Nak Kurangkan Risiko Buah Pinggang Rosak? Lakukan 9 Tip Ini.

cara kurangkan risiko masalah buah pinggang

Buah Pinggang Rosak.

Anda ada masalah tentang pembuangan air kencing(urine). Jaga-jaga, takut-takut buah pinggang anda rosak!

Buah pinggang adalah sebahagian dari saluran kencing yang memainkan peranan utama untuk menyaring kotoran daripada darah dan membuangnya bersama cecair dalam bentuk air kencing (urin).

Buah pinggang

Secara semulajadi, kemampuan sistem ‘filter’ buah pinggang akan menurun ketika anda  mencecah usia 30-40 tahun. Bahkan fungsinya juga akan menurun sebanyak 10 peratus.

Namun, jika anda merawat buah pinggang dengan betul daripada awal, risiko buah pinggang rosak di kemudian hari menjadi lebih kecil peratusannya. Sebaliknya, jika anda  menjalani gaya hidup yang tidak sihat atau langsung tidak memperdulikan kesihatan buah pinggang, risiko buah pinggang rosak pada usia muda semakin besar potensinya.

Inilah  yang menjadi punca mengapa ramai kaum belia pada hari ini terpaksa berdepan dengan kerosakan buah pinggangnya. Bagi memastikan kesihatan buah pinggang di kemudian hari, ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan.

Menurut sumber daripada The Health Site, ada 9 perkara penting yang harus anda lakukan untuk menjaga kesihatan buah pinggang dan mengurangi risiko buah pinggang rosak.

 

Nak Kurangkan Risiko Buah Pinggang Rosak? Lakukan 9 Tip Ini.

1.  Kawal diabetes, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung

Dalam pelbagai kes, penyakit buah pinggang adalah penyakit sekunder yang dihasilkan daripada penyakit primer atau keadaan seperti diabetes, penyakit jantung ataupun tekanan darah itu.

Jadi sebab itulah, anda perlu mengawal kadar gula, kolesterol dan tekanan darah dengan mengikuti aturan diet sihat, rajin bersenam dan perubatan yang sihat sangat penting untuk menjaga buah pinggang sejak awal lagi.

 

2. Kurangkan pengambilan garam

garam dan buah pinggang

Garam meningkatkan jumlah natrium dalam tubuh. Ia bukan setakat meningkatkan tekanan darah, tetapi juga mengundang pembentukan batu karang.

 

3.  Kerapkan pengambilan air masak

Air membuatkan ada terhidrasi dan membantu buah pinggang untuk membuang semua racun daripada tubuh anda. Air juga membantu tubuh untuk mempertahankan volume darah dan meningkatkan kepekatannya.

Air juga mengambil peranan penting dalam penghadaman dan mengawal suhu tubuh. Paling kurang, anda harus minum 8 gelas air sehari.

 

4. Jangan ‘tahan-tahan’ buang air kecil

tahan air kencing dan buah pinggang

Penyaringan darah adalah fungsi utama yang dilakukan oleh ginjal.  Menahan diri untuk membuang air kecil akan memberikan infeksi pada buah pinggang.

Menahannya bererti membuatkan kandungan air kencing anda terpaksa  menampung lebih daripada kapasitinya. Perkara ini boleh mempengaruhi gerak kerja buah pinggang.

 

5. Jaga Pemakanan

Hampir semua proses yang terjadi di dalam tubuh banyak dipengaruhi apa yang anda makan dan bagaimana anda memakannya. Jika anda makan makanan yang tidak sihat, organ-organ anda harus menghadapi efeknya, termasuklah buah pinggang.

Jadi, sebaiknya hindari makanan yang tidak sihat. Selain itu, anda juga perlu seiringkan makanan yang tepat dalam diet anda, terutama makan yang boleh memperkuatkan buah pinggang seperti asparagus, bijrin, bawang putih dan ikan. Buah-buahan seperti tembikai,lemon juga baik untuk kesihatan buah pinggang.

 

6. Pilih Minuman Sihat

Jus buah-buahan segar adalah cara lain untuk minum lebih banyak cecair dan menjaga buah pinggang anda sihat. Jus membantu sistem penghadaman untuk mengekstrak lebih banyak air.

Kurangkan kopi dan teh, keduanya mengandungi kafein yang mengurangi jumlah cecair dalam tubuh, membuat buah pinggang harus bekerja lebih keras untuk menyingkirkannya.

 

7. Rajin Bersenam

Ada yang berpendapat obesiti berkait rapat dengan masalah buah pinggang. Kelebihan berat badan dua kali ganda kemungkinan besar juga menghalang gerak kerja buah pinggang.

Bersenam, makan dengan jumlah yang sihat serta mengawal berat badan dapat membantu anda menjaga kesihatan buah pinggang. Jika anda sudah berhadapan dengan masalah buah pingang, hindari sebarang jus yang diperbuat daripada sayuran bayam dan ubi bit.

Dua makanan ini kaya dengan asid ‘oksalat ‘yang membantu dalam pembentukkan batu karang. Pengambilan air kelapa muda segar sangat digalakkan.

 

8. Hindari Alkohol Dan Rokok

Kelebihan alkohol dapat menganggu keseimbangan elektrolit tubuh dan mengawal hormon yang mempengaruhi fungsi buah pinggang.

Namun,merokok tidak ada kaitan langsung dengan masalah buah pinggang, tetapi boleh mengurangkan fungsi buah binggang secara signifkan. Rokok juga memiliki efek buruk buat kesihatan jantung sehingga boleh memparahkan lagi masalah buah pinggang.

 

9. Hindari Sebarang Ubatan  Yang Tidak Perlu

Semua jenis ubat yang anda ambil akan melalui buah pinggang untuk proses penyaringan. Peningkatan dose atau pengambilan ubat-ubatan secara berlebihan boleh meningkatkan beban buah pinggang.

Amalkan gaya hidup sihat, jaga pemakanan dan tampung keperluan badan dengan suplemen.

Anda mampu mengubahnya!

Baca : 10 Tanda Awal Buah Pinggang Anda Bermasalah Dan Perlu Berwaspada

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge