Kurang Kalsium Berisiko Dapat Serangan Jantung?

serangan jantung

Kalsium adalah salah satu mineral penting yang diperlukan badan kita. Mineral ini mempunyai pelbagai fungsi penting, antaranya untuk memelihara kesihatan tulang dan gigi. Selain tu, kalsium juga diperlukan untuk pergerakan otot.

Badan kita perlukan kalsium yang cukup supaya fungsi-fungsi tersebut boleh dilaksanakan dengan baik. Tapi tahu tak anda apabila badan kita kekurangan kalsium, boleh menjadi salah satu faktor risiko penyebab serangan jantung?

Berapa keperluan kalsium dalam badan

Kadar nilai normal kalsium darah pada orang dewasa adalah 8.9-10.1mg/dL. Jumlah kalsium yang kurang atau lebih boleh menimbulkan pelbagai jenis gangguan dalam badan. Namun, dalam satu kajian menyebutkan kadar kalsium darah yang kurang dari 8.95 mg/dL mempunyai risiko 2-3 kali ganda lebih besar untuk mendapat serangan jantung berbanding dengan mereka yang mempunyai kadar kalsium lebih dari 9.55 mg/dL.

Macam mana kurang kalsium boleh sebabkan serangan jantung?

Kalsium diperlukan oleh jantung kerana dia berperanan untuk menjadikan jantung mengepam darah. Kurangnya pengambilan kalsium dari luar ke dalam sel otot jantung, lama-lama akan menyebabkan kadar denyutan jantung menurun.

Maka ia boleh mengakibatkna kurangnya keperluan oksigen – bagi badan dan juga jantung – yang dikenali dengan keadaan iskemia. Keadaan ini boleh dikenalpasti dengan gejala serangan jantung contohnya sakit dada, peluh dingin dan juga kematian.

Tanda badan kekurangan kalsium

Bukan mudah untuk mengenal gejala kekurangan kalsium atau hipokalsemia kerana biasanya ia tidak menunjukkan tanda sama sekali. Cara paling baik adalah dengan melakukan pemeriksaan kadar kalsium darah di klinik, namun mungkin tanda-tanda ini boleh membantu mengenali hipokalsemia.

  • Kejang otot
  • Letih dan lesu
  • Kebas pada bibir dan hujung jari
  • Berhalusinasi
  • dan lain-lain

Cara Terbaik Mencegah Kekurangan Kalsium

Amalkan pemakanan yang tinggi dengan kalsium dan pilih makanan tambahan semulajadi yang boleh membantu mencukupkan keperluan nutrisi kalsium dan vitamin D ke dalam badan.

Cegah sebelum terlambat, anda mampu mengubahnya.

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge