5 Kebiasaan Anda Lakukan Yang Boleh Merosakkan Jantung

faktor serangan jantung

Penyakit kardiovaskular merupakan penyakit yang berkaitan dengan jantung dan pembuluh darah. Dalam dunia ni, penyakit jantung (kardiovaskular) dan strok merupakan penyebab utama kematian bahkan makin menigkat saban tahun.

Pemakanan, gaya hidup dan faktor keturunan sangat mempengaruhi kesihatan jantung. Adakala rutin dan kebiasaan yang kita lakukan tanpa sedar menjadi penyebab dan penyumbang kepada kerosakan jantung.

5 Kebiasaan Anda Lakukan Yang Boleh Merosakkan Jantung

1. Menonton televisyen terlalu lama

Zaman sekarang terdapat terlalu banyak hiburan melampau (hedonisme berleluasa) dan rancangan televisyen yang memaparkan pelbagai jenis drama dan sinetron. Tak hairanlah kalau rasa macam ada gam melekat didepan tv, sukar nak berganjak kan?

Namun apa yang perlu anda tahu, duduk berjam-jam didepan televisyen  boleh meningkatkan risiko serangan jantung dan strok. Terdapat kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa duduk terlalu lama sambil menonton televisyen boleh menigkatkan risiko kematian akibat gumpalan darah di paru-paru.

Perkara ini berlaku kerana apabila kita menonton televisyen, kit cenderung untuk statik didalam posisi yang sama — duduk, tanpa ada aktiviti dan pergerakan lain dan ini menyebabkan peredaran darah dalam badan kita terganggu.

Selain itu, kurang gerakan badan juga mempengaruhi kadar lemak dan gula dalam badan. Oleh itu, cuba ambil langah sederhana, selepas sejam menonton televisyen, boleh berdiri dan berjalan atau membuat sedikit aktiviti regangan badan.

2.  Makan terlalu banyak

Salah satu faktor utama berlakunya penyakit atau serangan jantung adalah disebabkan berat badan yang berlebihan atau disebut sebagai obesiti. Menurut kajian yang dibentangkan pada American Heart Association Scientific Sessions pada tahun 2000, terlalu banyak makan boleh meningkatkan risiko serangan jantung 4 kali ganda, 2 jam selepas makan.

Makan terlalu banyak boleh meningkatkan denyut jantung dan tekanan darah. Peningkatan tekanan darah boleh meningkatkan keperluan oksigen dan menambah bebanan pada jantung. Selain itu, tekanan darah yang tinggi juga boleh memecahkan plak kolestrol pada dinding arteri, mencetuskan pembentukan gumpalan yang akan blok pembuluh darah sehingga mengakibatkan serangan jantung dan strok.

3. Merokok

Merokok memang tak bagus untuk kesihatan, Allah pun sebut dalam Al Quran jangan campak diri kita kepada kebinasaan. Haram hukumnya. Dari sudut sains, merokok ni boleh meningkatkan pembekuan darah, boleh menghambat aliran darah ke jantung sehingga membawa kepada kengumpulan plak di arteri.

Selain tu, menyedut asap rokok juga beri kesan buruk dan merosakkan sistem serebrovaskular.

4. Jarang mengambil buah-buahan dan sayuran

Terdapat satu kajian yang membuktikan bahawa orang yang makan lebih dari lima hidangan buah dan sayur sehari memiliki risiko sekitar 20% lebih rendah dari penyakit jantung dan strok berbanding dengan orang yang makan kurang dari 3 hidangan sehari.

Ini kerana buah-buahan dan sayuran mengandungi vitamin, mineral dan seratrendah kalori yang boleh bantu kita mengawal berat badan dan tekanan darah.

5. Kerap mengambil makanan masin

Pengambilan makanan masin berlebihan boleh mengkatkan tekanan darah, yang mana ia juga merupakan faktor utama berlakunya strok, kegagalan buah pinggang dan serangan jantung. Oleh itu anda perlu kawal pengambilan natrium anda seharian supaya dapat mencegah berlakunya kerosakan jantung dan kegagalan buah pinggang.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge