10 Tabiat Yang Biasa Kita Lakukan,Boleh Akibatkan Kerosakan Buah Pinggang

tabiat dan punca buah pinggang rosak

Buah pinggang bertugas menapis darah dan membuang bahan toksik, sisa buangan dan air berlebihan dari badan. Kegagalan buah pinggang melakukan tugas penting ni boleh membawa maut kepada penghidapnya.

10 Tabiat Yang Biasa Kita Lakukan,Boleh Akibatkan Kerosakan Buah Pinggang

Tidak minum air yang Cukup

Fungsi paling penting buah pinggang ialah menapis darah dan menyahtoksin serta bahan buangan. Tapi apabila kita tidak minum air kosong yang cukup, toksin dan bahan buangan tu akan mula menimbun dan boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan juga organ lain dalam tubuh.

Diet Tinggi Garam ( Sodium)

Tubuh kita memerlukan garam (sodium) untuk berfungsi dengan baik. Tetapi kebanyakan daripada kita mengambil garam yang berlebihan dalam diet yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan memberikan tekanan dan bebanan yang tinggi kepada buah pinggang.

MAKAN TIDAK LEBIH DARIPADA 5 GRAM GARAM SEHARI.

Menahan Air Kencing

Ramai diantara kita yang jarang ambil peduli bila rasa nak kencing terutama bila terlalu sibuk atau nak mengelak daripada menggunakan tandas awam. Kerap menahan kencing akan meningkatkan tekanan urin dan boleh membawa kepada masalah kegagalan buah pinggang dan batu karang.

Jadi, bila rasa nak kencing tu tolonglah jangan tangguh-tangguh. Nampak macam perkara kecil tapi tak berbaloi menahan kencing sebab ia boleh menjadi punca sakit buah pinggang.

Pengambilan Gula Berlebihan

Kajian saintifik menunjukkan bahawa orang yang mengambil 2 atau lebih air bergula setiap hari adalah lebih berisiko untuk mendapat masalah protein dalam air kencing.

Protein dalam air kencing adalah tanda awal yang menunjukkan bahawa buah pinggang kita tidak berfungsi seperti yang sepatutnya.

Kekurangan vitamin dan Mineral penting

Mengamalkan diet yang yang mengandungi sayuran segar dan buah-buahan adalah sangat penting kepada kesihatan menyeluruh dan memastikan fungsi buah pinggang yang baik.

Kekurangan vitamin dan mineral boleh meningkatkan risiko batu karang dan jadi punca sakit buah pinggang. Vitamin B6 dan magnesium adalah contoh VITAMIN PENTING untuk mengurangkan risiko batu karang.

Pengambilan Sumber Protein dari Haiwan Secara Berlebihan

Mengambil terlalu banyak protein dari sumber haiwan seperti daging (red meat) akan menambah muatan metabolik pada buah pinggang.

Jadi, semakin banyak protein yang diambil maka semakin teruklah buah pinggang terpaksa bekerja dan ini akan membawa kepada masalah kerosakan dan punca sakit buah pinggang atau kegagalan terus.

Tidur Tidak Cukup dan Berkualiti

Semua orang tahu yang tidur yang cukup dan berkualiti pada malam hari adalah sangat penting. Masalah gangguan tidur yang kronik selalu dikaitkan dengan banyak masalah kesihatan termasuklah sakit buah pinggang.

Semasa tidur pada waktu malam, tubuh kita ‘memperbaiki’ kerosakan tisu buah pinggang, jadi kita kena berikan masa tubuh kita untuk sembuh (heal) dan repair dengan sendiri tanpa gangguan.Bukan hanya kopi sahaja yang mengandungi kafein, minuman ringan dan teh juga turut mengandungi kafein. Minimakan pengambilan kafein demi kesihatan anda.

Suka minum kafein

Seperti garam, kafein juga boleh menjadi punca sakit buah pinggang kerana kafein akan meningkatkan tekanan darah dan menyebabkan tekanan berlebihan kepada buah pinggang. Pengambilan kafein yang berlebihan bagi tempoh yang lama boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang.

Pengambilan pil tahan sakit

Ramai orang yang sakit sikit-sikit pun suka ambil pil tahan sakit sedangkan ada banyak cara lain yang lebih selamat untuk mengatasi kesakitan tersebut. Pengambilan pil tahan sakit yang berlebihan akan menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang yang teruk.

Pengambilan Alkohol

Alkohol digelar sebagai ‘legal toxin’ yang boleh menyebabkan tekanan yang berlebihan kepada buah pinggang dan hati.

Jagalah pemakanan bermula dari sekarang, boleh cuba amalkan 15 makanan sihat yang baik untuk buah pinggang kita. Saya syorkan untuk berikhtiar dengan suplemen yang selamat, ada kajian klinikal, semulajadi, halal dan mendapat lulusan KKM.

Semoga kita dapat hargai sebaiknya nikmat yang Allah kurniakan ini.

Berkongsi & Memberi,

Zulaikha Ali

018-3164133

ummuayyash87@gmail.com

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge