Kanser Paru-Paru : 9 Tanda Yang Tak Boleh Anda Abaikan

tanda kanser

Kanser paru-paru adalah salah satu silent killer, serta merupakan sejenis kanser dengan angka kematian tertinggi, iaitu 1.59 juta pada tahun 2012, menurut World Health Organization (WHO).

Salah satu sebab angka kematian yang tinggi adalah akibat sukar mengesan kanser paru-paru diperingkat awal. Lebih kurang 40% orang didiagnos kanser paru-paru setelah penyakit merebak. Perhatikan tanda dan gejala kanser paru-paru yang tak boleh anda abaikan.

Kanser Paru-Paru : 9 Tanda Yang Tak Boleh Anda Abaikan

1. Batuk yang berpanjangan dan tidak sembuh

Batuk ni benda yang biasa berlaku. Kita boleh batuk bila kita tersedak atau demam. Tapi, kalau batuk tak berhenti setelah demam hilang, segera lakukan pemeriksaan paru-paru anda.

2. Terdapat perubahan pada batuk

Batuk kronik selalunya menjadi tanda kepada keadaan yang lain seperti GERD, asma atau alergik. Namun jika keadaan batuk berubah – contohnya dari batuk kering, kemudian berdarah – segera dapatkan pemeriksaan doktor.

3. Sesak nafas setelah melakukan aktiviti dan rutin biasa

Jika anda selalu merasa sesak nafas atau nafas berbunyi, ini juga tanda kanser paru-paru. Kesukaran bernafas itu disebabkan tumor yang menghalang saluran pernafasan atau terdapat cecair yang semakin banyak di bahagian paru-paru sehingga menekan paru-paru.

Segera buat pemeriksaan doktor sekiranya perkara ini kerap berlaku.

4. Sakit dada

Kanser paru-paru boleh menyebabkan rasa sakit di bahagian dada, bahu atau punggung. Apabila kanser menyebabkan sakit dada, ia mungkin disebabkan kelenjar limpa pada dinding dada, pleura (lapisan bahagian paru-paru) atau rusuk membengkak.

kanser paru-paru

5. Nafas berbunyi

Nafas yang berbunyi berlaku apabila paru-paru tersumbat atau berlaku keradangan. Nafas yang berbunyi juga boleh jadi tanda kepada asma dan alergik. Jangan abaikan. Segera dapatkan rawatan dan pemeriksaan doktor.

6. Perubahan suara

Suara kita boleh jadi serak apabila demam atau ketika bangun tidur, namun sekiranya anda merasakan perubahan pada suara anda, segera dapatkan kepastian dari doktor. Ini kerana tumor kanser paru-paru juga boleh mempengaruhi peti suara anda, sehingga menyebabkan perubahan pada suara.

7. Kehilangan berat badan

Penurunan berat badan secara tiba-tiba adalah satu tanda yang tidak baik kepada kesihatan anda. Penurunan mendadak ini disebabkan oleh sel kanser yang menggunakan semua enegi dan nutrisi anda. Jangan pandang remeh pada penurunan berat badan, terutama ketika anda tidak mengubah pun gaya makan anda.

8. Rasa sakit pada tulang

Kanser paru-paru tahap kronik boleh akibatkan kesakitan pada tulang. Kebanyakan orang yang mengalami kanser tulang adalah orang tua, sehingga mereka merasakan sakit tulang itu adalah proses penuaan.

Sakit pada tulang akibat kanser paru-paru biasanya akan semakin teruk ketika anda sedang berehat atau di malam hari. Segera dapatkan pemeriksaan doktor sekiranya anda kerap merasa sakit pada tulang anda.

9. Sakit kepala yang berlanjutan dan bersangatan

Rasa sakit yang paling bahaya dari kanser paru-paru adalah sakit kepala. Perkara ini boleh memberi andaian bahawa kanser telah merebak dari paru-paru ke bahagian otak. Pada beberapa kes, kanser paru-paru boleh menyebabkan sakit kepala krana tumor menekan saraf yang melalui bahagian dada.

Kenali diri anda, waspada sebarang perubahan yang berlaku pada diri sendiri. Pencegahan awal boleh dilakukan sekiranya anda bertindak awal. Terus dapatkan pemeriksaan doktor sekiranya ada perkara yang mencurigakan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge