Sakit Gigi Boleh Jadi Punca Stroke? Ini Penjelasannya.

sakit gigi punca stroke

Ramai orang yang pandang remeh dengan masalah bengkak gusi sehingga akhirnya membawa kepada sakit gigi yang teruk. Selain daripada mengakibatkan kesukaran bercakap dan mengunyah makanan, sakit gigi juga sangat mempengaruhi keadaan kesihatan seseorang secara keseluruhan. Bahkan ada kajian menunjukkan yang bermula dari sakit gigi, seseorang boleh mendapatkan pelbagai komplikasi penyakit yang membahayakan termasuklah stroke.

Bagaimana Sakit Gigi Boleh Jadi Punca Stroke?

gigi sakit boleh akibatkan stroke

Hasil penyelidikan dari beberapa negara seperti Jerman, Perancis, Sweden, India dan Korea, beberapa penyakit gusi memang berkaitan dengan stroke.

  • Sakit gusi ringan, atau disebut sebagai radang gusi. Ada kajian baru yang dibuat terhadap lebih seribu orang untuk selidik tentang kaitan antara penyakit gusi dan stroke. Dan mereka mendapati memang ada kaitan antara masalah gusi dan stroke.
  • Sakit gusi serius, biasa disebut sebagai periodontitis yang boleh menyebabkan kerosakan teruk pada gusi.
  • Periodontitis kronik boleh menyebabkana kerosakan gigi yang akhirnya boleh membawa kepada kelompongan gigi. Kelompongan gigi merupakan tanda kepada silent stroke.

Silent stroke ini adalah stroke tanpa sedar sebab tak menunjukkan tanda-tanda yang jelas. Akibatnya, ramai orang yang mengabaikannya.

Sakit Gigi Boleh Jadi Punca Stroke? Ini Penjelasannya.

Banyak masalah sakit gigi secara umumnya dimulai dengan sakit gusi. Sakit gusi ni bermula dari plak yang ada pada gigi yang tak pernah dibersihkan. Kemudian, lambat laun plak-plak tersebut akan berkembang jadi karang gigi hingga akhirnya mengakibatkan keradangan gusi.

Apabila berlakunya keradangan gusi, ia memberi jalan dan laluan kepada kuman untuk masuk ke dalam tubuh manusia. Bakteria yang membawa pelbagai penyakit akhirnya boleh masuk ke dalam salur darah dan menyebabkan penyumbatan.

 

Salur darah di otak yang tersumbat inilah yang akan membawa kepada terjadinya stroke. Bukan hanya stroke, penyumbatan salur darah itu juga boleh akibatkan seseorang mengalami penyakit jantung, namun ia bergantung pada di mana salur yang tersumbat.

Ini berlaku kerana bakteria yang ada di mulut dan gigi itu lebih hampir dengan otak, maka sakit gigi sangat berisiko menyebabkan penyumbatan pembuluh darah di otak.

Jenis stroke yang berpunca dari sakit gigi

Mereka yang mengalami sakit gusi lebih terdedah terhadap strok iskemik. Stroke iskemik ni adalah jenis stroke yang terjadi ketika salur darah yang memasuki darah ke bahagian otak terhalang oleh darah beku.

iskemik stroke

Cara merawat gigi untuk mencegah stroke

Ramai yang beranggapan merawat masalah gigi perlukan kos yang sangat besar,nah..ini ada cara dan panduan penjagaan gigi bagi mengelakkan berlakunya stroke.

  • Gosok gigi 2 kali sehari (sekurang-kurangnya) dengan ubat gigi yang mengandungi fluoride.
  • Jangan guna berus gigi yang terlalu keras, bimbang gusi rosak dan boleh mengikis lapisan enamel gigi yang nipis. Akibatnya,gigi akan jadi lebih sensitif.
  • Buat flossing gigi dengan benang paling kurang sekali sehari.
  • Elak makan makanan yang manis.
  • Buat janji temu dengan doktor sekurang-kurangnya 6 bulan sekali.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge