7 Cara Untuk Elak Stroke (Angin Ahmar)

Kebanyakan orang di Malaysia apabila mencapai tahap umur bersara ataupun dalam usia emas pasti akan mengalami keadaan hilang upaya ataupun cacat anggota badan. Contohnya seperti kena potong kaki, lumpuh satu badan, bertongkat dan sebagainya.

Malah ada yang lebih teruk, peringkat umur di antara 30an-40an pun telah mengalami penyakit hilang upaya. Betapa kesedaran orang Malaysia terhadap kesihatan sangat rendah. Salah satu yang sinonim adalah penyakit stroke ataupun angin ahmar.

Bagaimana Stroke (Angin Ahmar) Ini Berlaku?

Stroke berlaku apabila otak gagal mendapatkan darah dengan secukupnya daripada jantung kita. Ini menyebabkan kegagalan pada sesetengah sistem dalam kefungsian otak kita.

Paling kerap berlaku apabila saluran darah ke otak tersumbat dipanggil ischaemic stroke.

Kalau saluran darah ke otak pecah, itu dipanggil haemorrhagic stroke.

Darah yang pecah di otak akan membeku kemudian menekan kawasan sekelilingnya.

Secara tidak langsung, ia  akan menjejaskan bahagian otak yang lain untuk berfungsi.

Perlu diingat bahawa serangan jantung dan serangan stroke adalah berbeza walaupun kedua-duanya mengalami gangguan bekalan darah.

Penyakit jantung akan menyerang di jantung manakala stroke menyerang di bahagian otak.

Serangan angin ahmar (stroke) boleh dielak ataupun dicegah jika kita mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Menurut National Stroke Association, stroke boleh dielakkan jika kita amalkan keseimbangan dalam corak hidup dan pemakanan seharian kita. Untuk lebih terperinci, jom kita lihat cara untuk elakkan stroke.

7 Cara Untuk Elak Stroke (Angin Ahmar)

1. Pantau Bacaan Tekanan Darah

Paling penting untuk kita sentiasa tahu keadaan tekanan darah kita. Bacaan normal untuk orang yang sihat adalah 120/80. Jika anda terlebih atau terkurang cepat-cepat berjumpa pakar untuk lebih lanjut.

2. Tahap Kolestrol Perlu Seimbang

Badan kita juga memerlukan kolestrol kerana ia berkait rapat dengan penghasilan hormon dan membantu organ-organ penting untuk berfungsi. Tetapi kolestrol yang berlebihan akan menyebabkan saluran darah tersumbat. Bacaan normal untuk kolestrol adalah 200. Perlu waspada jika bacaan melebihi 200 dan perlu dirujuk ke pakar.

3. Buang Tabiat Merokok

Merokok menyebabkan oksigen kurang di dalam darah maka jantung tidak mampu mengepam secukupnya untuk dihantar ke otak. Bukan itu sahaja, kandungan nikotin boleh merosakkan saluran darah dan mempercepatkan arteri untuk tersumbat.

4.Kurangkan Ambil Garam

Kurangkan garam dan lemak dalam diet pemakanan boleh merendah bacaan tekanan darah kita.

5. Kawal Bacaan Diabetes

Pesakit diabetes mempunyai kandungan glukosa yang tinggi dalam darah yang boleh membawa kepada serangan stroke.

6. Kurangkan Minuman Alkohol

Alkohol boleh menyebabkan kepada serangan stroke jika diambil overdose. Maksimum sekurang-kurang dalam 2 gelas sehari ataupun lebih baik berhenti terus minum alkohol. Itu lebih baik.

7. Selalu Bersenam

Cara yang paling mudah dan senang dilakukan iaitu selalu bersenam ataupun melakukan senaman di gim. Apa-apa senaman yang dilakukan asalkan berpeluh dan menyihatkan.

Mulakan langkah ini demi kesihatan yang berpanjangan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge