Amalkan 15 Makanan Ini Untuk Buah Pinggang Yang Sihat

makanan untuk buah pinggang sihat

Assalamualaikum

Bagi pesakit yang sedang menjalani dialisis atau mempunyai penyakit buah pinggang yang kronik, terdapat banyak makanan yang berkhasiat dan mengandungi antioksida untuk kesihatan buah pinggang.

Pesakit buah pinggang yang mengalami keradangan mempunyai risiko yang lebih tinggi daripada penyakit kardiovaskular berbanding tanpa masalah buah pinggang.

Jika anda mempunyai penyakit buah pinggang, anda harus berunding dengan pakar diet khas untuk buah pinggang dan mengikuti diet yang sesuai. Pelan makananan yang sesuai boleh membantu anda meningkatkan pengambilan nutrien dan antioksida.

Amalkan 15 Makanan Ini Untuk Buah Pinggang Yang Sihat

Berikut adalah senarai 15 makanan yang berkhasiat untuk buah pinggang. Makanan ini adalah baik untuk semua orang, bukan hanya yang mempunyai penyakit buah pinggang. Jadi dengan mengamalkan makanan ini anda akan membantu orang yang tersayang hidup lebih sihat.

 

2) buah pinggang

  1. Cili Benggala

Cili benggala merah rendah dengan kalium. Di samping itu, ia menambah warna dan rasa dalam hidangan selain mengandungi vitamin A, C, B6, asid folik dan serat. Ia juga mengandungi lycopene antioksida, yang melindungi terhadap beberapa jenis kanser.

 

3) buah pinggang

  1. Kobis

Kobis mengandungi fitokimia iaitu sebatian kimia yang terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran tertentu sahaja. Fitokimia bekerja untuk memecahkan radikal secara bebas. Fitokimia dipercayai mampu memerangi kanser dan menyokong kesihatan kardiovaskular.

Kobis ialah sayuran yang murah dan sangat  baik untuk diet, kerana ia tinggi dengan vitamin K, C , B6, serat dan asid folik, namun ia rendah kalium, jadi ia sangat sesuai untuk buah pinggang.

 

4) buah pinggang

  1. Bunga Kobis

Satu lagi makanan sihat untuk buah pinggang ialah bunga kobis . Ia adalah sayuran cruciferous yang mengandungi vitamin C, folat dan serat. Selain itu ia mengandungi sebatian yang membantu hati meneutralkan bahan toksik.

 

5) bawang putih

  1. Bawang Putih

Bawang putih adalah baik untuk mengurangkan keradangan dan menurunkan kolesterol. Ia juga mempunyai antioksida dan anti-pembekuan.

Jika anda mengikuti diet dialisis, gunakan serbuk bawang putih dan bukannya garam bawang putih untuk menambah rasa untuk makanan tanpa menambah natrium tambahan. Bawang putih boleh digunakan dalam banyak hidangan, contohnya daging, sayur-sayuran atau sos tomato. Rasa masakan tidak lengkap tanpa rasa bawang putih.

 

bawang merah

 

  1. Bawang Merah

Bawang penuh dengan flavonoid, terutamanya quercetin. Flavonoid adalah bahan kimia semulajadi yang menghalang lemak dalam saluran darah dan menambah pigmentasi (warna) kepada tumbuh-tumbuhan.

Quercetin adalah antioksida yang dipercayai membantu mengurangkan penyakit jantung dan melindungi daripada banyak jenis kanser. Ia juga mempunyai ciri-ciri anti-radang.

Bawang rendah kalium, ia juga mengandungi kromium, sejenis mineral yang membantu badan dengan metabolisme lemak, protein dan karbohidrat. Ia boleh dinikmati mentah atau dimasak dalam pelbagai hidangan.

epal

  1. Epal

Pepatah mengatakan “An apple a day keeps the doctor away”.

Ia tinggi dengan serat, anti-radang, membantu mengurangkan kolesterol, mencegah sembelit, melindungi daripada penyakit jantung dan mengurangkan risiko kanser.

Epal boleh dimakan mentah atau dimasak. Untuk menambah manfaat kesihatan amalkan minum cuka epal atau cider.

kranberi

  1. Kranberi

Kranberi elok untuk mencegah jangkitan saluran kencing kerana akan menyebabkan air kencing lebih berasid dan membantu mengelakkan jangkitan bakteria.

Ia juga bagus untuk melindungi daripada kanser dan penyakit jantung. Jus kranberi boleh dinikmati setiap hari untuk pemakanan tambahan atau nikmati cranberries kering ke dalam bijirin atau salad.

blueberry

  1. Beri Biru

Warna biru beri ini diperoleh daripada sebatian antioksida yang dipanggil anthocyanidins. Ia adalah yang terbaik kerana sebatian semulajadinya yang mengurangkan keradangan dan mempunyai banyak vitamin C dan serat.

Ia juga mengandungi mangan, iaitu menyumbang kepada tulang yang sihat. Tambahkan beri biru bersama bijirin pagi, jadikan sebagai minuman smoothie atau nikmati muffin beri biru.

rasberry

  1. Raspberi

Raspberi mengandungi sebatian yang dipanggil asid ellagic, yang membantu meneutralkan radikal bebas. Warna merah raspberi yang datang dari antioksida dikenali sebagai anthocyanins. Raspberi penuh dengan serat, vitamin C dan mangan. Ia mengandungi asid folik dan vitamin B.

Raspberi mempunyai ciri-ciri yang membantu menghentikan pertumbuhan sel kanser dan pembentukan tumor. Tambah raspberi segar pada bijirin, atau jadikan sebagai minuman smoothie.

starwberry

  1. Strawberi

Strawberi kaya dengan dua jenis antioksida, dan ia mengandungi banyak vitamin C, mangan dan serat. Ia bersifat anti-radang dan anti-kanser dan juga membantu menjaga kesihatan jantung.

Seperti kebanyakan beri, ia boleh dinikmati bersama bijirin atau smoothie. Tambah jem strawberi di atas kek dan ia pastinya pencuci mulut yang sangat lazat.

ceri

  1. Ceri

Ceri mengandungi antioksida dan fitokimia yang melindungi jantung dan mengurangkan keradangan. Ceri segar sedap dimakan begitu sahaja selain dibuat pai ceri, kek keju ceri, dan juga sos ceri.

anggur

  1. Anggur Merah

Warna merah anggur berasal daripada beberapa jenis flavonoids yang baik untuk jantung kerana ia menghalang pengoksidaan dan mengurangkan peluang pembekuan darah.

Flavonoid dalam anggur ialah resveratrol yang boleh meningkatkan oksida nitric. Ia boleh merehatkan otot dalam saluran darah untuk pengaliranan yang lebih baik. Flavonoid juga membantu melindungi anda daripada kanser dan mencegah keradangan.

Memilih makanan yang berwarna merah atau ungu mengandungi flavonoid yang tinggi. Makan anggur sebagai snek atau minum jus anggur. Tambah anggur dalam salad buah-buahan atau ayam.

putih telur

  1. Putih Telur

Putih telur mengandungi protin tulen. Ia protein berkualiti tinggi dan mempunyai semua asid amino yang penting. Putih telur mempunyai kurang fosforus daripada sumber protein lain, seperti kuning telur atau daging.

ikan

  1. Ikan

Satu lagi sumber protein berkualiti tinggi adalah ikan. Persatuan Diabetes Amerika dan Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan bahawa tambahkan ikan dalam pelan makanan 2 atau 3 kali seminggu.

Ikan mengandungi lemak anti-radang yang dipanggil omega-3. Ia membantu mencegah penyakit seperti kanser dan penyakit jantung. Ia juga membantu mengurangkan LDL (kolestrol tidak baik) dan meningkatkan HDL (kolesterol baik).

Jenis-jenis ikan yang ada omega-3 ialah ikan salmon, ikan tuna dan ikan kembung.

minyak zaitun

  1. Minyak Zaitun

Kajian telah menunjukkan bahawa penduduk di negara yang menggunakan minyak zaitun berbanding minyak jenis lain cenderung untuk mempunyai kadar yang lebih rendah menghidap kanser dan penyakit jantung.

Ini dipercayai disebabkan oleh banyak komponen baik minyak zaitun iaitu asid oleik, sejenis asid lemak anti-radang yang melindungi terhadap pengoksidaan, polyphenols dan sebatian antioksida yang mencegah keradangan dan pengoksidaan.

Kesihatan yang baik bermula dengan pemakanan yang baik!

 

8 comments

Leave a Reply to Ibu Yusuf dan Maryam Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge