Gejala, Punca Dan Rawatan Terbaik Untuk Masalah Sakit Lutut

punca, gejala dan rawatan sakit lutut

Assalamualaikum

Walaupun warga emas sangat sinonim dengan sakit lutut, namun sudah ramai yang mengalami masalah sakit lutut di usia yang muda. Bila sakit lutut, sukar untuk bangun dan duduk dengan mudah. Ada yang terpaksa solat dengan duduk dikerusi sahaja. Apatah lagi untuk berjalan ke sana ke mari, bertambah parah bila terpaksa dipapah untuk berjalan.

Ada sakit lutut yang boleh diatasi sendiri dengan rawatan biasa dirumah, namun ada juga yang terpaksa menjalani pembedahan kerana masalah yang sudah agak kronik. Antara keadaan yang boleh mengakibatkan sakit lutut seperti :

  • Kecederaan, contohnya cedera pada tulang rawan dan kerosakan pada ligamen atau tendon.
  • Penyakit tertentu seperti osteoartritis
  • Pendarahan yang berlaku pada sendi
  • Jangkitan

Punca Sakit Lutut

Salah satu punca sakit lutut adalah kerana cecair lutut yang melincirkan pergerakan sudah berkurangan. Bila berjalan, akan bunyi klik. Penyakit ni kita sebut osteoarthritis (OA).

Macam mana osteoarthritis boleh berlaku?

Punca utama adalah kerana penuaan yang berlaku di sendi.

Sebab tu kebanyakan yang sakit lutut ni adalah di kalangan warga emas. Yang menyebabkan rasa sakit tu adalah kerana cecair sinovial (pelincir) dalam sendi berkurangan dan permukaan rawan sendi yang sudah menipis. 

Bila mula-mula berlaku, ia menyebabkan timbulnya keradangan.

Pada masa ni kalau makan ubat tahan sakit memang berkesan. Tapi bila semakin lama, ubat tahan sakit tak mampu lagi bantu untuk tahan kesakitan tu sebab ianya tidak dirawat dari punca.

Ososteoarthritis (OA) ni sebenarnya nya bukan sekadar berlaku di lutut tetapi juga boleh menjejaskan sendi-sendi yang lain seperti di pinggul, tulang belakang, kaki dan tangan. jadi tidak musthail juga akan merasai kesakitan di kawasan-kawasan ini.

Menurut Pakar Perunding Ortopedik dan Kecederaan Sendi Hospital Columbia Asia Cheras, Dr Azfar Rizal Ahmad,

“Sendi lutut sihat mengandungi bahan cecair pelincir dikenali sebagai cecair sinovial yang tinggi. Cecair ini yang mengandungi asid hialuronik berfungsi sebagai pelinciran dan kusyen yang mengurangkan geseran pada sendi lutut ketika kita berjalan atau membongkok”

Tambah beliau lagi,

“Apabila Osteoarthritis berlaku, cecair dalam sendi kurang kelikatan dan kandungan asid hialuronik rendah, daya serapan dan penyerap hentakan akan hilang. Dalam kes tertentu, individu berusia 18 ke 24 tahun turut mengalami masalah ini. Kadar mendapat Osteoarthritis ialah 70 peratus untuk lelaki dan 30 peratus perempuan.

 

Disebabkan oleh OA ni berlaku dek kerana masalah penuaan, jadi ianya memang sukar dirawat.
Salah satu cara baisanya dengan suntikan viskosuplemen pada sakit OA yang bertahan selama 12 bulan pada peringkat pertama dan kedua. Sebanyak empat peringkat suntikan dilakukan.Dan kos rawatan untuk setiap suntikan menelan belanja lebih dari RM1000. Wow itu untuk sebelah lutut je. Kalau 2 lutut? Boleh kira sendiri.

Gejala-gejala Sakit Lutut

Bukan semua penghidap sakit lutut ni akan rasa gejala yang sama bila sakit lutut. Perbezaan ini terjadi sebab ada banyak punca yang sebabkan sakit lutut. Ada beberapa gejala yang diikuti sakit lutut. Antaranya :

  • Pembengkakan.
  • Lutut yang terasa kaku atau tidak boleh diluruskan.
  • Bunyi gemeretak pada lutut.
  • Kulit lutut berubah kemerahan dan hangat jika disentuh.
  • Lutut yang tidak stabil
  • Lutut tidak mampu menahan beban tubuh.
  • Demam.

Faktor-faktor Risiko Sakit Lutut

Sendi lutut termasuk bahagian tubuh yang sangat cenderung mengalami kerosakan serta rasa ngilu dan lenguh terutama untuk menahan berat tubuh.

  • Usia. Risiko sakit lutut akan bertambah seiring bertambahnya usia.
  • Berat badan yang berlebihan atau obesiti. Hal ini akan memberi tekanan lebih pada lutut sehingga menyebabkan tulang rawan cepat rosak (osteoarthritis)
  • Jenis olahraga tertentu dan pergerakan berulang secara berlebihan, misalnya bola baling dan berlari.
  • Pernah mengalami cedera di lutut, biasanya berlaku pada atlet yang kerap tercedera di ligamen.

Alternatif Semulajadi Dan Berkesan Untuk Sakit Lutut

Vivix Shaklee mengandungi anthocyanin (sejenis antioksidan yg kuat) yang boleh bertindak membantu mengatasi masalah keradangan dan juga baik untuk kesihatan tubuh badan keseluruhan. Vivix mengandungi bahan yang istimewa dan manfaatnya yang luar biasa.

Dalam satu jurnal kajian saintifik bertajuk Scientific Evidence and Rationale for the Development of Curcumin and Resveratrol as Neutraceutricals for Joint Health (Int J Mol Sci. 2012; 13(4): 4202-4232.), dapat disimpulkan bahawa telah terbukti resveratrol boleh membantu :

  • Mengekalkan dan memperbaiki fungsi dan struktur sendi.
  • Mengurangkan faktor yang menjadi punca kepada penyakit berkaitan sendi.

Penyelenggaraan yang baik pada sendi normal, juga memberikan perubahan yang lebih baik terhadap kesan fisiologi kepada sendi termasuklah (faedah yang positif) daripada segi :

  • Kelebaran ruang sendi (joint space width on radiographs).
  • Pergerakan.
  • Kekakuan (stiffness).
  • Ketidakselesaan sendi.

Secara spesifiknya kajian saintifik ini dijalankan terhadap penyakit osteoarthritis (OA), iaitu sejenis penyakit pada sendi yang serius, yang mana terjadinya radang pada sendi atau kerosakan pada tulang rawan. Orang yang sakit sendi biasa, kalau tak cegah daripada awal sangat mudah nak kena OA ni.

Testimoni Penghidap Sakit Lutut Yang Dah Amalkan Vivix Shaklee

punca dan sebab sakit lutut

“Kak dah lupa tang sakit lutut tu, keje vivix la tu..”

“Baik dari sebelum ni, takde la rasa ngilu dah.”

 

rawatan semulajadi sakit lutut

” Dah habis sebotol, badan rasa ringan je. Nak solat pun takde masalah. Tidak sebelum ni nak solat lutut tu sakit je..”

 

Alhamdulillah. Banyak lagi feedback pengguna yang akan kita kongsikan dengan anda =D

 

Berapa Pelaburan Untuk Nikmat Ibadah Dengan Lutut Yang Sihat Dan Bebas Lakukan Aktiviti Harian?

Percaya tak kalau saya sebutkan, nilainya sangat tak setanding dengan nikmat kesihatan yang bakal anda peroleh.

Hanya RM 475 untuk sebotol Vivix Shaklee, dan harga yang jauh lebih murah untuk pengambilan 2 botol, iaitu hanya RM 805.60 sahaja dan anda bakal menikmati beberapa keistimewaan :

  • Mendapat keahlian percuma dan bakal menikmati harga ahli untuk setiap produk Shaklee
  • Anda layak menikmati bonus cash pada bulan hadapan
  • Penghantaran percuma ke seluruh Malaysia

Sekiranya anda memerlukan konsult khas dan eksklusif daripada saya, dan tak mahu lagi menanggung azabnya sakit lutut, boleh terus whatsapp Zulaikha di talian 018-3164133 atau boleh sahaja terus membuat pembelian dengan klik gambar dibawah.

 

beli-sekarang

Melaburlah demi kesihatan anda kerana ia tiada galang gantinya.

Zulaikha Ali

018-3164133

ummuayyash87@gmail.com

Disclaimer : Produk Shaklee tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah penyakit.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge