9 Cara Gula Tingkatkan Risiko Penyakit Kanser

gula dan kanser

Berdasarkan kajian sains terkini GULA membantu kanser tumbuh dan merebak atas sebab-sebab yang cadangkan di bawah ini…

1. Merangsangkan proses mitosis iaitu pertumbuhan sel-sel baru

2. Menyebabkan proses oksidasi dan meningkatkan kerosakan DNA dalam sel yang menyebabkan mutasi dan sel-sel kanser menjadi agresif

3. Meningkatkan keradangan dengan penghasilan bahan keradangan iaitu IL-6 ( interleukin -6) dan menggalakkan pertumbuhan sel-sel kanser dengan meningkatkan kadar keradangan

4. Merangsangkan penghasilan Glutathion dalam sel-sel kanser yang akan melawan kesan kimoterapi & radioterapi

5. Meningkatkan penghasilan LEPTIN iaitu sejenis hormon merangsangkan migrasi sel-sel kanser iaitu proses metastases iaitu merebaknya kanser ke seluruh tubuh

6.Menggalakkan proses penghasilan salur darah baru kepada sel-sel kanser atau proses angiogenesis yang akan menggalakkan pertumbuhan dan pembiakan sel-sel kanser

7. Menghalang fungsi sistem imuniti tubuh yang akan melawan sel-selĀ  kanser

8. Meningkatkan paras IGF-1 (Insulin Like Growth Factor ) yang merangsangkan pertumbuhan sel-sel kanser dan mengelakkan kematian sel-sel kanserĀ  (apoptosis )

9. Meningkatkan paras hormon estrogen yang merangsangkan pertumbuhan sel-sel kanser terutamanya kanser payu dara

Hentikan lah penggunaan GULA berlebihan terutamanya kepada pesakit kanser…

Bagi yang belum mendapatnya…cegah lah kanser dengan berhenti mengambil GULA secara berlebihan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge