5 Punca Masalah Sakit Belakang Anda Perlu Tahu

punca sakit belakang

Assalamualaikum

Sakit belakang merupakan satu penyakit yang tidak asing lagi bagi golongan tua. Kebiasaannya, orang yang selalu angkat barangan yang berat dan orang yang kurang bersenam akan mendapat penyakit ini.

Majoriti orang akan mendapat penyakit ini walaupun sekali. Jadi tidak perlulah terlalu bimbang dan risau sekiranya anda tiba-tiba merasakan sakit belakang, terutama yang masih belum pernah merasakannya.

Sakit belakang boleh disebabkan oleh 3 perkara, iaitu penyakit belakang badan, masalah sakit puan, dan faktor dari bahagian badan yang lain.

sakit belakang

5 Punca Masalah Sakit Belakang Anda Perlu Tahu

Punca 1 : Masalah Pergerakan

Masalah pergerakan ataupun masalah mekanikal badan boleh dikesan sekiranya anda merasakan kesakitan apabila melakukan pergerakan yang melibatkan tulang belakang.

Pergerakan tersebut boleh merangkumi semasa anda berbongkok, semasa mengangkat barang yang berat dan selainnya. Kebiasaannya masalah ini berlaku disebabkan tulang belakang anda sudah haus ataupun tulang belakang anda sudah tua.

Apabila ini berlaku, cakera (disc) yang menyambung tulang-tulang belakang akan hilang keberkesanan dan hilang fleksibel. Hal ini membawa kepada masalah sakit belakang sekiranya anda melakukan pergerakan yang berat dan kuat.

Punca 2 : Kecederaan

Kecederaan tulang belakang seperti terseliuh dan tulang patah boleh menyebabkan sakit belakang sama ada bersifat sementara atau kronik.

Terseliuh boleh berlaku sekiranya ligamen berpusing atau mengangkat secara tidak wajar. Vertebra yang patah sering daripada osteoporosis, satu keadaan yang menyebabkan lemah, tulang poros. Kurang biasa, sakit belakang boleh disebabkan oleh kecederaan yang lebih teruk akibat daripada kemalangan dan jatuh.

Punca 3 : Penyakit

Terdapat banyak masalah medikal boleh menyebabkan atau menyumbang kepada masalah sakit belakang. Ini termasuklah :

1. Scoliosis – Ini menyebabkan lengkunan kepada tulang belakang, biasanya mengakibatkan rasa sakit sehinggalah seseorang yang mengalaminya tua

2. Spondylolisthesis – Ini merangkumi pelbagai jenis arthritis, (termasuklah osteoarthritis, rheumatoid arthritis, dan ankylosing spondylitis)

3. Spinal stenosis – Ini berlaku kerana tulang belakang yang membengkok dan memberikan tekanan kepada tulang belakang dan urat.

4. Endometriosis – satu kondisi di mana pembentukan tisu uterine yang berlaku di luar uterus.

5. Fibromyalgia – keletihan, kelemahan dan kesakitan pada otot badan.

6. Semasa dan selepas seseorang mengandung.

7. Penghidap batu karang, ataupun mengalami jangkitan semasa menghidapinya.

Masalah vertebrata selalunya berlaku kerana pesakit mempunyai osteoporosis, (kondisi yang menyebabkan tulang lemah dan rapuh). Walaupun osteoporosis tidak menyebabkan kesakitan, ia boleh memberikan kerapuhan yang teruk kepada tulang belakang.

Namun, sakit belakang jarang disebabkan oleh jatuh dari tempat yang tinggi ataupun kecederaan dari kemalangan.

Punca 4 : Jangkitan dan Barah

Walaupun punca ini bukanlah penyebab utama kepada masalah sakit belakang, namun jangkitan boleh menyebabkan rasa sakit jika melibatkan vertebrae, osteomyelitis, ataupun apaibla melibatkan disc di antara vertebrae (discitis).

Barah, juga diaggap jarang menyebabkan sakit belakang. Hal ini kerana barah jarang bermula dari belakang badan, selalunya bermula dengan organ-organ dalaman. Sekiranya berlaku barah pada tulang belakang, ia ada kemungkinan disebabkan barah yang bermula dari bahagian badan yang lain.

Punca 5 : Tekanan diri (Stress)

Walaupun sakit belakang sering kali dikaitkan dengan masalah fizikal, perlu diingat juga bahawa emosi dan tekanan jiwa boleh mengakibatkan sakit belakang, dan menentukan berapa lama ia akan bertahan.

Tekanan diri boleh memberikan kesan yang negatif kepada badan, termasuklah menyebabkan otot belakang menjadi tegang dan menyakitkan. Sekiranya tekanan diri anda tidak di atasi dengan betul, ia boleh berlarutan. Selain itu, insomnia dan kurang tidur juga boleh mengakibatkan sakit belakang.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge