Doktor Sahkan Saya Kehamilan Anggur Atau Molar Pregnancy. Apakah Itu?

apa itu kehamilan anggur dan rawatan

Kes :

Ibu, 36 tahun mengandung kali ke lima dimasukkan ke hospital kerana tumpah darah yang serius,  usia kandungan 14 minggu. Sebelum itu ibu mengalami muntah yang teruk semenjak mula mengandung.

Di wad kecemasan didapati ibu sangat pucat, tekanan darahnya sangat tinggi 180/110 dan bengkak kedua kaki. Tinggi rahimnya 20 cm lebih besar dari umur kandungan.

Selain dari darah yang turun, didapati ada banyak tisu tisu seperti anggur keluar bersama darah dari vagina. Ultrasound menunjukkan tidak ada janin dalam kandungan ibu. Ibu didiagnosakan mengalami kehamilan anggur.. atau molar pregnancy

Apakah kehamilan anggur ?

Kehamilan anggur adalah kehamilan yang tidak menjadi di mana uri dan janin tidak membentuk dengan betul dan bayitidak berkembang sebaliknya menjadi tisu tisu berupa anggur.

Pada peringkat awal wanita yang mengalami kandungan anggur akan menunjukkan tanda tanda kehamilan yang menonjol seperti muntah teruk dan akhirnya akan mengalami pendarahan dan gejala-gejala lain yang menunjukkan sesuatu yang tidak kena .

Kehamilan anggur boleh menjejaskan kesihatan wanita dan mempunyai implikasi jangkamasa panjang yang serious jika tidak mendapat rawatan segera dan  pemantauan berkala.

Adakah kehamilan anggur kerap berlaku?

Kira-kira 1 dalam 1000 kehamilan di Malaysia adalah kehamilan anggur.

Wanita berumur di bawah umur 20 atau lebih 35 tahun jika mengandung lebih cenderung mendapat kandungan anggur.  Berbanding dengan wanita di barat, wanita keturunan Asia Tenggara juga mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kehamilan anggur.


Apakah yang menyebabkan kehamilan anggur?

Satu kehamilan molar berlaku apabila terdapat masalah tertentu dengan maklumat genetik ( kromosom ) dalam telur tersenyawa.

Dalam kehamilan biasa, telur disenyawakan mengandungi 23 kromosom daripada bapa dan 23 daripada ibu. Dalam kehamilan anggur, terdapat kelainan dimana dua sperma mensenyawakan satu telur (ovum) yang sama.

Terdapat dua jenis kehamilan anggur :

1. Kehamilan anggur lengkap (complete hydatidiform mole)

complete molar pregnancy

Jika ovum itu kosong i.e tidak mempunyai salinan kromosom, 2 sperma yang membawa 2 salinan kromosom bapa bercantum dan akibatnya ialah kehamilan anggur yang lengkap. dalam kes ini , tidak ada embrio, kantung amnion, atau mana-mana tisu plasenta yang normal.

Sebaliknya, plasenta membentuk massa sista yang kelihatan seperti satu kelompok anggur. Jenis ini lebih  merbahaya dan berisiko tinggi untuk merebak ke organ badan yang lain seperti barah.

2. Kehamilan molar paling separa (partial mole)

kehamilan anggur

Telur disenyawakan mempunyai set biasa kromosom daripada ibu (23) dan dua set daripada bapa (46) , jadi terdapat 69 kromosom dan bukannya 46 biasa.

Ini boleh berlaku apabila kromosom daripada sperma yang disalin atau apabila dua sperma mensenyawakan telur yang sama. Jenis kelainan ini, ada beberapa tisu plasenta biasa dan sebahagian embrio di kalangan kelompok tisu yang tidak normal. Jenis ini kurang merbahaya.

Bagaimana saya tahu jika saya hamil kehamilan anggur ?

Pada peringkat awal kehamilan anggur akan nampak seperti kehamilan yang biasa. Berikut adalah tanda tanda dan gejala kehamilan anggur. Jika anda mengalami gejala atau mempunyai tanda tanda seperti ini anda harus berjumpa doktor dengan segera.

Tanda-Tanda Kehamilan Anggur

1. Turun darah

Ia mungkin menjadi merah terang atau pelepasan coklat, berterusan atau terputus-putus, ringan atau berat. Pendarahan ini boleh bermula seawal enam minggu kehamilan anda atau selewat 12 minggu.

2. Keluar tisu tisu seperti gugusan anggur bersama darah melalui vagina

3. Loya & muntah yang teruk

4. Kekejangan perut kerana rahim anda boleh berkembang lebih cepat daripada biasa

5. Preeclampsia : Tekanan darah tinggi yang serius semasa mengandung sebelum kandungan mencapai 20 minggu

6. Pucat : kurang darah

7. Syndrom hyperthyroid : berpeluh, menggigil, panas badan, berdebar jantung

8. Batuk darah semasa mengandung

9. Imbasan Ultrasound menunjukkan tiada janin dalam kandungan dan rahim lebih besar daripada umur kandungan

10. Tahap hormon  hCG jauh lebih tinggi daripada biasa

Rawatan Kehamilan Anggur

Sebaik sahaja diagnosa kehamilan anggur dibuat, doktor akan membuat order ujian ujian darah dan imbasan yang lanjut untuk menilai tahap keterukkan dan komplikasi kandungan anggur.

1. Prosedur ‘Suction Evacuation

Ini adalah satu prosedur untuk mengeluarkan kandungan molar dari rahim.

Prosedur ini memerlukan bius penuh untuk dijalankan. Sebilangan doktor akan mengulangi prosedur ‘suction evacuation’ selepas 2 minggu, kerana kadang kandang tisu tisu kandungan anggur itu tidak dapat dikeluarkan secara total tetapi berperingkat.

SUMBER

BACA : Ikuti pengalaman wanita ini yang hampir jalankan kimoterapi akibat kehamilan anggur namun dibatalkan selepas mencuba rawatan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge