9 Perkara Wajib Dijadikan Rutin Agar Jantung Sihat

jantung sihat

Penyakit kardiovaskular adalah penyebab kematian terbesar meliputi hampir satu dunia. Mengamalkan gaya hidup sihat boleh membantu mencegah penyakit jantung.

9 Perkara Wajib Dijadikan Rutin Agar Jantung Sihat

Mengikut data WHO, penyakit kardiovaskular ni menyebabkan kematian hampir 17.7 juta nyawa setiap tahun. Dari jumlah angka kematian ni, lebih dari sesetengahnya disebabkan oleh penyakit jantung koronari dan stroke. Dan jumlah angka akan terus meningkat hari demi hari.

Apa nak buat untuk mencegah penyakit jantung dikemudian hari?

  1. Perhatikan tanda-tanda yang mungkin timbul

Setiap orang, tak kira siapapun perlu berhati-hati dan kenal perubahan yang berlaku pada diri. Salah satu cara untuk kenalpasti perubahan adalah dengan menulis setiap perubahan yang berlaku pada diri setiap kali anda merasakannya.

Contoh : rasa susah bernafas, bengkak di kaki dan tangan dan lain-lain

2. Rutinkan senaman

Healthy Life wooden sign with a beach on background

Senaman dapat membantu meningkatkan kecergasan jantung dan menurunkan kolestrol dan darah, dan dapatkan berat badan yang ideal. Sekurang-kurangnya lakukan senaman 30 minit sehari, minimum 5 hari seminggu.

Kalau anda tak biasa lakukan aktiviti senaman sebelum ini, cek dulu dengan doktor adakah anda ada masalah apa-apa dan jika ada yang anda tak boleh lakukan.

3. Rutinkan pemeriksaan tekanan darah

Jadikan pemeriksaan tekanan darah sebagai satu rutin anda (kalau boleh beli terus alat pemeriksaan tekanan darah tu – di farmasi ada dijual). Sebab ramai orang tak sedar dia ada masalah tekanan darah tinggi sehinggalah sampai tahap yang kronik. Tekanan darah tinggi yang kronik boleh membawa kepada serangan jantung dan berlakunya stroke.

4. Hadkan pengambilan kolestrol

Cara yang paling baik untuk jaga tekanan darah adalah dengan mengawal pengambilan lemak dan kolestrol. Jika kadar kolestrol LDL dah melebihi 200mg/dL, sebaiknya anda berhati-hati. Kadar kolestrol jahat LDL yang terlalu tinggi boleh menjadi faktor serangan jantung. Sebaiknya jadikan LDL 70mg/dL ke bawah.

kolestrol jantung

Elakkan makanan yang boleh meningkatkan kolestrol dalam darah seperti daging berlemak, sosej, daging burger, mentega. Banyakkan makanan berserat dan ikan.

5. Banyakkan minum air masak

Rajin minum air masak dapat bantu kesihatan jantung. Jika anda menghidap penyakit jantung, anda perlu tanya kepada doktor adakah anda perlu hadkan pengambilan cairan setiap hari. Cairan bukan hanya air masak, ia termasuklah sup dan minuman lain.

6. Banyakkan memakan buah dan sayur

Makanan tinggi serat boleh membantu menurunkan kadar kolestrol serta tekanan darah. Makanan berserat juga bantu kita kawal berat badan yang ideal. Antara yang sesuai diamalkan adalah epal, pisang, brokoli, bayam, kacang merah dan beras perang. Pilih daging yang tak berlemak sebagai sumber protein atau ambil protein dari sumber tumbuhan.

7. Belajar kendalikan stress

Stress adalah perkara biasa berlaku. Masalah disini, bukan apa yang menyebabkan stress, tapi bagaimana kita respon terhadap stress yang kita alami. Ketika diri kita berada dibawah tekanan, badan kita akan menghasilkan adrenalin yang akan membuat jantung bekerja lebih keras dan mengakibatkan tekanan darah boleh meningkat.

Stress yang melampau boleh akibatkan serangan jantung bila tak dikawal dengan baik. Ambil B Complex untuk mencegah stress, amalkan buat meditasi dan jaga pemakanan yang sihat.

8. Berhenti merokok

Jika anda seorang perokok, usahakan untuk berhenti merokok sekarang. Merokok boleh tingkatkan tekanan darah dan merosakkan pembuluh darah.

9. Ambil Suplemen bagi menguatkan fungsi jantung

Antara suplemen yang membantu dan menyokong kesihatan jantung termasuklah resveratrol, polifenol, Coq10, omega 3, kalsium, dan vitamin B.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge