5 Tanda Anda Mungkin Menghidap Gout, Hati-hati !

tanda gout 1

Gout juga ada sejenis sakit sendi arthritis. Anda mungkin di serang gout jika anda mengalami salah satu daripada 5 simptom di bawah :

5 Tanda Anda Mungkin Menghidap Gout, Hati-hati !

1/ SAKIT SENDI

Gout biasanya akan berlaku di bahagian sendi paling besar di jari kaki anda.

Namun begitu gout juga berpotensi menyerang kaki, buku lali, lutut, tangan dan pergelangan tangan.

Sakit yang teruk ini biasanya akan hilang dalam masa 4 – 12 jam selepas ia bermula.

2/ DENYUT SELEPAS SERANGAN GOUT

Selepas sakit gout mula hilang, sendi-sendi akan rasa tidak selesa selama berhari-hari. Kadangkala ia mengambil masa berminggu-minggu untuk hilang.

Semakin kerap gout menyerang, serangan seterusnya akan mengambil masa yang lebih lama untuk hilang, dan kebiasaannya akan berlaku di lebih banyak kawasan sendi.

3/ RADANG

Sendi yang diserang akan menjadi bengkak, merah dan sangat lembut. Kalau orang lain tersentuh sedikit pun, pesakit gout akan rasa pedih sangat.

4/ PERGERAKAN YANG TERHAD

Semasa gout, pergerakan kaki akan jadi terhad sakit tersebut akan memaksa pesakit gout berehat dan duduk supaya sakit cepat hilang.

Kadangkala pesakit terpaksa bertongkat untuk bergerak.

5/ PENGHASILAN TOPHI

Selepas beberapa siri serangan gout, kadangkala benjolan lembut akan muncul. Benjol ini dikenali sebagai tophi.

Ianya merupakan pengumpulan kristal asid urik.

 

tanda gout

 

Dapatkan e-book percuma 9 panduan praktikal untuk kurangkan serangan gout.

 

Klik gambar untuk DOWNLOAD ebook 9 Panduan Praktikal Untuk Kurangkan Serangan Gout.

template-7-9588831506999742-large

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge