9 Sebab Luka Jahitan Pembedahan Caesarean Terbuka Semula

sebab jahitan czer terbuka

Assalamualaikum

Antara perkara lain yang mengerikan bagi seorang ibu yang baru melahirkan anak secara pembedahan caesarean adalah apabila luka masih belum baik walaupun dah 2 bulan melahirkan. Lebih parah apabila luka jahitan didapati kembali terbuka!

Jahitan Pembedahan Caesarean Terbuka

Kes jahitan pembedahan caesarean meretas semula tidak banyak berlaku.

Nisbah kes adalah kira-kira 1:100 dalam kelahiran caesarean. Namun, bagi ibu yang pernah melahirkan secara pembedahan caesarean risiko luka pembedahan meretas adalah tinggi.

Lazimnya jahitan pada luka pembedahan caesarean terbuka semula akibat pelbagai faktor. Ambil perhatian ya dan tingkatkan cara penjagaan. Apabila luka pembedahan sembuh segera tanpa jangkitan, risiko untuknya terbuka semula dapat dikurangkan.

Antara faktor yang meningkatkan risiko jahitan luka pembedahan caesarean terbuka semula adalah seperti yang tertera di bawah berikut.

9 Sebab Luka Jahitan Pembedahan Caesarean Terbuka Semula

 

1. Jangkitan kuman pada dalam luka. Ia selalunya disebabkan oleh kuman yang berasal dari kulit kita sendiri atau dipanggil komensal. Risiko infeksi luka pembedahan yang disebabkan oleh komensal ialah 1%.
2. Pembedahan caesarean yang dilakukan secara kecemasan (ELCS).
3. Ibu yang mengalami obesiti. Ini kerana ketebalan tisu lemak dan kulit melambatkan proses penyembuhan kerana lipatan kulit yang menyebabkan kawasan luka sentiasa lembap atau berpeluh menjadi media yang sesuai untuk pembiakan kuman.
4. Ibu yang mengalami anemia atau kekurangan darah yang menyebabkan kekurangan oksigen kepada tisu yang sedang aktif semasa proses penyembuhan.
baby caesarean
5. Kurang mengamalkan kebersihan diri seperti tidak mandi selepas pembedahan dan tidak membersihkan kulit sekitar luka pembedahan. Ini menyebabkan bahagian luka berpeluh dan berdaki.
6. Pemakanan berpantang yang terlalu ketat tanpa mengambil makanan seimbang selepas pembedahan dengan hanya makan nasi dan ikan tanpa sayur dan buah-buahan.
7. Kurang minum air selepas bersalin semasa berpantang menyebabkan badan mengalami dehidrasi dan melambatkan luka sembuh.
8. Pergerakan melibatkan regangan seperti menjemur pakaian atau pergerakan yang meningkatkan tekanan dalam abdomen seperti meneran yang kuat bila sembelit, mengangkat barang berat dan batuk yang lama.
9. Tindakan menyapu atau meletakkan minyak di atas luka pembedahan. Minyak tersebut  boleh menjadi medium untuk pertumbuhan bakteria.
Kes jahitan terbuka boleh berlaku dalam tempoh 2 minggu pertama selepas bersalin tanpa penjagaan yang teliti. Menurut doktor, kebanyakan kes jahitan terbuka adalah disebabkan berlaku jangkitan kuman pada luka bersalin.

Apakah Tanda-Tanda Jahitan Terbuka?

  • Rasa sakit yang teramat sangat lebih daripada 2 hingga 3 hari. Ini kerana sudah ada jangkitan kuman sebab itu ibu berasa sakit lebih dari 2 hari.
  • Berlaku pembengkakan, merah, bernanah atau keluar apa-apa cecair yang berbau atau jahitan nampak terbuka.

 

Antara Komplikasi Yang Berlaku Jika Luka Jahitan Terbuka?

 

  • Menjadi punca tempat jangkitan merebak ke dalam badan.
  • Boleh menyebabkan sakit berterusan, sukar untuk membuang air, sakit apabila melakukan hubungan kelamin.
  • Hubungan dengan bayi terganggu, sukar untuk menyusukan bayi kerana menanggung kesakitan pada luka tersebut.
  • Risiko luka lambat sembuh dan ibu perlu menanggung kesakitan dijahit semula. Tak ada bius pula tu kan bila dijahit semula.
  • Luka jahitan terbuka memang akan sembuh tetapi sembuh dalam keadaan parut yang tidak cantik, otot tidak akan bercantum balik dan tidak kuat.

 

Nak satu rahsia bagi luka jahitan cepat baik tak?

Jemput subscribe cepatsihat.com dulu ♥

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge