4 Aktiviti Yang Boleh Menjejaskan Sendi Dan Lutut

ubat sakit lutut

Assalamualaikum

Hari ini pakar bedah ortopedik telah melihat ramai orang yang umurnya dalam 40-an ke bawah telah menjalani prosedur penggantian sendi.

Ini semua terjadi disebabkan kecuaian golongan ini dalam penjagaan sendi mereka.

Kisah SuriRumah : Nak lipat baju pun berbunyi semua sendi jari

 

Berikut adalah 4 kesilapan yang sering dilakukan apabila ia melibatkan sendi.

4 Aktiviti Yang Boleh Merosakkan Sendi Dan Lutut

1# Anda hanya suka berlari

1-things-doing-ruining-joints

Kebanyakan pesakit yang mendapatkan pembedahan penggantian sendi sebenarnya berada dalam kesihatan kardiovaskular yang baik, tetapi tidak dari aspek kesihatan fizikal, kata Calin Moucha, M.D., pakar bedah di Hospital The Mount Sinai.

Jika anda hanya amalkan senaman berlari, anda mungkin akan alami ketidakseimbangan pada kekuatan otot dan fleksibiliti dan ini boleh membawa kepada arthritis – menyebabkan sendi terjejas.

2# Anda membebankan sendi dengan berat badan


2-things-doing-ruining-joints

 

Apabila anda berlari, sendi lutut anda akan membawa beban sebanyak 7-9 kali ganda daripada berat sebenar anda.

Walaupun badan anda boleh menampungnya, beberapa kajian menunjukkan bahawa anda masih tidak boleh lari daripada peningkatan risiko untuk isu-isu seperti osteoarthritis.

3# Anda tidak merenggangkan otot sebelum bersenam

3-things-doing-ruining-joints

Kunci kepada kesihatan sendi adalah untuk mencapai keseimbangan yang baik antara kekuatan dan fleksibiliti.

Apabila usia anda meningkat, anda perlu menghabiskan sebanyak masa yang mungkin untuk melakukan regangan daripada menguatkan diri.

4# Anda terlampau memaksa kebolehan fleksibiliti anda

sendi lutut

Walaupun senaman seperti yoga adalah cara yang baik untuk meningkatkan fleksibiliti dan kekuatan, namun apa-apa yang melampau apabila ia melibatkan pelbagai gerakan yang badan anda tidak mampu lakukan boleh meletakkan anda dalam risiko untuk mengalami kecederaan sendi.

Apabila anda membuat pelbagai gerakan keterlaluan, boleh menyebabkan arthritis.

Oleh itu, tidak kira apa jua senaman sekalipun yang anda mahu lakukan, ianya lebih baik untuk tidak melebihi apa yang badan anda boleh lakukan dan pastikan untuk memberi diri anda masa sebelum mencuba apa sahaja senaman atau aktiviti yang anda mungkin tidak bersedia untuk lakukan.

Jagalah kesihatan sendi dan lutut kita agar kita boleh terus menikmati hari-hari mendatang♥

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge