8 Tanda Serius Pada Luka Pembedahan (Caesarean)

tanda luka czer makin serius

Luka caesarean adalah luka akibat pembedahan dan terdapat dua jenis iaitu jenis menegak dan melintang. Biasanya seboleh-boleh doktor akan memilih cara melintang kerana lebih cepat sembuh dan kurang sakit.

Luka pembedahan, tempoh tersebut cukup untuk kulit bercantum kembali.

Walau bagaimanapun, tempoh penyembuhan ini boleh diguna pakai selagi tidak ada sebarang jangkitan kuman pada bahagian pembedahan. Umumnya, semua jenis luka boleh sembuh sepenuhnya dalam masa 42 hari iaitu 6 minggu.

Luka pembedahan melibatkan banyak lapisan.

Lapisan dalam rahim itu sendiri, lapisan pada selaput kemudian baru kulit. Hal ini menyebabkan tempoh penyembuhan sepenuhnya luka tersebut adalah 6 minggu

Sekiranya inginkan luka cepat sembuh, pengambilan makanan seimbang penting.

Pastikan tubuh cukup vitamin terutama vitamin C kerana dapat mempercepatkan proses penyembuhan. Selepas bersalin digalakkan mengambil multivitamin.

Makan sayur dan buah-buah banyak kerana kandungan seratnya boleh mengurangkan sembelit. Akan tetapi sekiranya sudah lebih 14 hari namun luka masih tidak sembuh, jumpalah doktor segera kerana takut ada jangkitan.

8 Tanda Serius Pada Luka Pembedahan (Caesarean)

1. Demam berterusan.
2. Sakit pada tempat luka
3. Pendarahan yang banyak, berterusan dan berketul dari faraj
4. Keluar nanah dari tempat luka
5. Tanda kemerahan pada sekitar luka
6. Keluar air jernih dari tempat luka
7. Tempat luka nampak berlubang atau bengkak
8. Benang jahitan keluar dari luka atau terbuka

Kes jahitan terbuka boleh berlaku dalam tempoh 2 minggu pertama selepas bersalin tanpa penjagaan yang teliti. Menurut doktor, kebanyakan kes jahitan terbuka adalah disebabkan berlaku jangkitan kuman pada luka bersalin.

Apakah Tanda-Tanda Jahitan Terbuka?

  • Rasa sakit yang teramat sangat lebih daripada 2 hingga 3 hari. Ini kerana sudah ada jangkitan kuman sebab itu ibu berasa sakit lebih dari 2 hari.
  • Berlaku pembengkakan, merah, bernanah atau keluar apa-apa cecair yang berbau atau jahitan nampak terbuka.

Antara Komplikasi Yang Berlaku Jika Luka Jahitan Terbuka?

  • Menjadi punca tempat jangkitan merebak ke dalam badan.
  • Boleh menyebabkan sakit berterusan, sukar untuk membuang air, sakit apabila melakukan hubungan kelamin.
  • Hubungan dengan bayi terganggu, sukar untuk menyusukan bayi kerana menanggung kesakitan pada luka tersebut.
  • Risiko luka lambat sembuh dan ibu perlu menanggung kesakitan dijahit semula. Tak ada bius pula tu kan bila dijahit semula.
  • Luka jahitan terbuka memang akan sembuh tetapi sembuh dalam keadaan parut yang tidak cantik, otot tidak akan bercantum balik dan tidak kuat.

Makanya, sila pastikan ibu-ibu menjaga kebersihan luka jahitan, mengawal pergerakan diri dan mengamalkan pengambilan makanan seimbang. Pastikan badan cukup vitamin terutama Vitamin C kerana ia membantu mempercepatkan proses penyembuhan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge