10 Fakta Unik Dan Menarik Tentang Jantung Anda!

info jantung

Tak dinafikan lagi, jantung adalah merupakan organ paling penting bagi manusia. Ini kerana, apabila jantung berhenti berdenyut, seseorang akan hilang sudah peluangnya untuk hidup. Namun ada fakta yang unik dan menarik anda perlu tahu tentang jantung anda!

10 Fakta Unik Dan Menarik Tentang Jantung Anda!

fakta jantung

1. Saiz jantung lelaki dan perempuan adalah berbeza

Berat jantung lelaki dan perempuan memang berbeza. Cara mudah nak anggar saiz jantung kita, genggam tangan kita seperti penumbuk, nah itulah saiz anggaran ukuran jantung kita. Dan saiz jantung kita pastilah berbeza-beza.

2. Jantung adalah pam gergasi

Jantung akan mengepam lebih kurang 5 liter darah dalam 1 minit. Darah mengalir melalui sistem pembuluh darah hanya dalam 20 saat. Dalam sehari, jantung mengepam darah lebih kurang dua ribu gelen darah sejauh 60 ribu mil ke pembuluh darah.

3. Biasanya jantung berdenyut sebanyak 60 – 100 kali per minit

Jantung orang dewasa berdenyut sekitar 100,000 kali setiap hari dan 3,600,600 selama setahun mengikut American Heart Association. Orang yang mempunyai denyutan jantung lebih pendek sebanyak 60 denyutan perminit (bpm) , jantung mereka berdenyut sekitar 86,000 kali sehari.

Baca : 6 Signal Awal jantung Menyerang Anda

4. Jantung berdenyut perlahan ketika kita tidur

Waktu malam, jantung akan berdenyut dibawah 60 kali perminit. Ada sebahagian yang hanya 40 kali per minit. Ini berlaku disebabkan kadar metabolisme tubuh menurun dan sistem saraf parasympathetic lebih aktif sehingga memperlahankan prestasi jantung dan menjadikan kita lebih relaks.

5. Gejala dan tanda serangan jantung lelaki dan perempuan adalah berbeza

Bukan sekadar jantung wanita lebih kecil berbanding lelaki, bahkan wanita dikatakan lebih lambat merasa serangan jantung berbanding lelaki. Wanita lebih cenderung untuk merasa mual, gangguan pencernaan,  sakit dibahagian dada bawah atau bahagian atas perut.

6. Aktiviti seharian kita sangat mempengaruhi kadar serangan penyakit jantung

Orang yang kurang melakukan aktiviti olahraga, senaman dan bergerak menghadapi risiko terkena serangan penyakit jantung 2 kali ganda berbanding mereka yang aktif. Ketika aktif – walaupun dengan hanya berjalan, otot-otot  akan mengaktifkan gen yang membuat bahan kimia dan protein membantu memproses gula darah dan kolestrol lebih berkesan sehingga boleh mencipta susunan hebat didinding pembuluh darah.

Baca : Tak Ambil Sarapan Boleh Bahayakan Jantung?

7. Ketawa sangat baik untuk kesihatan jantung

Ketika anda ketawa, lapisan pembuluh darah akan rileks dan mengembang. Ketawa mampu menghantar 20% lebih banyak darah supaya mengalir ke seluruh tubuh kita. Satu kajian menunjukkan bahawa ketika orang menonton filem komedi, aliran darah mereka meningkat. Itu sebabnya ketawa boleh jadi penawar untuk stress.

8. Serangan jantung lebih kerap berlaku pada pagi Isnin

Yang ini serius memang tak tahu kenapa dia sebut begini. Dikatakan orang lebih mudah dapat serangan jantung pada waktu pagi kerana kadar hormon stress kortisol meningkat pada waktu pagi.

Apabila ini terjadi, plak kolestrol yang telah dibina di arteri boleh pecah dan blok aliran darah ke jantung, sehingga boleh menimbulkan peningkatan tekanan darah dan denyut jantung semakin meningkat kerana stress menerima hakikat terpaksa kembali bekerja setelah berakhir cuti minggu.

9. Seks boleh menurunkan risiko serangan jantung

Melakukan hubungan seks secara rutin boleh mengurangkan risiko seorang lelaki meninggal akibat penyakit jantung. Bagi lelaki, mengalami orgasme tiga atau empat kali seminggu memberi perlindungan kuta bagi melawan serangan jantung atau stroke, namun tak pasti sama ada ini juga berlaku untuk wanita.

10. Penyakit jantung boleh menyerang sesiapa sahaja

Penyakit jantung adalah pembunh terbesar bagi lelaki dan wanita. Peluang untuk mendapat serangan jantung adalah sama, oleh sebab itu kita perlu berusaha menjalani gaya hidup sihat, tidak merokok, menjaga pemakanan, dan melakukan senaman secara rutin. Jangan lupa untuk amalkan juga makanan tambahan yang sangat baik untuk kesihatan jantung kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge