8 Jenis Penyakit Auto Imun Yang Paling Kerap Menyerang Wanita

penyakit auto imun

Penyakit autoimun terjadi apabila sistem kekebalan tubuh menyerang sel-sel sihat dalam tubuh. Walhal, sistem kekebalan tubuh seharusnya menjadi benteng bagi tubuh dalam menghadapi penyakit.

Penyakit kelainan kekebalan tubuh ini boleh memberi kesan kepada beberapa bahagian tubuh badan seseorang. Namun begitu, masih tak dapat pastikan punca dan penyebab sebenar penyakit auto imun ini terjadi.

8 Jenis Penyakit Auto Imun Yang Paling Kerap Menyerang Wanita

1. Diabetes melitus type 1, menyerang pankreas dan menyebabkan terganggunya penghasilan insulin sehingga tubuh tidak mampu mengawal kadar gula darah. Gejalanya : kerap haus, sering buang air kecil , berat badan turun, dan mudah mendapat jangkitan.

diabetes type 1

2. Penyakit grave, mempengaruhi kelenjar tiroid menjadi terlalu aktif. Gejalanya : berat badan turun, denyutan jantung meningkat, mudah cemas dan emosi, terlalu sensitif dengan cuaca panas, otot lemah, dan tempoh period menstruasi yang singkat.

penyakit graves auto imun

3. Sklerosis multiple, mempengaruhi sistem saraf di bahagian yang terkena. Gejalanya : gangguan penglihatan, gangguan keseimbangan tubuh, kejang otot dan lumpuh.

multiple sklerosis 1

4. Psoriasis, menyebabkan gangguan pada kulit yang kronik. Muncul spotting merah disertai kulit bersisik akibat rangsangan pada kulit sehingga merebak lebih cepat daripada biasanya.

psoriosis

5. Rheumatoid arthritis, menyebabkan radang sendi. Menyerang selaput sendi serta menimbulkan bengkak dan sakit pada sendi. Jika tidak dirawat, boleh menimbulkan kerosakan kekal pada sendi.

rheumatoid arthritis

6. Lupus atau lupus eritematosus sistemik (SLE), menyerang jaringan dan sistem organ tubuh, antaranya sendi, paru-paru, ginjal, dan saraf. Gejalanya : radang sendi, demam, penurunan berat badan, dan ruam di muka.

sle auto imun

7. Sindrom sjogren, menyerang jaringan kelenjar eksokrin yang menghasilkan cairan pelembap, seperti air mata, air liur dan keringat. Akibatnya, penghasilan cairan pelembap tersebut berkurang sehingga membuat mata, kulit, dan mulut kering, bibir kering dan pecah-pecah.

sindrom sjogren

8. Sindrom behchet, menyerang pembuluh darah tipis, seperti area rongga mulut, mata, dan genital. Gejala penyakit ini berbeza pada setiap orang.

behcet

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge