Cara Kawal Tekanan Darah Tinggi Pada Warga Tua

cara kawal darah tinggi 1

Tekanan darah tinggi pada golongan warga tua memang menjadi faktor risiko utama untuk penyakit jantung. Sebab itu sangat penting untuk kawal tekanan darah tinggi supaya dapat cegah komplikasi penyakit dari darah tinggi ni.

Bila seseorang dapat mengawal tekanan darah tinggi, dia akan dapat mencegah daripada berlakunya kegagalan jantung, stroke, penyakit buah pinggang kronik dan serangan jantung.

Tekanan Darah Golongan Warga Tua

Hypertension atau tekanan darah tinggi sangat biasa berlaku pada golongan warga tua. Ini kerana proses penuaan yang berlaku pada tubuh mereka. Semakin bertambah usia kita, tekanan darah kita pun cenderung untuk semakin meningkat.

bacaan tekanan darah ikut umur

Walaupun ini adalah proses penuaan dan sebagai sesuatu yang semulajadi, namun golongan warga tua yang mengalami tekanan darah tinggi lebih berisiko untuk mengalami komplikasi jantung. Keadaan ini biasanya lebih sukar untuk diatasi kerana warga tua kebiasaannya mengalami beberapa jenis penyakit dalam satu masa.

Cara Kawal Tekanan Darah Tinggi Pada Warga Tua

Anda harus lakukan perubahan gaya hidup jika mahu kawal tekanan darah anda. Kawal pengambilan makanan dan lakukan senaman secara rutin, ia sangat membantu untuk kawal tekanan darah.

  1. Kawal pengambilan makanan

Apa yang kita makan, semuanya dapat mempengaruhi tekanan darah kita. Orang yang mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan untuk mengurangkan pengambilan garam.

Ini kerana garam secara tak langsung boleh meningkatkan volume darah dengan cara menambahkan air ke dalam aliran darah, ini boleh meningkatkan tekanan darah.

Diet kurang garam terbukti boleh menurunkan tekanan darah tinggi. Banyakkan pengambilan sayuran dan buah-buahan, sekurangnya 5 hidangan sehari. Nutrisi penting dan serat banyak terkandung dalam sayuran dan buah-buahan yang membantu menurunkan tekanan darah tinggi anda.

2. Aktiviti senaman yang rutin

Senaman sangat penting untuk menjaga kesegaran tubuh. Selain membantu untuk mengawal berat badan kita, ia juga boleh bantu mengawal tekanan darah kita. Lakukan senaman sekurangnya 30 minit sehari.

senaman kawal darah tinggi

Bagi golongan warga tua, boleh saja melakukan kerja rumah seperti menyapu, berkebun dan banyakkan berjalan.

3. Pengambilan Vitamin dan suplemen

Berhati-hati dalam memilih suplemen. Antara suplemen yang diyakini semulajadi dan selamat untuk diambil untuk cegah masalah darah tinggi bagi orang tua :

  1. Vivix : Antioksidan yang mengandungi resveratrol dan polifenol tumbuhan untuk bantu kurangkan risiko sakit jantung dan memperbaiki sel DNA badan.
  2. Omegaguard : Melancarkan aliran dan perjalanan darah juga menghalang pembekuan darah (blood clotting) , cegah stroke, tingkatkan fungsi jantung, dan tingkatkan sistem imun tubuh
  3. Garlic Complex : Merendahkan tekanan darah, antibiotik semulajadi, tingkatkan sistem imun tubuh
  4. CoqHealth : Mengurangkan tekanan darah tinggi, kawal denyut jantung, beri tenaga untuk fungsi jantung

Ramai orang yang tak sedar dia ada darah tinggi bertahun-tahun sampailah ke tahap kronik. Sebab biasanya darah tinggi ni memang tiada simptom khusus. Sebab tu dia dipanggil SILENT KILLER. Jadi selalulah buat pemeriksaan, jaga pemakanan dan usahakan gaya hidup yang sihat♥

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge