Resepi Pesakit Dialisis : Ikan Bawal 3 Rasa Mudah Dan Lazat

resepi pesakit dialisis bawal 3 rasa

Assalamualaikum

Pesakit buah pinggang yang mengalami keradangan mempunyai risiko yang lebih tinggi daripada penyakit kardiovaskular berbanding tanpa masalah buah pinggang.

Jika anda mempunyai penyakit buah pinggang, anda harus dapatkan menu khas yang sesuai daripada pakar pemakanan anda. Suka saya kongsikan resepi khas untuk pesakit dialisis, semoga anda dapat menikmatinya!

Resepi Pesakit Dialisis : Ikan Bawal 3 Rasa (4 Hidangan)

resepi pesakit dialisis bawal 3 rasa
gambar hiasan ihsan google

Bahan-bahan :

  • 4 keping ikan bawal
  • 2 sudu makan serbuk kunyit
  • 1 cawan minyak – untuk menggoreng
  • 3 sudu makan minyak masak – untuk menumis
  • 1/2 cawan air

Bahan A : Bahan Penumis

  • 4 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Bahan B : Bahan Sos

  • 2 biji cili kering dipotong kecil
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu teh gula
  • 1 batang serai
  • 5 helai daun limau purut

Bahan C : Bahan Sayur

  • 1/2 biji lada benggala merah
  • 1/2 biji lada benggala hijau
  • 3 biji tomato

Bahan D : Bahan Hiasan

  • Sedikit daun bawang
  • Sedikit daun sup

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan kuali dan goreng ikan sehingga kuning keemasan. Tos dan ketepikan.
  2. Panaskan 3 sudu minyak masak dan tumis bahan penumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan pula bahan sos satu persatu. Tambah 1/2 cawan air dan biarkan mendidih dan sedikit pekat.
  4. Masukkan lada benggala diikuti dengan tomato. Biarkan seketika.
  5. Tuangkan ke atas ikan tadi. Taburkan dengan daun bawang dan daun sup yang dihiris kecil.

Kandungan Nutrien 1 Hidangan

  • Kalori 238kcal
  • Karbohidrat 86g
  • Protein 19g
  • Lemak 15g
  • Sodium 316mg
  • Potasium 219mg
  • Fosfat 253mg

Jagalah pemakanan bermula dari sekarang, boleh cuba amalkan 15 makanan sihat yang baik untuk buah pinggang kita. Amalkan juga suplemen yang selamat, ada kajian klinikal, semulajadi, halal dan mendapat lulusan KKM.

Semoga kita dapat hargai sebaiknya nikmat yang Allah kurniakan ini.

 

Berkongsi & Memberi,

Zulaikha Ali

018-3164133

ummuayyash87@gmail.com

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge