6 Signal Awal Sakit Jantung Akan Menyerang Anda

tanda serangan jantung

Ramai yang mengambil mudah terhadap petanda serangan sakit jantung, terutama sekali bagi wanita. Serangan jantung biasanya datang secara tiba-tiba. Tetapi anda boleh kenali apa bibit-bibit permulaan, tanda dan signal kepada serangan sakit jantung sebelum ia menjadi lebih parah.

6 Signal Awal Sakit Jantung Akan Menyerang Anda

Petanda-petanda biasa anda bakal terkena serangan jantung :

1. SAKIT PADA BAHAGIAN DADA

Sakit dada ini biasanya sakit yang sederhana atau kuat. Anda akan rasa tekanan di dada, atau dada rasa bagai dihimpit lebih dari seminit.

Atau sekejap datang sekejap hilang dan datang balik. Ini berlaku terutama pada dada sebelah kiri sedikit.

Sakit pada bahagian dada ini adalah disebabkan oleh saluran arteri yang membawa darah sedang tersumbat.

Bila saluran darah arteri tersumbat, ia menjejaskan perjalanan darah. Ini kemudiannya akan menyebabkan rasa kebas atau kelemahan tubuh.

2. SAKIT PADA BAHAGIAN ATAS BADAN (UPPER BODY)

Sakit atau tidak selesa di bahagian lengan, belakang, leher, rahang, perut atau bahagian atas badan juga merupakan salah satu petanda awal serangan jantung.

Bahagian-bahagian atas badan ini sakit sebab pengaliran darah tidak sampai ke atas.

Darah tidak sampai ke atas sebab otak keliru untuk menganalisa di antara 2; adakah otot jantung sedang kekurangan oksigen, atau otot yang dekat dengan jantung sedang sakit?

Otot yang berdekatan dengan jantung termasuklah lengan, rahang, siku, leher mahupun bahagian belakang.

Kekeliruan ini berlaku disebabkan oleh amaran kekurangan oksigen ini dihantar ke sistem saraf di mana semua saraf berkumpul di satu tempat dan menyebabkan kekeliruan penghantaran amaran.

3. SESAK NAFAS

Rasa sesak nafas atau tercungap-cungap dan nafas pendek juga merupakan petanda awal serangan jantung bakal berlaku.

Sesak nafas berlaku di sebabkan oleh penebalan arteri.

Apabila arteri menebal, darah yang membawa oksigen tidak dapat mengalir.

Bila oksigen tidak dapat mengalir dengan baik, oksigen dalam darah akan berkurangan kurang dari tahap sepatutnya. Ini yang menyebabkan sesak nafas berlaku.

4. MUNTAH-MUNTAH DAN PEDIH ULU HATI

Oleh kerana serangan jantung kerap terjadi kepada mereka yang lebih berumur dan mengalami masalah pencernaan, maka kesilapan antara pedih ulu hati atau komplikasi keracunan makanan biasa berlaku.

5. KERAP BERPELUH

Kerap berpeluh terutamanya ketika tidak melakukan aktiviti fizikal juga merupakan petanda awal serangan jantung.

Pengepaman darah untuk melalui arteri yang tersumbat memerlukan tenaga yang lebih dan suhu badan akan meningkat. Maka untuk mengekalkan suhu, badan terpaksa menghasilkan banyak peluh.

6. LETIH ATAU LEMAH

Letih adalah disebabkan oleh tenaga lebih yang diperlukan oleh jantung untuk mengepam darah. Ini menyebabkan kita cepat letih tanpa sebab.

Sakit-sakit seperti pening, batuk dan hilang selera makan juga merupakan salah satu petanda-petanda awal serangan sakit jantung. Ia akan berlaku beberapa minit dan  berterusan ketika anda sedang aktif membuat aktiviti fizikal atau tekanan emosi dan ianya tidak hilang walaupun berehat.

Jika anda mempunyai lebih dari 2 petanda yang di senaraikan di atas, anda perlu ambil langkah pencegahan dengan secepat mungkin.

PETANDA AWAL SERANGAN JANTUNG BERBEZA ANTARA LELAKI DAN WANITA

Beza antara petanda-petanda awal serangan jantung antara lelaki dan wanita adalah, kebiasaannya lelaki akan berpeluh sejuk dan merasai kesakitan bergerak hingga ke lengan.

Manakala wanita pula akan merasa sakit di bahagian leher, belakang, sesak nafas dan pedih ulu hati.

Wanita juga mungkin akan mengalami masalah perut. Kadang-kadang mereka berasa cepat penat, sakit kepala dan pening. Seminggu dua sebelum serangan jantung yang serius berlaku, wanita mungkin mengalami petanda seperti selsema atau masalah tidur.

Wanita biasanya akan menganggap petanda itu sebagai perkara kecil dan tidak pedulikannya.

Jagalah kesihatan jantung dan ambil makanan tambahan yang boleh berikan manfaat dan kebaikan untuk jantung kita. Nutrisi yang kita dapat dari pemakanan hari ini sangat tidak mencukupi untuk menyokong sistem badan dan organ kita.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge