan kafein yang tidak terlalu besar ini ternyata lebih baik untuk kesihatan kita. Kandungan kafein ini akan membantu meningkatkan kemampuan kerja neurotransmitter seperti dopamin dan noreponefrin, selain itu kemampuan memori dan reflek otak menjadi lebih baik.

9. Teh hijau menurunkan risiko alzheimer dan parkinson

Kedua penyakit ini berkait dengan kesihatan jaringan saraf tubuh kita. Alzheimer berlaku disebabkan adanya penyumbatan, biasanya disebabkan penyumbatan lemak kepala, yang menyebabkan penghidapnya mengalami kehilangan kemampuan kontrol fungsi motor. Sedangkan parkinson merupakan penyakit yang menyebabkan penghidapnya mengalami penurunan kemampuan motor.

Namun ternyata kedua-dua penyakit ini boleh dicegah dengan amalan teh hijau. Ini kerana adanya kandungan catechin yang membantu membina sistem pertahanan pada neuron terutama pada otak.

 

Berminat untuk mencuba green tea? Cubalah Cinch Tea Mix. √

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge