Sakit Pinggang Disangka Sakit Biasa, Rupanya Diserang Penyakit Saraf Yang Serius.

masalah saraf 1

APABILA penyakit saraf menyerang Chris Ho, 33, secara tiba-tiba pada 2003, segala aktiviti hariannya terjejas kerana dia sentiasa berada dalam kesakitan dan kerunsingan yang berpanjangan.

Sebelum ini dia tidak pernah mengalami sakit belakang yang teruk.

Selama dua bulan dia menahan kesakitan sebelum berjumpa dengan doktor dan menjalani pembedahan pada bahagian pinggang selepas didapati mengalami sakit saraf.

Pada peringkat awal pelbagai jenis rawatan tradisional dicuba untuk mengurangkan kesakitan seperti melakukan akupuntur, berurut dan makan ubat penahan sakit.

Semua usaha itu tidak berhasil sehinggalah dia merujuk kepada doktor pakar.

Chris tidak menyangka sakit pada bahagian pinggang sehingga paras kaki yang dialaminya selama dua bulan itu bukan sakit biasa. Tetapi akibat penyakit saraf yang memerlukan rawatan segera.

“Sepanjang tempoh tersebut, saya tidak boleh berjalan. Pergerakan saya terbatas kerana kesakitan yang amat sangat menyebabkan sebahagian badan tidak boleh digerakkan. Jika rasa sakit menyerang, saya terpaksa membongkokkan badan bagi mengurangkan rasa sakit tersebut.

“Sepanjang tempoh menahan sakit itu, waktu tidur saya amat terganggu sehingga menyebabkan aktiviti harian terbantut dan menjejaskan kualiti untuk bekerja.

“Atas nasihat doktor saya telah melalui ujian imbasan MRI (Magnetic Resonance Imaging) dan menjalani pembedahan dengan segera. Selepas pembedahan, sakit tersebut semakin berkurang dan dua bulan saya berehat daripada melakukan sebarang pekerjaan bagi memulihkan tenaga agar sihat serta cergas seperti sediakala,” katanya ditemui pada bengkel kesihatan Don’t Let Pain Get To Your Nerves anjuran Pfizer di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bagi mengelak kesakitan berulang, kini Chris semakin berhati-hati terutama ketika mengangkat benda berat dengan memastikan kedudukan postur badannya betul dan begitu juga ketika tidur.

Sementara itu pada bengkel yang sama, Pakar Ortopedik dan Pembedahan Tulang Belakang, Dr. Ozlan Izma Muhamad Kamil berkata, neuropatic pain atau sakit berkaitan dengan saraf adalah kesakitan yang disebabkan oleh kerosakan atau penyakit yang menjejaskan sistem somatosensory (berkaitan dengan sistem deria) dalam badan.

Katanya, sakit belakang disebabkan oleh neuropatic pain yang dialami oleh kebanyakan individu dianggap perkara biasa jika ia tidak berlanjutan sehingga beberapa minggu.

Namun, pesakit perlu risau jika sakit tersebut berlarutan dan disertakan dengan rasa sakit pada bahagian pinggang sehingga kaki.

“Berdasarkan kajian, lebih 50 peratus daripada golongan bekerja mengalami sakit belakang setiap tahun. Namun tidak menyedari bahawa simptom-simptom tersebut adalah petanda awal bahawa bahagian saraf mereka tidak berfungsi dengan baik.

“Pesakit yang berada dalam situasi ini akan mengalami masalah susah untuk tidur, sentiasa berasa tertekan, takut dan risau dengan keadaan diri mereka.

“Kesannya segala aktiviti juga terganggu kerana perasaan risau yang melampau akibat memikirkan

kesakitan yang dialami,” jelasnya.

Menurut Dr. Ozlan lagi, kesan neuropathic pain akibat sakit belakang amat buruk dan sangat menyakitkan.

Kesakitan tersebut menyukarkan kehidupan harian, namun pengurusan kesakitan secara berkesan mampu membolehkan pesakit yang mengalami keadaan ini membaiki kualiti hidup mereka.

“Sakit belakang akibat kerosakan tisu atau otot dan dalam masa yang sama menderita akibat radiculopathy iaitu iritasi dalam keadaan menyucuk atau rasa seperti terbakar memang menimbulkan rasa tidak selesa. Ia juga boleh berlaku pada bahagian kaki atau tumit,”katanya.

Dr. Ozlan berkata, terdapat beberapa simptom yang dikenal pasti jika seseorang itu sedang mengalami penyaikt saraf yang mana memerlukan mereka berjumpa dengan pakar segera bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.

“Seseorang yang menghidap saraf akan mengalami gangguan seperti rasa terbakar pada bahagian kaki, rasa seperti kejutan elektrik secara tiba-tiba pada bahagian tangan apabila berlaku perlanggaran dengan objek keras, pinggang terasa sakit seperti dicucuk dengan jarum, kaki terasa kebas seperti digigit dengan semut dan kaki terasa sakit akibat kebas dan sejuk.

“Jika mempunyai salah satu simptom bermakna individu itu mempunyai sakit saraf. Jika kesakitan berterusan seeloknya berjumpa dengan doktor untuk membuat rawatan selanjutnya bagi mengenal pasti jenis penyakit saraf yang dialami.

“Sakit pinggang yang berlanjutan ke kaki adalah antara jenis sakit saraf yang menjadi kebiasaan dihidapi oleh pesakit,” kata Dr. Ozlan.

Ujarnya, sakit belakang yang berkait rapat dengan sakit sarat berpunca daripada beberapa faktor iaitu mengangkat beban yang berat dengan posisi yang salah, terjatuh dalam keadaan yang tidak stabil, berlaku pergerakan atau pergeseran secara tiba-tiba dan duduk mahupun berdiri dalam postur yang tidak betul.

“Langkah terbaik untuk mencegah penyakit daripada merebak ke tahap serius berjumpa dengan pakar dengan segera,” jelasnya.

SUMBER

masalah saraf

 

cara atasi sakit saraf

rawatan sakit saraf

 

BAGAIMANA NAK DAPATKAN VIVIX SHAKLEE

Cara 1 – Anda boleh terus klik ke VIVIX ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan.

Cara 2 – Sila hubungi Puan Zulaikha ditalian 018-3164133 untuk mendapatkan konsultasi tentang tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Muar dan Tangkak, saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Muar dan Tangkak.

beli-sekarang-juga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge