8 Komplikasi Mungkin Terjadi Akibat Tekanan Darah Tinggi Tak Terkawal

bahaya darah tinggi

Kebiasaannya, darah tinggi memang kerap berlaku tanpa disedari kerana tiada tanda dan simptom ia berlaku. Tekanan darah tinggi yang tak terkawal, boleh akibatkan berbagai kesan dan komplikasi serius kepada kesihatan badan kita.

8 Komplikasi Mungkin Terjadi Akibat Tekanan Darah Tinggi Tak Terkawal

Tekanan darah tinggi terjadi apabila tekanan darah seseorang mencapai 140/90 mmHg dan tekanan darah normal adalah 120/80 mmHg. Jika dibiarkan berlarutan, ia boleh merosakkan pembuluh darah dan organ dalam badan dan boleh terjadi beberapa komplikasi, antaranya :

  1. Serangan jantung

Tekanan darah tinggi boleh menyebabkan pengerasan dan penebalan dinding pembuluh darah arteri. Ini disebut sebagai aterosklerosis. Aterosklerosis ni boleh sebabkan pembuluh darah tersumbat sampai jantung tak dapat oksigen yang cukup. Akibatnya anda boleh terkena serangan jantung. Hati-hati kalau anda berasa sesak nafas!

2. Kegagalan jantung

Ketika tekanan darah menjadi tinggi, otot jantung kita akan mengepam darah lebih kuat supaya darah dapat sampai ke semua bahgaian tubuh badan kita. Lama-kelamaan, otot jantung kita akan menebal sehingga jantung kita sukar untuk mengepam darah yang cukup. Kesannya, kegagalan jantung boleh berlaku. Tanda biasa seperti sesak nafas, penat, bengkak di pergelangan tangan, kaki, perut dan leher.

3. Stroke

Stroke boleh berlaku ketika aliran darah yang mengandungi oksigen ke sebahagian kawasan otak terganggu, contohnya apabila ada saluran yang tersumbat atau ad pembuluh darah yang pecah. Penyumbatan ni terjadi sebab adanya aterosklerosis dalam pembuluh darah.

Bagi orang yang ada tekanan darah tinggi, stroke mungkin berlaku ketika tekanan darah teralu tinggi sehingga pembuluh darah di salah satu bahagian otak pecah.

4. Aneurisme

Tekanan darah yang sangat tinggi dapat mengakibatkan salah satu bahagian pembuluh darah melemah menjadi seperti belon, membentuk aneurisme. Aneurisme biasanya tak menyebabkan tanda atau gejala selama bertahun-tahun. Namun, sekiranya aneurisme terus membesar dan akhirnya pecah, ia boleh mengancam nyawa.

5. Masalah buah pinggang

Tekanan darah yang tak terkawal boleh menyebabkan pembuluh darah di ginjal menyempit dan melemah. Perkara ini boleh mengganggu fungsi buah pinggang dan menyebabkan penyakit buah pinggang kronik.

6. Masalah mata

Selain buah pinggang, tekanan darah tinggi juga boleh memberi kesan kepada pembuluh darah dimata. Pembuluh darah di mata juga boleh menyempit dan menebal akibat darah tinggi. Pembuluh darah boleh pecah dan akibatkan kerosakan mata, mata akan jadi kabur dan menjadi buta.

7. Sindrom metabolik

Ia merupakan satu kumpulan kelainan metabolisme dalam badan. Salah satu faktor risikonya adalah tekanan darah tinggi.

8. Mudah lupa dan hilang fokus

Tekanan darah tinggi juga boleh menyebabkan perubahan kognitif. Antara tanda dan gejalanya adalah sukar bercakap dan hilang fokus ketika bercakap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge