Lelaki Ini Jadikan Rutin Mendaki Jabal Nur Setiap Hari Untuk Kuatkan Lutut

kisah lelaki kuat lutut daki jabal nur

Assalamualaikum

Teringat pengalaman menunaikan umrah ketika masih menuntut di Mesir dahulu, dapat menunaikan umrah semasa tahun 2 pengajian pada tahun 2008. Kami pergi dalam jumlah jemaah yang kecil, hanya 12 orang waktu tu.

Semuanya tanpa dirancang pun. Tak pernah mimpi nak tunaikan umrah masa belajar, tiba-tiba ada kawan ajak, beritahu mak ayah, terus ON. Setelkan semua visa dan selesai. MashaAllah, urusannya mudah dan lancar sangat.

Ok, sebenarnya nak kongsi kisah seorang lelaki atau pakcik yang kami jumpa semasa mendaki Bukit Nur atau Jabal Nur ni. Untuk pengetahuan bagi yang belum pernah sampai, di Jabal Nur ni lah terletaknya Gua Hira’ tempat Nabi menerima wahyu yang pertama dahulu.

Lelaki Ini Jadikan Rutin Mendaki Jabal Nur Setiap Hari Untuk Kuatkan Lutut

Pagi itu, kami mulakan hari dengan mendaki Jabal Nur. MashaAllah, jalan dan laluannya sangat-sangat mencabar. Hampir sejam juga kami mendaki.. Bayangkan, rasa nak tercabut lutut ni. Orang jarang hiking kan,huhu.

Sampai je di puncak, kami terserempak dengan lelaki ini.

kisah lelaki kuat lutut daki jabal nur
Lelaki bertongkat ni sangat menakjubkan. Admin kanan sekali bertudung putih.

Awalnya, kami ingatkan pakcik ini memang menetap di atas Jabal Nur ni, sebab nampak beliau memang dah mahir sangat setiap laluan disini. Rupanya bila bersembang, baru kami tahu, lelaki yang berketurunan Jawa Indonesia ini sudah lebih 10 tahun menetap di Mekah.

Paling tak boleh saya lupakan bila lelaki ini bercerita,

“Saya ni ada masalah lutut, jadinya kalau nak bagi lutut rasa ok memang setiap hari kena daki Jabal Nur ni baru rasa kuat lutut.”

Dalam hati saya, “Oh myyyyy…Allahuakbar. Saya dah rasa nak tercabut lutut daki gunung ni, sampai mengah-mengah terpaksa take five dulu sebelum sampai puncak. Ini malaikat ke orang ni.”

Belum habis lagi. Lelaki ni tambah lagi,

Dalam sehari ada juga 2,3 kali naik turun Jabal Nur. Alhamdulillah rasa makin sihat.

Fuh, memang saya tabik spring kat pakcik ni.

Tak dapat berbual panjang, kami terpaksa minta izin undur diri dahulu disebabkan banyak lagi tempat lain akan kami ziarah.

Alhamdulillah selamat juga kami sampai puncak, dan dapatlah melihat gua Hira’, gua yang penuh bersejarah tempat Nabi menerima wahyu dahulu.

Sekali lagi terperanjat habis.

Ruang untuk masuk ke gua tempat Nabi berbaring tu sangat-sangat kecil dan mashaAllah, Nabi muat masuk melaluinya. Saya sendiri cuba nak masuk tapi tak muat! *saya kurus tau*

gua hira'

Takjub dengan semua kejadian. Betapa hebatnya halangan dan cubaan Nabi kita untuk menyampaikan Islam pada kita. Alhamdulillah, banyak ibrah diperoleh.

Rasa rindu pada Haramain.

Doakan dapat ke sana 2018 ini secara percuma disponsor lagi, siap dengan pakej 5 bintang. Aameen =)

 

 

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge