Jangan Putus Asa, Penghidap Bells Palsy Boleh Cuba 5 Rawatan Semulajadi Ini.

rawatan semulajadi bells palsy 1

Assalamualaikum

Hari ini saya masih menerima kiriman whatsapp daripada penghidap Bells Palsy yang dah 2 tahun menderita akibat Bells Palsy. Dan dalam masa yang sama, saya sedang monitor seorang wanita yang sudah menghidap Bells Palsy selama hampir 20 tahun yang sedang berikhtiar dengan suplemen semulajadi ini.

Rupanya ramai yang diuji dengan penyakit kelumpuhan separuh muka ini. Dan kebanyakannya masih menjalani rawatan urutan, namun hampir kecewa dan putus asa kerana masih tiada perubahan.

Ini kerana Bell’s palsy berlaku disebabkan oleh saraf yang mengendalikan otot atau saraf wajah  mengalami keradangan atau terhimpit.

Dari otak, saraf wajah melalui laluan sempit di dekat rahang bagian atas. Ketika saraf wajah ini terhimpit atau mengalami keradangan, signal atau sensori yang dikirimkan otak menuju ke otot wajah akan terganggu.

Gangguan inilah yang menyekat pengaliran darah dan oksigen menuju ke sel-sel saraf, akibatnya terjadi kelemahan atau kelumpuhan pada wajah yang disebut dengan istilah Bell’s palsy.

Jangan Putus Asa, Penghidap Bells Palsy Boleh Cuba 5 Rawatan Semulajadi Ini.

Mengurut dengan mengggunakan minyak zaitun

rawatan semulajadi bells palsy

  1. Urut dengan kerap bahagian muka dengan minyak zaitun panas. Ini untuk mengelakkan ianya semakin teruk. Gunakan jari untuk mengurut pada bahagian bawah muka dahulu.
  2. Genggam penjuru bibir anda dengan ibu jari dan jari telunjuk dan tolak pusat bibir anda ke hadapan untuk membentuk kerut. Ulangi gerakan ini sekurang-kurangnya 15 kali
  3. Seterusnya, gerakkan jari anda ke bahagian atas wajah, urut dahi dan kawasan sekitar kening. Kemudian, urut pipi anda dengan jari dengan gerakan membulat dan sedikit tekanan supaya kerosakan saraf tidak bertahan begitu lama.
  4. Urutlah setiap bahagian muka selama sekurang-kurangnya 20 minit. Peredarah darah yang meningkat akan merangsang saraf yang rosak dan seterusnya membetulkan lumpuh

Tekanan panas

  1. Rendamkan tuala bersih dan lembut ke dalam air panas dan perah air berlebihan.
  2. Lipatkan kain tersebut beberapa kali untuk memampatkannya dan letakkanlah pada muka sehingga ia kehilangan haba.
  3. Ulangi proses ini beberapa kali pada setiap bahagian muka. Lakukannya sekurang-kurangnya 3 kali sehari. Haba dari hasil tekanan ini akan melegakan otot-otot dan ia akan menjadi lebih berkesan sejurus selepas anda melakukan urutan dengan minyak zaitun panas.

Minyak Castor

  1. Minyak castor ini memang sangat berguna dalam merawat Bell Palsy secara semulajadi. Ia mengurangkan bengkak dan menyembuhkan saraf yang rosak. Ia menguatkan otot muka dan meningkatkan keanjalannya.
  2. Panaskan sedikit minyak castor dalam kuali.
  3. Rendamkan kain kapas yang nipis ke dalam minyak dan sapu pada bahagian muka.
  4. Tutup/ balut muka dengan flannel untuk memerangkap haba. Lakukan 3 kali sehari untuk mendapatkan keberkesanannya

Bawang Putih

Ia melegakan bengkak dan kesakitan dan merangsang saraf muka dengan meningkatkan peredaran darah.

Hancurkan 3 ulas bawang putih dan campurkan dengan satu sudu teh minyak zaitun. Minum campuran ini 2 kali sehari.

Amalkan sehingga keadaan muka anda bertambah baik dan sembuh sepenuhnya.

Celery

Daun celery ni memang sangat banyak kegunaannya terutamanya dalam bidang perubatan. Ia kaya dengan vitamin dan mineral yang sangat berguna untuk kesihatan saraf dan membantu mereka untuk sembuh apabila rosak.

Celery juga mampu untuk meningkatkan imun sistem dan menggalakkan kesihatan yang baik.

Makan celery mentah setiap hari. Kunyah daun dan batangnya.

Pengambilan yang kerap akan membantu mengurangkan simptom dan seterusnya membantu menyembuhkannya.

Ikuti pengalaman wanita cekal yang menghidap Bells Palsy 20 tahun dan kembali sembuh. 

 

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge