Apa Terjadi Pada Badan Sesaat Selepas Jantung Terhenti Tiba-Tiba?

apa jadi bila jantung terhenti cardiac arrest

Jantung terhenti atau nama lainnya cardiac arrest adalah satu keadaan maut ketika jantung terhenti berdenyut secara tiba-tiba. Jantung yang berhenti berdenyut secara automatik tak akan mengepam darah ke seluruh badan. Kematian boleh berlaku dalam beberapa minit kerana organ penting terutama otak, tak menerima cukup oksigen. Sebenarnya, apa yang terjadi pada tubuh saat awal setelah jantung terhenti?

Sebab Jantung Terhenti

Sebahagian besar kes jantung terhenti disebabkan oleh aritmia (denyut atau ritma jantungĀ  yang tak normal) akibat adanya gangguan ‘elektrik’ pada otot jantung. Perkara ini menyebabkan aliran darah dari jantung ke seluruh tubuh terhenti.

Jantung terhenti secara tiba-tiba (cardiac arrest) sangat berisiko dialami oleh seorang yang memiliki cacat jantung bawaan atau jantung yang telah mengalami kerosakan serius seperti akibat penyakit jantung koronari.

Trauma akibat cedera juga boleh mengakibatkan jantung berhenti mengejut, contohnya terkena renjatan elektrik, terlebih dos ubat, aktiviti fizikal yang terlalu berat, kehilangan banyak darah, penyumbatan saluran pernafasan, kemalangandan lemas.

Apa Terjadi Pada Badan Sesaat Selepas Jantung Terhenti Tiba-Tiba? (Cardiac Arrest)

HEART-attack-stroke

Terhenti jantung boleh berlaku dengan sangat cepat dengan beberapa tanda berikut :

  • Nafas terputus atau langsung tak bernafas
  • Lemas secara tiba-tiba
  • Tak sedarkan diri
  • Warna kulit menjadi pucat kebiruan
  • Tak dapat rasa denyut nadi atau denyut jantung

Jantung yang berhenti boleh mengganggu fungsi organ tubuh, jika lambat diatasi, cardiac arrest boleh membawa kepada kematian.

Inilah Yang Terjadi Pada Badan Setelah Jantung Terhenti

Aliran darah yang terhenti boleh menyebabkan zat racun sisa metabolisme sel berkumpul didalam darah. Dalam beberapa minit, sel akan rosak dan mati. Perkara pertama terjadi setelah jantung terhenti adalah kita mula tak sedarkan diri akibat otak yang mengalami kejutan kerana kekurangan oksigen. Biasanya kerosakan otak terjadi setelah empat sehingga enam minit jantung terhenti.

cardiac arrest

Selama terhentinya jantung, manusia akan kehilangan semua refleks dari otak untuk sementara. Itu sebabnya salah satu tanda awal seseorang mengalami jantung terhenti adalah kelihatan nafasnya terputus. Ini disebabkan oleh terhentinya fungsi otak untuk memerintahkan paru-paru berfungsi mengambil oksigen. Beberapa minit setelah jantung terhenti, anda akan berhenti bernafas.

Pada waktu yang sama, dua hingga dua puluh saat setelah berlakunya cardiac arrest, korteks serebral otak yang digunakan untuk berfikir akan mengalami kematian secara perlahan. Walaupun pada ketika ini, pernafasan dan denyut jantung sudah berhenti, kita masih dalam keadaan sedar. Ini kerana bahagian korteks serebral boleh bertahan tanpa oksigen.

Jantung berhenti berdenyut dianggap mati. Apabila perkara ini berlaku, darah tidak lagi mengalir ke otak. Ertinya, fungsi otak akan berneti secara keseluruhan dan kehilangan semua refleks, termasuklah refleks pada anak mata. Ini yang menyebabkan sebahagian besar kes terhenti jantung berakhir dengan kematian.

Cara Tangani Jantng Terhenti Untuk Cegah Risiko Kematian

Walaupun terhentinya jantung menyebabkan terhentinya aliran darah, kita sebenarnya masih sempat untuk menghantar darah ke otak, walaupun hanya 15% dari keperluan otak untuk berfungsi secara normal.

Perkara ini boleh dilakukan melalui CPR. Cara ini cukup untuk membantu melambatkan kematian sel otak namun masih tak cukup untuk menjadikan otak kembali bekerja. Semakin lama anda melambatkan CPR, kematian sel otak akan semakin cepat terjadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge